TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Home Doppler Untuk Ibu Mengandung, Doktor Terangkan Bahaya Penggunaannya Di Rumah

8 Mar, 2022
Home Doppler Untuk Ibu Mengandung, Doktor Terangkan Bahaya Penggunaannya Di Rumah

Bahaya guna home doppler untuk pantau degupan jantung bayi. Ibu-ibu perlu baca penjelasan sebenar daripada pakar ini

Home doppler atau alat untuk mendengar bunyi degupan jantung bayi, menjadi antara gajet kegemaran golongan ibu mengandung. Mana tidaknya, kita boleh mendengar sendiri degupan jantung bayi di rumah malah, pembeliannya juga banyak terdapat di pasaran. Jadi ia memang mudah diperolehi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Home doppler boleh mengundang kesan bahaya
  • Kesukaran membezakan bunyi
  • Nasihat dari Dr. Muhammad Izzat
  • Ketahui kadar degupan jantung bayi
  • Imbasan scan pelvis semasa minggu ke-6 kehamilan

Buat tempahan sahaja dari platform beli-belah dalam talian, siap dihantar ke rumah. Berdasarkan carian di salah satu platorm beli-belah dalam talian, harga bagi jualan alat ini bermula bawah RM50. Dengan yang paling murah ditemui setakat ini ialah RM45.90, murahkan. 

Home doppler boleh mengundang kesan bahaya

bahaya home doppler

Biarpun ibu mengandung teruja untuk menggunakan alat ini, adalah dinasihatkan mendengar sendiri penerangan oleh Dr. Muhammad Izzat Abd Razak mengenainya. 

Menerusi hantaran pada Facebook, beliau menjelaskan penggunaan gajet ini sebenarnya boleh mengundang bahaya. Ini antara punca gajet ini dianggap bahaya. 

Dengan penggunaan home doppler ini, ibu mengandung boleh tersalah tafsir mengenai bayi mereka keadaan baik setelah mendengar bunyi jantung. Sedangkan bayi itu sebenarnya mengalami tekanan dan memerlukan perhatian doktor.

Ini menyebabkan mereka lambat berjumpa doktor Obstetrics & Gynaecology (O&G). Seterusnya, komplikasi boleh berlaku terhadap kandungan tersebut dan yang amat ditakuti ialah bayi itu meninggal (intrauterine death).

Kesukaran membezakan bunyi

Alat ini bukan mikrofon yang membesarkan segala bunyi, termasuklah bunyi jantung bayi. Ia menghasilkan gelombang ultrasound yang dihantar ke dalam badan dan dipantulkan apabila ia terkena salur darah, seterusnya menghasilkan bunyi.

Dalam abdomen ibu mengandung, terdapat banyak salur darah termasuklah jantung bayi. Gelombang ultrasound ini boleh terpantul daripada salur darah ataupun jantung bayi itu sendiri.

Sukar untuk ibu mengandung yang tidak mempunyai latar belakang perubatan untuk bezakan.

Jururawat terlatih dalam perbidanan juga perlu ambil masa untuk dilatih, memahami dan membezakan bunyi jantung bayi dan nadi ibu ini, sekali gus memerlukan ilmu dan pengalaman.

Nasihat Dr. Muhammad Izzat

Sekiranya pergerakan bayi berkurangan, ini mungkin tanda-tanda awal bayi sebenarnya tidak sihat. Hanya mendengar bunyi jantung daripada doppler tidak memberikan saya apa-apa makna pun.

kesan home doppler

Sepatutnya ibu mengandung yang merasakan bayi mereka kurang bergerak daripada biasa memerlukan perhatian doktor O&G dengan segera. Bukannya dengan mempromosi setiap ibu mengandung perlu mempunyai alat ini di rumah.

Ketahui kadar degupan jantung bayi

Menerusi perkongsian oleh Dr. Natasha Nor pada blog beliau, jantung bayi akan mula berdegup tiga minggu selepas persenyawaan. Bagaimanapun degupan jantung bayi selalunya hanya dapat dilihat pada minggu ke-6 kehamilan.

Pada minggu ke-6: 100 hingga 120 denyutan seminit. Kadar denyutan ini seterusnya akan meningkat 2 hingg 3 minggu kemudian.

Pada minggu ke-9 hingga 10: 170 denyutan seminit. Kadar denyutan ini kemudiannya akan menurun perlahan-lahan pada minggu keseterusnya.

Pada minggu ke-14 :150 denyutan seminit

Pada minggu ke-20 :140 denyutan seminit

Apabila bayi cukup bulan: 130 denyutan seminit

Kadangkala jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 hingga 160 denyutan seminit.

Imbasan scan pelvis semasa minggu ke-6 kehamilan

home doppler degupan bayi

Mereka yang dijadualkan untuk membuat imbasan minggu ke-6 kehamilan perlu memastikan pundi kencing penuh agar dapat dibuat dengan mudah.

Pada minggu ini selalunya dapat melihat kantung kecil di dalam rahim dan juga bayi (fetal echo). Ukuran bayi akan diberikan dalam bentuk Crown-Rump Length (CRL).  CRL juga dapat memberikan tarikh jangkaan bersalin (estimated date of delivery).

Jika baby kelihatan, besar kemungkinan juga jantungnya dapat dilihat dan didengari. Dapatkan satu salinan imbasan scan ini daripada doktor anda untuk rujukan pada masa hadapan.

Stories Rakan Kongsi
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Berikan si manja lebih lagi untuk tumbesaran menyeluruh
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Teenage Growth Comes from Parental Support!

Facebook Dr. Muhammad Izzat Blog Fertiliti Dr Natasha Nor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda-Tanda Orang Hamil 3 Hari: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Baca juga: Buat Check-up Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

Baca juga: Postinor Bukan Kaedah Merancang Keluarga Yang Boleh Diguna Setiap Hari, Ini Sebabnya…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Home Doppler Untuk Ibu Mengandung, Doktor Terangkan Bahaya Penggunaannya Di Rumah
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham