Ketika berbadan dua, kebanyakan wanita akan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi. Ini tidak terkecuali dengan hubungan seks ketika hamil yang mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah masa yang besar sekiranya anda mengutamakan komunikasi dalam rumah tangga. Boleh sahaja menundanya pada hari yang lain atau meminta pasangan melakukan dengan berhati-berhati.
Isi Kandungan
Bolehkah Hubungan Seks Ketika Hamil?
Hubungan seks ketika hamil biasanya selamat untuk dilakukan selagi kehamilan anda berjalan dengan baik dan tidak ada komplikasi tertentu. Secara umum, hubungan intim tidak akan mencederakan janin kerana bayi dilindungi oleh cecair amnion dan dinding rahim yang kuat.
Malah, dalam kehamilan yang sihat, hubungan seks boleh memberikan manfaat seperti menguatkan hubungan emosi dan mengurangkan tekanan bagi pasangan.
Adakah Hubungan Seks Semasa Hamil Menyebabkan Keguguran?
Tidak, hubungan seks semasa hamil tidak menyebabkan keguguran, terutamanya jika kehamilan anda berjalan lancar.
Bayi dilindungi oleh kantung amnion dan otot rahim yang kuat, jadi hubungan intim tidak akan mencederakan janin. Keguguran biasanya berlaku kerana masalah genetik atau perkembangan janin yang tidak normal.
Apakah Posisi Seks Terbaik Untuk Ibu Mengandung?
Posisi bergantung pada trimester:
- Trimester pertama: Hampir semua posisi selesa, termasuk misionari atau “woman on top”.
- Trimester kedua: Posisi seperti “spooning” atau “side-by-side” lebih selesa kerana perubahan saiz perut.
- Trimester ketiga: Elakkan posisi yang memberi tekanan pada perut, seperti misionari. Pilihan seperti “reverse spooning” atau posisi duduk boleh membantu.
Adakah Selamat Hubungan Seks Sekiranya Suami Terkena Jangkitan Seksual?
Tidak. Jika suami mengalami jangkitan seksual, anda perlu mengelakkan hubungan intim untuk melindungi diri dan bayi.
Jangkitan seperti herpes, gonorea atau sifilis boleh memberi risiko kepada kehamilan. Sebaiknya, dapatkan rawatan segera dan berbincang dengan doktor.
Bila Ibu Mengandung Perlu Mengelak Untuk Melakukan Hubungan Seks?
Walaupun hubungan seks ketika hamil biasanya selamat, terdapat situasi tertentu di mana ia boleh membawa risiko kepada ibu atau bayi.
Dalam kes-kes ini, doktor mungkin menyarankan supaya hubungan intim dihentikan sementara waktu. Elakkan hubungan seks jika anda mengalami keadaan berikut:
Pendarahan Atau Lelehan Cecair Amnion
Jika anda mengalami pendarahan yang tidak normal atau cecair amnion keluar sebelum waktunya, ini mungkin tanda komplikasi seperti pecah ketuban awal atau masalah lain yang memerlukan rawatan segera.
Hubungan seks dalam keadaan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan atau memburukkan keadaan.
Plasenta Previa
Dalam kes di mana plasenta berada di bahagian bawah rahim (plasenta previa), hubungan seks boleh menyebabkan pendarahan serius. Keadaan ini memerlukan pemantauan rapi dan hubungan intim biasanya perlu dielakkan sehingga doktor mengesahkan ia selamat.
Sejarah Kelahiran Pramatang Atau Kontraksi Awal
Jika anda pernah melahirkan secara pramatang atau mengalami kontraksi sebelum waktunya, hubungan seks mungkin mencetuskan kontraksi tambahan, terutamanya jika orgasme berlaku. Doktor mungkin mencadangkan pantang sementara sehingga risiko dapat diminimumkan.
Bagaimana Jika Wanita Tidak Mahu Melakukan Hubungan Intim Ketika Hamil?
Perubahan hormon, keletihan, atau ketidakselesaan fizikal boleh mengurangkan keinginan seksual. Komunikasi dengan pasangan sangat penting.
Anda boleh mencuba aktiviti lain untuk mengeratkan hubungan seperti berkongsi momen romantis atau berbincang dari hati ke hati
Boleh Ke Pancut Dalam Ketika Awal Kehamilan
Ya, dalam kehamilan normal, ejakulasi di dalam vagina adalah selamat. Sperma tidak akan mencederakan bayi kerana bayi dilindungi oleh kantung amnion dan mukus serviks yang tebal.
Namun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau masalah serviks, rujuk doktor terlebih dahulu
Adakah Normal Jika Kurang Nafsu Seks Ketika Hamil
Ya. Terdapat beberapa masalah yang dialami kebanyakan wanita ketika seks ketika hamil. Antaranya:
1. Alahan atau Morning Sickness Membuatkan Anda Hilang Keinginan Seks
Ketika alahan datang menyerang dengan teruk, hubungan seks ketika hamil turut terganggu. Ini kerana anda hilang rangsangan untuk melayan pasangan dan terpaksa berehat di atas katil.
Tidak seperti sakit kepala biasa yang cepat reda setelah bersama dengan suami, kesan seks bagi sesetengah wanita boleh memburukkan lagi tahap alahan yang dialami.
Penyelesaiannya adalah tunggu sehingga rasa pening berkurang atau ubah jadual bercinta dengan pasangan, misalnya tukar kepada malam jika berkurang rasa mual. Biasanya, morning sickness ini akan berkurang setelah anda memasuki trimester kedua.
2. Keadaan Perut Yang Semakin Membesar
Perut yang semakin membesar seiring pertambahan minggu kehamilan sememangnya memberi halangan untuk anda dan pasangan melakukan posisi seks kegemaran.
Malah dalam sesetengah kes, terpaksa dihentikan kerana isteri berasa sakit atau kurang selesa pada bahagian perut.
Antara penyelesaian yang boleh kami cadangkan ialah jadikan saat ini kesempatan untuk anda dan pasangan mencuba posisi seks yang baru seperti berbaring mengiring (spooning) atau dipangku (cowgirl).
Dengan kedudukan ini, ibu memiliki kuasa mengawal penetrasi. Posisi missionary (suami di atas) juga digalakkan, namun perlu memastikan ia adalah selesa untuk anda dan bayi dalam kandungan.
3. Pembengkakan Vagina
Perubahan hormon kehamilan meningkatkan aliran darah ke kawasan punggung. Pada sesetengah bakal ibu, keadaan ini menyebabkan vagina membesar dan labia berubah sehingga meningkatkan keinginan untuk bersama.
Walau bagaimanapun, tidak semua bakal ibu mengalami gejala tersebut. Seperti bersin yang segera hilang, begitulah sensasi seks yang dirasakannya.
Cara penyelesaiannya adalah dengan menggantikan gaya bercinta dengan rangsangan manual atau mengubah posisi seks. Selain itu, sentiasa berwaspada jika pembengkakan disertai dengan rasa sakit ketika melakukan hubungan intim
4. Tubuh Mudah Rasa Penat
Ketika sebelum mengandung, mungkin andalah yang paling aktif dan bertenaga di rumah. Keghairahan pada malam hari untuk melayan suami pastinya bukanlah menjadi satu masalah.
Kini setelah berbadan dua, anda mungkin menyedari bahawa tubuh mudah berasa penat dan cepat mengantuk, apatah lagi bila meletakkan kepala pada bantal.
Cara penyelesaiannya ialah jika sudah melepasi tempoh alahan atau morning sickness, pilih untuk bercinta pada waktu pagi. Sekiranya tidak berkesempatan, tunggu sahaja waktu petang selepas suami pulang dari kerja.
5. Masalah Keputihan dan Vagina Berbau
Hubungan seks ketika hamil membuatkan ramai bakal ibu berasa kurang yakin. Hal ini kerana vagina terasa jauh lebih lembap dari biasa dan paling menyedihkan, keluar banyak keputihan.
Ini tentu sahaja membuatkan anda tidak selesa untuk meneruskan aksi hubungan intim bersama suami. Meskipun tidak memerlukan gel pelincir, jika terlalu basah dapat mengurangkan sensasi dan sukar pasangan menahan ereksi.
Selain itu, ramai ibu mengandung mengatakan bahawa bahagian kemaluan mula mengeluarkan aroma, bau dan rasa yang kurang menyenangkan.
Penyelesaiannya adalah dengan memanjangkan tempoh foreplay bersama suami agar anda benar-benar terangsang.
Manakala sekiranya aroma kemaluan ini menganggu keyakinan anda, oleskan sedikit minyak wangi ke bahagian paha dan bilas vagina beberapa minit sebelum anda melakukan hubungan seks.
Sekiranya anda mengandung anak pertama, usah risau untuk bersama suami kerana penetrasi yang dilakukan tidak akan sesekali melukakan janin atau mengakibatkan pendarahan.
Ini kerana janin dalam kandungan sudah dilindungi oleh cecair ketuban. Sekiranya ada keluar tompokan darah atau anda berasa sakit, adalah lebih baik mendapatkan dahulu nasihat dari doktor.
Cara Melayan Nafsu Suami Ketika Hamil
Semasa hamil, badan dan emosi wanita berubah, dan kadang-kadang rasa kurang selesa untuk melakukan hubungan intim adalah normal. Tapi jangan risau, ada banyak cara lain untuk kekalkan hubungan hangat dengan suami tanpa perlu rasa bersalah.
1. Berikan Sentuhan Mesra
Kalau tak selesa untuk bersama, tak apa! Peluk suami, cium dahi dia, atau beri urutan ringan. Sentuhan-sentuhan ini boleh buat suami rasa dihargai dan tetap disayangi.
2. Luangkan Masa Bersama
Habiskan masa dengan aktiviti santai seperti menonton filem di rumah, berjalan di taman, atau makan malam berdua. Masa berkualiti macam ni penting untuk eratkan hubungan, walaupun tanpa hubungan intim.
3. Berbincang Secara Terbuka
Kalau rasa tak selesa, cakap terus terang dengan suami. Beritahu apa yang anda rasa dan kenapa. Kadang-kadang lelaki tak tahu apa yang wanita alami semasa hamil, jadi komunikasi boleh bantu dia lebih faham.
4. Tunjukkan Kasih Sayang Dengan Cara Lain
Kalau suami ada keinginan, cari alternatif yang anda selesa, seperti pelukan erat atau cara lain yang tak melibatkan hubungan penuh. Pastikan semuanya atas persetujuan bersama.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seks Depan Anak Kecil, Ketahui Cara Berkesan Untuk Cover Line & Beraksi Dengan Hebat
Baca juga: 8 Posisi Seks Kegemaran Wanita, Isteri Jangan Malu Untuk Minta Dari Suami!