TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hukum Membunuh Cicak Dalam Islam Mengikut Mufti WP Yang Perlu Anda Tahu

4 min bacaan
Hukum Membunuh Cicak Dalam Islam Mengikut Mufti WP Yang Perlu Anda Tahu

Hukum membunuh cicak adalah perkara yang disunatkan dalam Islam kerana ia adalah haiwan perosak dan membawa penyebaran kuman

Cicak adalah sejenis reptilia kecil yang tergolong dalam keluarga Gekkonidae. Ia merupakan haiwan perosak, dengan badan berbintik seperti penyakit kusta. Meskipun tidak berbahaya, cicak sering dianggap menjengkelkan apabila terdapat di dalam rumah. Justeru apakah hukum membunuh cicak dalam Islam?

Isi Kandungan

  • Hukum Membunuh Cicak Dalam Islam
  • Hadis Tentang Membunuh Cicak
  • Ganjaran Bagi Siapa Yang Membunuh Cicak
  • Membunuh Cicak Tanpa Menyeksa
  • Mengapa Cicak Dianggap Haiwan Perosak

Hukum Membunuh Cicak Dalam Islam

Cicak merupakan binatang yang boleh dibunuh dan kerana termasuk di dalam binatang Fawasiq (perosak). Hukum membunuh cicak merupakan satu perkara yang disunatkan.

Ini seperti yang dinyatakan di dalam Mausua’h Fiqhiyah di bawah tajuk sunat membunuh binatang perosak dengan menyatakan sunat membunuh cicak walaupun dalam keadaan ia tidak memberi sebarang kerosakan.

Hadis Tentang Membunuh Cicak

Terdapat pelbagai hadis SAW yang memerintahkan supaya membunuh cicak di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Syarik Ranha:

‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم‏‏‏

Maksudnya:

Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak. Dan Baginda bersabda “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS”- Sahih al-Bukhari (3359)

Terdapat juga hadis yang lain menceritakan berkenaan perintah membunuh cicak, ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqaz:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَسَمَّاهُ فُوَيْسِقًا

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak, Dan disebutnya sebagai Fuwaisiq (binatang kecil yang mendatangkan kerosakan)- Hadis riwayat Muslim (2238)

Ganjaran Bagi Siapa Yang Membunuh Cicak

Selain itu ganjaran bagi siapa yang membunuh cicak seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ قَتَلَ وَزَغَةً فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً وَمَنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّانِيَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الأُولَى وَإِنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّالِثَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الثَّانِيَةِ

Maksudnya:

Barang siapa yang membunuh cicak dengan pukulan yang pertama, baginya sekian pahala, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan kedua, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan pertama, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan ketiga, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan kedua– Hadis riwayat Muslim (2240)

Selain itu terdapat juga hadis riwayat yang lain daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW

‏ ‏ مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِي أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِي الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِي الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ

Maksudnya: Barang siapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan diganjarkan kepadanya seratus kebaikan, dan sekiranya pada pukulan kedua, ganjarannya kurang daripada yang pertama dan sekiranya pada pukulan ketiga, ganjarannya kurang daripada yang kedua– Hadis riwayat Muslim (2240)

Membunuh Cicak Tanpa Menyeksa

Imam Nawawi dalam mensyarakan hadis ini menyatakan:

“Di dalam riwayat yang lain menyebut sebanyak tujuh puluh ganjaran sekiranya membunuhnya dengan satu pukulan dan ini disebabkan kerana tidak menyeksanya. Cicak dikelaskan dalam golongan haiwan perosak kerana terdapat ciri-ciri daripada golongan haiwan Fawahish al-Khams (lima haiwan perosak) yang mendatangkan kemudharatan seperti kala jengking dan tikus”.

Adapun cara membunuhnya lebih utama dengan memukulnya sekali sahaja supaya mengurangkan keseksaannya. Imam Izzuddin Ibnu Salam menyatakan ini termasuk di dalam sifat ihsan kepada binatang

(Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, hlm 923). Ini seperti yang di ajar Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:

إِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ

Maksudnya: Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik– Hadis Riwayat Muslim (1955)

Mengapa Cicak Dianggap Haiwan Perosak

Cicak sering dianggap sebagai haiwan perosak dalam konteks tertentu. Berikut adalah beberapa alasan mengapa cicak dianggap perosak:

1. Penyebaran Penyakit

  • Cicak dapat membawa kuman dan bakteria dari tempat yang kotor ke dalam rumah. Najis cicak, yang boleh terdapat di permukaan makanan dan peralatan, dapat menyebarkan penyakit kepada manusia.

2. Mencemari Makanan

  • Kehadiran cicak di dapur atau tempat penyimpanan makanan boleh menyebabkan pencemaran makanan. Cicak sering merayap di tempat-tempat yang tidak bersih, dan ini berisiko mencemari makanan yang tidak dilindungi.

3. Gangguan dan Ketidakselesaan

  • Cicak boleh menjadi gangguan, terutama apabila mereka muncul di tempat-tempat yang tidak diingini, seperti bilik tidur atau ruang tamu. Kehadiran cicak yang berlebihan boleh menyebabkan rasa tidak selesa di kalangan penghuni rumah.

4. Perosak bagi Insektisida

  • Cicak memakan serangga kecil seperti nyamuk dan pepijat. Walaupun ini boleh dianggap positif, kehadiran cicak yang banyak menunjukkan bahawa terdapat banyak serangga perosak lain di kawasan tersebut, yang memerlukan perhatian untuk dikawal.

5. Kesan Psikologi

  • Bagi sesetengah orang, cicak boleh menimbulkan rasa takut atau jijik. Kehadiran cicak, terutama yang besar, boleh menyebabkan ketidakselesaan psikologi dan kegelisahan.

Mufti WP

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20 Cara Halau Cicak Dari Rumah Yang Berkesan Guna Bahan Dapur Sahaja,Punca Cicak Banyak Dalam Rumah

Baca juga:  Tips Rumah Kekal Wangi, Habuk Pun Tak Mudah Melekat! Guna Apa Yang Ada Saja, Jom Cuba

Baca juga: Serangga Cochineal/Carmine Hasilkan Pewarna Merah: Kegunaan, Kesan & Hukum Mengikut Mufti WP

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Hukum Membunuh Cicak Dalam Islam Mengikut Mufti WP Yang Perlu Anda Tahu
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham