Ibu Mengandung Boleh Puasa Atau Tidak? Ini Jawapan Doktor & Tips Puasa Ketika Hamil

Ibu mengandung boleh puasa atau tidak bergantung pada tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jika tidak larat, jangan paksa diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mengandung boleh puasa atau tidak? Adakah berpuasa selamat untuk saya dan bayi? Sebeenarnya tiada jawapan yang khusus untuk persoalan ini kerana ia bergantung pada tahap kesihatan anda.

Walaupun terdapat kajian mengatakan bahawa ibu mengandung puasa tidak menjejaskan berat lahir bayi, masih belum jelas bagaimana puasa boleh menjejaskan kesihatan ibu atau bayi ketika hamil.

Ibu Mengandung Boleh Puasa Atau Tidak?

Dalam kes kehamilan berisiko tinggi, doktor mungkin menasihati ibu agar tidak berpuasa ketika hamil bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Penting untuk diingat bahawa jika anda hamil, hukum berpuasa adalah wajib. Namun Islam memberikan keringanan (rukhsah) kepada ibu mengandung dan ibu menyusu ketika bulan Ramadhan.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, wanita hamil dan menyusu anak dibolehkan berbuka puasa dalam dua keadaan saja iaitu; 

  1. Jika ibu merasa takut berlaku mudarat ke atas dirinya sahaja atau takut ke atas dirinya dan anaknya, maka wajib anda ganti puasa yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain seperti mana hal keadaan orang yang sakit.
  2. Jika ibu berasa takut akan berlaku mudharat ke atas anaknya sahaja, maka dalam hal ini boleh dia berbuka puasa tetapi wajib dia mengqadha puasa dan mengeluarkan fidyah sebanyak satu mud ( cupak ) bagi puasa yang ditinggalkan.

Jika anda berasa tidak larat untuk berpuasa, atau bimbang kesihatan diri dan bayi anda, berbincang dengan doktor untuk dapatkan pemeriksaan kesihatan am sebelum membuat keputusan.

Memutuskan sama ada berpuasa atau tidak adalah pilihan yang sangat peribadi. Anda perlu membuat keputusan berdasarkan tahap kesihatan dan usia kehamilan.

Satu faktor penting yang perlu diambil kira ialah apabila berlakunya puasa. Jika Ramadhan jatuh pada musim panas, ini bermakna cuaca panas dan hari yang panjang, yang meletakkan anda lebih berisiko mengalami dehidrasi.

Kajian Mengenai Ibu Hamil Puasa 

Kajian mengenai ibu mengandung puasa menunjukkan sedikit atau tiada kesan pada bayi baru lahir yang ibunya berpuasa semasa mengandung.

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin mengalami dehidrasi atau kekurangan tenaga, kerana berpuasa. Inilah yang telah hasil kajian setakat ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Puasa tidak menjadikan bayi anda lebih cenderung untuk dilahirkan lebih awal (pramatang).
  • Puasa ketika hamil tidak bermakna bayi akan mempunyai berat lahir kurang.
  • Anda mungkin kurang tenaga jika berpuasa, kerana tidak mengambil makanan dan air mencukupi.
  • Berpuasa semasa trimester kedua kehamilan boleh mengurangkan risiko diabetes semasa hamil dan menghalang penambahan berat badan ketika hamil.

Bagaimanakah Saya Menghadapi Puasa Ketika Hamil?

Jika anda mempunyai berat badan dan mempunyai gaya hidup yang sihat, anda mungkin dapat berpuasa dengan bayi. Perlu diingatkan bahawa bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi daripada ibu.

Jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi, puasa berkemungkinan kurang memberi kesan.

Ibu mengandung boleh berpuasa atau tidak sebenarnya bergantung kepada:

  • kesihatan umum sebelum anda hamil.
  • tahap dan usia kehamilan
  • berapa lama tempoh anda berpuasa dalam sehari

Puasa pada bulan-bulan musim panas mungkin menjadi kerja yang lebih sukar untuk ibu mengandung kerana suhu yang lebih tinggi boleh membuatkan anda mudah berasa letih.

Tanda Ibu Mengandung Tidak Boleh Puasa

Walaupun diberi kelonggaran untuk berbuka puasa, kajian perubatan mendapati 70 peratus daripada wanita Muslim yang hamil di Malaysia memilih terus berpuasa sepanjang Ramadhan selagi mampu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, jika ibu mengandung merasakan diri tidak sihat, pening, rasa hendak pitam, kabur penglihatan atau tanda membimbangkan, dinasihatkan segera berbuka dan dapatkan pemeriksaan doktor.

Berikut beberapa tanda ibu mengandung tidak boleh meneruskan puasa dan segera berbuka:

  • Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor anda.
  • Loya atau muntah.
  • Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak /kurang menendang).
  • Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya pula sedikit. Ini adalah tanda dehidrasi.
  • Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  • Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  • Sakit kepala atau demam.

Tips Puasa Ketika Hamil

  1. Utamakan pengambilan makanan yang kaya protein seperti daging dan telur, kerana protein dapat disimpan dalam tubuh untuk jangka masa yang lebih panjang berbanding vitamin-vitamin lain.

  2. Pastikan untuk meningkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran segar dan buah-buahan, untuk membantu mengekalkan perasaan kenyang.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  3. Jangan lupa untuk mengambil vitamin tambahan semasa sahur, untuk menjaga kesegaran tubuh sepanjang hari.

  4. Disaran untuk melewatkan sahur. Jika boleh, bersahurlah hingga menjelang imsak untuk mengurangkan risiko kehausan pada siang hari.

  5. Amalkan minum sekurang-kurangnya dua liter air masak selepas berbuka puasa hingga waktu imsak, dengan cara minum sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dehidrasi ketika siang hari.

  6. Jika anda peminum kopi, hadkanlah pengambilannya kepada satu atau dua cawan sahaja, kerana kafein dalam kopi bersifat diuretik dan boleh menyebabkan peningkatan kekerapan kencing.

  7. Variasikan pilihan makanan berbuka dan sahur dengan memilih hidangan yang sihat dan berkhasiat.

  8. Pilihlah makanan yang melepaskan tenaga secara perlahan seperti karbohidrat kompleks, makanan tinggi serat, kacang-kacangan, dan buah-buahan kering untuk menyediakan tenaga yang berkekalan.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  9. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi gula, kerana ia boleh meningkatkan kadar gula darah dengan cepat dan menyebabkan penurunan mendadak yang boleh menyebabkan rasa pening.

  10. Makan secara sederhana ketika berbuka dan makan perlahan-lahan. Cubalah menahan diri untuk tidak makan secara berlebihan. Anda boleh makan lebih banyak selepas menunaikan solat Tarawih atau di antara solat Tarawih.

  11. Hindari makanan berasid atau berminyak yang boleh menyebabkan masalah pencernaan, terutama sebelum tidur.

  12. Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia, ketosis, dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan lebih tinggi pada trimester pertama kehamilan di mana komplikasi kehamilan lebih sering berlaku.

  13. Doktor tidak menggalakkan ibu hamil pada trimester pertama untuk berpuasa, tetapi keputusan individu mungkin berbeza. Disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk menilai keadaan kesihatan dan keupayaan sebelum memutuskan untuk berpuasa.

Keadaan Yang Dilarang Ibu Hamil Puasa

Namun dalam keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Kencing manis

2. Penyakit hati yang tidak berfungsi

3. Lelah yang teruk

4. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal

5. Kehamilan kembar

6. Risiko kelahiran pra-matang

7. Masalah lain berkaitan kehamilan yang serius.

Apakah Tanda Bahaya Ibu Mengandung Puasa? 

Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat secepat mungkin jika anda berpuasa dan:

  • Berat badan tidak bertambah atau kehilangan berat badan, yang boleh membahayakan janin dalam kandungan. Anda mungkin tidak akan ditimbang semasa temu janji antenatal anda, jadi timbanglah badan anda dengan kerap di rumah semasa berpuasa.
  • Anda rasa sangat dahaga, bayi kurang gerak atau jika bintik anda menjadi berwarna gelap. Ini adalah tanda dehidrasi, dan ia boleh membuat anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing (UTI) atau komplikasi lain.
  • Anda berasa pening, pengsan, lemah, keliru atau letih, walaupun sudah berehat. Segera berbuka puasa dengan minuman manis, snek masin atau larutan rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan berjumpa doktor.

Bagaimana Saya Boleh Berpuasa Ketika Hamil?

  • Kekal Kerhidrat: Jika cuaca panas, kekal di tempat teduh, jangan paksa diri anda untuk melakukan terlalu banyak kerja dan minum banyak air semasa sahur. Anda perlu minum lebih daripada biasa apabila hamil, jadi makan makanan yang mengandungi banyak air seperti rebusan dan sup.
  • Tabiat Pemakanan Ibu Hamil Puasa: Banyakkan makanan berserat tinggi apabila anda berbuka puasa, seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
  • Elakkan Tidur Selepas Sahur: Puasa kadangkala boleh menyebabkan gastrik atau pedih ulu hati, terutamanya jika anda tidur selepas makan sahur.
  • Dapatkan Tips Dan Cadangan: Tanya keluarga atau rakan-rakan yang berpuasa semasa hamil untuk tips dan cadangan.
  • Elakkan Terlalu Aktif: Cuba untuk tidak berjalan jauh atau membawa apa-apa yang berat. Selain itu, kurangkan kerja rumah dan apa sahaja yang memenatkan anda.

Apakah Cara Terbaik Untuk Berbuka Puasa?

  1. Cuba makan perlahan-lahan ketika berbuka. Mulakan dengan makanan ringan seperti sup. Makanan yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan dan minuman bersusu juga merupakan pilihan yang baik, kerana ia memberi anda tenaga yang sangat diperlukan.
  2. Pilih makanan seimbang yang mengandungi makanan berkanji, buah-buahan dan sayur-sayuran, tenusu dan protein yang sihat seperti daging, ikan, telur atau kekacang yang dimasak dengan baik. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan baik.
  3. Pilih karbohidrat kompleks seperti bijirin, biji dan makanan berserat tinggi, seperti kekacang dan buah-buahan kering. Ini membantu anda melepaskan tenaga secara perlahan. Daripada makanan tinggi lemak dan ditapis, pilih pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang.
  4. Makan sedikit dan kerap jika boleh dan pastikan anda minum banyak cecair seperti air, rendah gula dan minuman tanpa kafein untuk membantu kekal terhidrasi.
  5. Elakkan makanan manis yang boleh meningkatkan paras gula darah anda dengan cepat. 

Saya Tidak Pasti Boleh Puasa Atau Tidak, Apa Perlu Saya Buat?

Dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan doktor sebelum ibu mengandung puasa. Pertimbangkan untuk puasa separuh hari terlebih dahulu bagi menilai kemampuan diri dan sebarang perubahan dalam pergerakan janin.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  9 Jenis Minuman Sesuai & Menyegarkan Untuk Ibu Mengandung, Lemonade Pun Termasuk Tau!

Baca juga:  Punca Bayi Sumbing Dalam Kandungan, Cara Mengesan Anak Sumbing & Rawatan Terbaik

Baca juga: Hyaluronic Acid Untuk Ibu Hamil: Adakah Ia Selamat, Manfaat Asid Hyaluronik & Kesan Sampingan