Ibu Menyusu Suka Makanan Pedas, Pakar Dedah Manfaatnya Anak Jadi Kurang Cerewet Makan

Makanan pedas menjadi kesukaan bagi kebanyakan ibu menyusu badan. Pengambilan secara sederhana dikatakan mampu memberi manfaat pada si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan pedas diminati oleh ramai kerana rasanya yang sedap dan terangkat. Namun bagi anda yang memiliki anak kecil, mungkin tertanya-tanya bolehkah ibu menyusui makan pedas?

Walaupun terdapat perkongsian yang mengatakan anda tidak patut makan makanan pedas, namun pakar berpendapat sebaliknya!

Makanan pedas ketika menyusu dapat merangsang deria rasa bayi 

Menurut Dr. Jennifer Wider, penasihat perubatan untuk Society for Women’s Health Research, tiada bukti saintifik yang mengatakan ibu menyusu makan pedas akan menyebabkan kesan buruk pada bayi mereka.

Malah manfaat makan pedas pada ibu menyusu dikatakan mampu membantu anak jadi kurang cerewet makan!

Sebenarnya, menurut Dr. Jennifer, diet ibu menyusu boleh mempengaruhi bagaimana gaya pemakanan anak mereka nanti. Ibu menyusu yang mengambil pelbagai jenis makanan termasuk makanpedas akan membantu merangsang deria rasa bayi mereka.

Susu ibu bukanlah terus datang dari sistem pencernaan seseorang ibu. Tetapi ia melalui darahnya. Ini bermakna, jika ibu itu makan sayur yang berangin, nutrien sayur tersebut akan diserap ke dalam susu namun bahagian berangin itu tidak akan memberi kesan kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama juga seperti kes ibu menyusui makan pedas. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases menyatakan secara purata, seorang ibu memerlukan 4 hingga 6 jam untuk memproses susu badan. Namun tubuh ibu boleh mempercepatkan dan memperlahankan proses ini.

Bayi menyerap nutrien dari makanan ibu

Selepas badan ibu memecahkan makanan kepada protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air, sebahagian dari komponen ini akan pergi ke tempat lain.

Sistem saluran badan akan menghantar nutrien-nutrien ini ke kelenjar mamari dengan molekul rasa dan bau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses yang sama juga terjadi ketika kehamilan. Semasa bayi berada dalam rahim ibu, mereka menyerap nutrien dari makanan yang ibu makan.

Jadi, jika ibu menyusui makan pedas, mereka hanya akan merasa satu rasa yang lebih kuat, itu menurut kata Dr. Paula Meier, seorang profesor paedeatrik di Rush University Medical Centre.

Bayi menyusu badan kurang cerewet

Lucy Cooke, seorang penyelidik di University College London, menyokong penemuan tentang pemakanan terbaik untuk ibu menyusu.

Menurutnya, bayi menyusu badan kurang cerewet kerana mereka telah merasa pelbagai jenis rasa di usia muda. Ibu menyusu digalakkan ambil pelbagai makanan termasuklah makan makan pedas bagi meransang deria rasa bayi dan membuatkan si manja tidak cerewet makan (picky eater).

Manfaat makan pedas yang lain

Meskipun sesetengah ibu elakkan ambil makanan pedas ketika menyusu badan, sebenarnya pengambilan yang sederhana tidak mendatangkan sebarang kesan bahaya terhadap anda dan bayi.

Malah, ada beberapa manfaat makan pedas yang baik iaitu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Memperbanyakkan susu badan

Cili adalah sumber nutrien yang hebat untuk ibu menyusui. Ia kaya dengan zat besi, asid folik, dan vitamin C. Makan makan pedas mengandungi capsaicin, telah terbukti mampu meningkatkan pengeluaran susu badan.

Justeru ibu menyusui makan pedas dengan kerap dapat membantu anda memperoleh nutrien yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran bayi.

#2. Bayi lebih kerap menyusu

Ternyata sesetengah bayi sebenarnya sangat menyukai perisa yang kuat, dan apabila anda ambil makanan pedas, bayi mungkin bertahan lebih lama untuk menyusu.

Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa apabila bayi terdedah kepada bawang putih dalam susu ibu, si manja cenderung untuk kerap menyusu dengan tempoh lebih lama.

#3. Anak tidak memilih makan

Menurut perunding laktasi dan pengarah laktasi di Motif Medical, Ashley Georgakopoulos, makan makan pedas dan makanan lain yang berperisa kuat boleh menjadikan bayi anda seorang pemakan yang lebih baik.

“Ia menyebabkan variasi rasa yang sangat halus yang membantu mengembangkan lelangit anak,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyelidikan mendapati bahawa bayi yang menyusu badan lebih mudah menerima sebarang jenis makanan berbanding dengan bayi menyusu formula.

#4. Menjadi pelengkap kepada diet ibu menyusu

Setiap ibu perlu mengamalkan diet yang seimbang terutamanya ketika menyusu. Hal ini kerana proses penyusuan memerlukan kalori tambahan (450-500 sehari) dan pengambilan makanan yang mencukupi dapat membekalkan tenaga.

Justeru ibu perlulah ambil pelbagai jenis makanan termasuklah makanan pedas.

Efek makan pedas yang berlebihan

Bahaya makan pedas boleh berlaku sekiranya ibu mengambilnya secara berlebihan setiap hari. Efek makan pedas berupaya menjejaskan kesihatan ibu seperti:

#1. Sakit perut setelah makan pedas

Cirit birit, perut memulas dan sakit perut setelah makan pedas adalah masalah yang biasa terjadi kepada ‘pencinta’ makanan pedas.

Kajian membuktikan, capsaicin (zat kimia yang membuat cili terasa pedas) yang dimakan secara berlebihan boleh memberi kesan kepada lapisan perut. Gejalanya termasuk mual serta rasa tidak selesa pada perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Menggalakkan pertumbuhan jerawat

Bahaya makan pedas secara berlebihan juga boleh membuatkan wajah ibu mudah break out dan ditumbuhi jerawat.

Menurut dr. Devia Irine Putri, bila makan pedas, suhu badan meningkat. “Makan makan pedas boleh menyebabkan peluh dan minyak berlebihan di muka. Kemudian, mencetuskan pori-pori tersumbat dan tumbuh jerawat,” kata dr. Devia.

Peningkatan suhu badan ini boleh disebabkan oleh capsaicin, sebatian organik dalam makanan pedas. Capsaicin adalah bahan aktif dalam kebanyakan makanan pedas, seperti lada yang boleh memberikan sensasi panas.

Malah, makanan pedas juga menyebabkan radang pada pencernaan yang boleh menyebabkan gejala fizikal pada kulit. Ini termasuklah kulit kemerahan dan jerawat hingga menyebabkan kegatalan kepada individu. Sekiranya ini berlaku, jangan lupa untuk menggunakan skincare yang sesuai untuk wajah.

#3. Kesan pada rahim

Bagi sesetengah wanita, masakan pedas boleh menyebabkan kerengsaan pada rahim atau usus. Simptom utama berkaitan kerengsaan rahim adalah masalah kekejangan tidak terkawal pada otot rahim atau pada bahagian abdomen bawah. 

Cara mengatasi sakit perut karena makan pedas

Ada beberapa cara mengatasi sakit perut karena makan pedas yang boleh anda lakukan di rumah. Antaranya:

#1. Ambil susu, aiskrim atau makan keju

Respons spontan seseorang dalam kepedasan adalah dengan minum ais sebanyak mungkin. Ia sebbenarnya salah. Menurut jurnal yang diterbitkan dalam American Chemical Society, air ais tidak dapat meneutralkan capsaicin, malah boleh memburukkan lagi keadaan.

Anda lebih dinasihatkan untuk minum susu atau produk berasaskan susu seperti ais krim atau keju. Susu atau produk yang diproses mengandungi kein. Molekul ini boleh meneutralkan capsaicin.

#2. Minuman manis

Minuman yang ditambah gula atau madu menjadi salah satu cara mengatasi sakit perut karena makan pedas. Anda juga boleh ambil jus buah tanpa gula atau minum air dengan perahan lemon.

Seperti susu, jus lemon juga boleh meneutralkan capsaicin. 

#3. Minum teh chamomile

Teh chamomile mempunyai sebatian anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan, merangsang pelepasan gas, dan mengendurkan otot-otot saluran pencernaan.

Oleh itu sebagai cara mengatasi sakit perut karena makan pedas, anda boleh ambil teh ini.

Jenis makanan yang baik untuk ibu menyusu

#1. Avokado

Buah avokado boleh beri tenaga untuk ibu menyusu. Keluhan yang sering berlaku adalah ibu sering sangat lapar kerana peningkatan permintaan kalori dalam menyusu, dan mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menyiapkan makanan dan makan.

Avokado terkandung hampir 80 peratus lemak dan membantu mengekalkan rasa kenyang di samping memberi tubuh anda lemak yang menyihatkan jantung.

Ia juga merupakan sumber vitamin B yang baik, vitamin K, folat, kalium, vitamin C, dan vitamin E.

#2. Kekacang

Kekacang adalah sumber protein, vitamin, mineral, dan fitoestrogen yang baik. Buncis telah digunakan sebagai galactagogue (sesuatu yang meningkatkan bekalan susu ibu) sejak zaman Mesir kuno.

Makan pelbagai kacang dan kekacang bukan sahaja baik untuk kesihatan umum anda, tetapi juga membantu memastikan bahawa anda mempunyai bekalan susu yang sihat.

#3. Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau mengandungi fitoestrogen, yang terbukti mempunyai kesan positif terhadap pengeluaran susu. Ini mungkin merupakan kunci untuk memahami kekuatan laktogenik mereka.

Ramai ibu bimbang bahawa memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti brokoli atau kubis akan menjadi punca bayi kembung perut.

Walau bagaimanapun, ini tidak benar: Bahagian karbohidrat sayur-sayuran ini, yang boleh menyebabkan gas, tidak dapat masuk ke dalam susu ibu.

#4. Sayur akar merah dan jingga

Walaupun sayur-sayuran merah dan oren belum dikaji secara khusus untuk sifat galactagogue mereka, mereka telah digunakan sebagai makanan laktogenik dalam banyak budaya di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun.

Sayuran akar merah dan oren seperti lobak dan keladi juga telah digunakan secara turun temurun dalam diet tradisional zuoyuezi Cina dengan kepercayaan bahawa mereka bukan sahaja memberi makan ibu, tetapi bantu menyuburkan anak dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.

Sebarang sifat laktogenik yang terdapat pada sayur-sayuran akar merah dan oren kemungkinan serupa dengan sayur-sayuran berdaun hijau.

Fitoestrogen dalam tanaman ini selain kepadatan nutriennya yang tinggi dapat meningkatkan susu ibu

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Cerai Susu Yang Berkesan Daripada Seorang Ibu Ini

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Bantu Banyakkan Susu Badan