X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Ikan Buntal, Selepas Isteri, Suami Pula Disahkan Maut

4 min bacaan
Bahaya Ikan Buntal, Selepas Isteri, Suami Pula Disahkan Maut

Ikan buntal boleh jadi racun, seperti insiden ngeri suami isteri yang akhirnya menemui ajal selepas menikmati hidangan buat kali pertama.

Sudah 18 kematian dilaporkan daripada 58 kes keracunan makanan disebabkan memakan ikan buntal. Baru-baru ini, warga emas, Eng Kuai Sin @ Ng Chuang Sing yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 25 Mac lalu, disahkan meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat memakan ikan buntal.

Untuk rekod, pasangannya iaitu Lim Siew Guan dilaporkan maut pada 29 Mac selepas makan hidangan ikan buntal buat kali pertama.

Pasangan suami isteri ini menjadi mangsa keracunan ikan buntal setelah membeli ikan buntal secara atas talian menerusi laman Facebook. Sebelum menikmatinya sebagai makanan tengah hari. Ikan yang segar itu diperoleh dari nelayan di Endau sebelum diproses oleh pemborong di Batu Pahat, Johor. 

Suami isteri alami gejala yang sama, tiba-tiba sesak nafas dan menggigil 

ikan buntal

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, dilaporkan berkata, isteri mangsa tiba-tiba mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada jam 5 petang 25 Mac lalu, sebelum disahkan maut dua jam kemudian.

Begitu juga suaminya, Kuai Sin yang turut mengalami gejala yang sama sejam selepas isterinya. 

Kuan Sin yang dipindahkan ke Wad Perubatan dilaporkan stabil dalam keadaan sedar. Tetapi, pesakit masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan diberi makan melalui tiub.

Namun, pada 8 April lalu sekitar jam 5.20 pagi, pesakit telah dikesan dalam keadaan tidak responsif semasa jururawat menguruskan pesakit lain. Justeru, bantuan kecemasan telah diberikan dengan serta-merta oleh Pegawai Perubatan selama 30 minit sebelum pesakit disahkan meninggal pada jam 6.20 pagi.

Ramai tak tahu bahaya racun yang ada dalam ikan buntal

ikan buntal

Ikan buntal atau pufferfish adalah sejenis ikan beracun yang datang dari keluarga Diodontidae iaitu spesies yang sering ditemui di negara kita.

Ia juga dikenali sebagai ‘ikan fugu’ yang tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling bahaya dan boleh membawa maut di dunia. Ini kerana racun Tetrodoktoksin yang ditemui dalam ikan buntal boleh menyerang sistem saraf dan sekaligus boleh membawa maut.

Racun ini sebenarnya lebih berbahaya daripada sianida. Ia boleh membahayakan nyawa walaupun anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, teknik siang ikan buntal juga berbeza dengan cara yang biasa.

Bukan itu sahaja, bahagian tertentu seperti kulit, hati dan ovarium hendaklah dibersihkan dengan teliti sebelum dimakan. Ini kerana racun tetrodoktoksin tidak akan hilang walaupun sudah dimasak atau dibekukan. Malah, jika tidak bersihkan dengan betul, racun tersebut akan merebak dan menyerap ke dalam isinya. 

Hidangan ikan buntal biasanya terkenal dengan hidangan sashimi, dimasak sebagai fuguchiri dan wain sirip yang menjadi hidangan kegemaran orang Jepun. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan jual sama sekali mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.

Tips siang ikan yang betul supaya dimakan dengan selamat

ikan buntal

Jika anda betul-betul teringin dan mengidam makan ikan buntal, pastikan anda siang dengan cara yang betul, selain mendapatkan dari pembekal yang dipercayai dan diketahui jenisnya. Kami sediakan beberapa tips ddi bawah yang mungkin dapat membantu:

  1. Buang kulit ikan bermula dari bahagian mulut sehingga keseluruhan. Ini bagi membuang racun yang terdapat pada ikan.
  2. Bersihkan daging ikan dengan betul sehingga lendir tertanggal dan hilang sepenuhnya.
  3. Sebaiknya, ambil isi ikan dengan menggunakan pisau yang tajam dan membuang sisa yang lain.
  4. Buang sahaja bahagian badan ikan jika anda tersalah belah kerana bimbang racun merebak ke bahagian lain.

Namun begitu,spesies ini tidak digalakkan untuk makan di rumah dan adalah lebih baik jika dihidangkan oleh cef yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan hidangan berasaskan ikan buntal. 

 

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Baca juga: ”Maryam Luka-Luka & Lebam”, Ibu Kecewa CCTV Taska Dedah Rupanya Anak Diserang Di Bilik Isolasi

Baca juga: Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Lain-Lain
  • /
  • Bahaya Ikan Buntal, Selepas Isteri, Suami Pula Disahkan Maut
Kongsikan:
  • Alatan Permainan Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak Bagus Untuk Perkembangan Kognitifnya

    Alatan Permainan Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak Bagus Untuk Perkembangan Kognitifnya

  • Inginkan Bulu Mata Kelihatan Panjang Dan Melentik? Ini 8 Maskara Terbaik Yang Buat Wajah Terus Tampak Menawan

    Inginkan Bulu Mata Kelihatan Panjang Dan Melentik? Ini 8 Maskara Terbaik Yang Buat Wajah Terus Tampak Menawan

  • Mencari Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Yang Terbaik? Ini 8 Jenama Krim Yang Berkesan!

    Mencari Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Yang Terbaik? Ini 8 Jenama Krim Yang Berkesan!

  • Alatan Permainan Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak Bagus Untuk Perkembangan Kognitifnya

    Alatan Permainan Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak Bagus Untuk Perkembangan Kognitifnya

  • Inginkan Bulu Mata Kelihatan Panjang Dan Melentik? Ini 8 Maskara Terbaik Yang Buat Wajah Terus Tampak Menawan

    Inginkan Bulu Mata Kelihatan Panjang Dan Melentik? Ini 8 Maskara Terbaik Yang Buat Wajah Terus Tampak Menawan

  • Mencari Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Yang Terbaik? Ini 8 Jenama Krim Yang Berkesan!

    Mencari Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Yang Terbaik? Ini 8 Jenama Krim Yang Berkesan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.