Perjuangan dan pengorbanan seorang ibu untuk menyusu anak angkatnya

Seorang ibu dari Bali rela menjalani induksi laktasi susu badan demi anak angkatnya. Inilah bukti kasih sayang ibu untuk anak sememangnya tiada batasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasih sayang seorang ibu memang tidak terhingga. Beginilah cerita perjuangan dan pengorbanan seorang wanita bernama Chasyha yang tekad untuk melakukan induksi laktasi supaya dia boleh menyusukan anak angkatnya.

Chasyha nekad ingin cuba induksi laktasi demi anak

Daniel dan Chasyha tidak dapat menahan rasa terharu apabila mendapat berita mereka akan menjadi ibu bapa angkat dalam masa 5 minggu lagi.

Pasangan suami isteri dari Bali itu sudah lama berusaha dan berdoa untuk menimang cahaya mata sendiri, tetapi mereka masih tidak dikurniakan anak.

Mereka mula-mula tahu mengenai induksi laktasi atau penyusuan anak angkat apabila seorang kawan mencadangkan mereka berjumpa dengan pakar laktasi di BaliMed Hospital Denpasar.

Di sana mereka bertemu dengan Dr. Oka Dharmawan, IBCLC, MARSS, yang telah memulakan induksi laktasi mereka dengan segera.

Penjelasan doktor mengenai induksi laktasi

Sumber gambar: News Medical

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr.Oka Dharmawan, IBCLC, MARS menjelaskan proses induksi laktasi atau penghasilan susu untuk anak angkat bermula dengan merangsangkan dan menyiapkan payudara ibu untuk menghasilkan susu badan.

Hormon progesteron dan estrogen digunakan supaya badan wanita itu akan berubah seolah-olah mereka mengalami proses kehamilan.  Kelenjar susu alveoli akan bertambah, malah wanita itu akan merasai payudaranya berubah secara bertahap-tahap.

Kemudian, ubat Domperidone akan diberi untuk merangsang penghasilan susu ibu buat anak angkat.

Fungsi Domperidone ialah untuk meningkatkan kadar hormon prolaktin, sehingga payudara yang dirangsang oleh estrogen dan progesteron mempunyai susu.

Selepas beberapa hari (biasanya 10 hari), ibu akan diajar teknik urut laktasi. Cara mengurut ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu,” jelas doktor yang sering dibantu oleh isterinya ketika mengajar pesakit urut relaksasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jika susu ibu mula keluar bertitis-titis, saya akan meminta ibu itu untuk kerapkan pemerahan susu dengan beransur-ansur setiap hari untuk meningkatkan pengeluaran susu.

Menurut beliau, kejayaan induksi laktasi bukan bergantung kepada disiplin jumpa pakar laktasi, tetapi disiplin ibu itu sendiri dalam merangsangkan payudaranya.

Menyusu anak dengan kerap untuk menggalakkan penghasilan susu. Biar bayi menghisap payudara anda secepat mungkin. Semua ini adalah “penambah susu” yang paling baik,” tambahnya.

Terapi induksi laktasi 6 bulan sebelum kelahiran bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program induksi laktasi secara normal mesti dilaksanakan 6 bulan sebelum kelahiran bayi. Namun, Chasyha berjaya melakukan prosedur ini dalam masa 5 minggu dengan motivasi dari doktor. 

“Doktor suruh saya jangan bimbang. Jika saya belum berjaya mengeluarkan susu saat bayi itu lahir, saya masih boleh memberinya susu penderma,” kenang Chasyha.

Pada mula-mulanya, Chasyha telah mengambil pil perancang dan Domperidone 3 kali sehari. Pil tersebut perlu diambil pada masa yang sama setiap hari.

Kira-kira seminggu mengambil ubat, Chasyha mula merasakan perubahan pada tubuh badan seolah-olah dia sedang hamil.

Tanda-tanda seperti ghairah seks yang menurun, timbul jerawat, tambah nafsu makan, payudara membesar serta areola melebar dan semakin gelap.

Mereka kembali untuk berjumpa dengan Dr. Oka semula untuk belajar cara mengurut payudara.

Saat keluar cecair putih dari payudaranya, Chasyha berasa sungguh terharu dan bersemangat untuk menyediakan susu badan untuk buah hati yang bakal dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun komitmennya banyak perlu mengurut payudara 3-4 jam sekali untuk menggalakkan susu yang lancar, Chasyha melakukan itu semua dengan gembira dan kerelaan sepenuh hati!

Bara terpaksa dikeluarkan lebih awal akibat kesulitan

Bayi yang mereka namakan Bara terpaksa dikeluarkan lebih awal melalui pembedahan kecemasan akibat kesulitan, dan ditempatkan dalam NICU.

Chasyha berusaha untuk mengepam dan mengurut dengan lebih kerap tetapi hasilnya tidak mencukupi. Bara diberi susu badan dari penderma dengan menggunakan sudu.

Ketika Chasyha cuba menyusu terus dari payudaranya, putingnya berasa sangat sakit.

Rupa-rupanya Bara menghadapi masalah tongue dan lip tie dan perlu menjalankan pembedahan untuk membetulkan struktur mulutnya.

Berikan susu akhir dahulu

Selain membaiki struktur mulut Bara, Chasyha juga telah mengambil banyak makanan penambah susu seperti teh fenugreek, sup kacang, buah-buahan, dan bersikap positif untuk melancarkan susu badan.

Mula-mulanya susu yang dihasilkan hanya 10ml. Kemudian 30 ml. Bara juga semakin kuat menyusu tetapi berat badannya masih kurang dari normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Oka menyarankan Chasyha memberi susu akhir dulu kepada Bara untuk meningkatkan berat badannya. Chasyha akan mengepam selama 5 minit untuk mengeluarkan susu awal kemudian menyusukan Bara selepas itu.

Hasilnya berat Bara naik 1500 gram dalam tempoh 1 bulan. Bulan berikutnya naik lagi menjadi 1400 gram. Kini, Bara sudah berusia 4 bulan dengan berat badan mencapai 7 kilogram.

“Sekiranya anda ingin mencuba induksi laktasi seperti saya, nasihat saya adalah, lakukannya dengan sepenuh hati.

Anda mungkin fikir menjaga anak adalah perkara yang mudah sahaja, tetapi banyak yang perlu dikorbankan untuk memberi terbaik buat anak.

Banyak masa dan tenaga diperlukan, bahkan minda kita perlu sentiasa fokus terhadap kebaikkan mereka. “

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

15 Posisi Menyusu Bayi Yang Betul, Buat Ibu Menyusu Kali Pertama Selesa & Bayi Kenyang

 

 

Penulis

Rosanna Chio