Keluarga Akan Makin Bahagia Bila Isteri Happy, Tapi Jika Sebaliknya? Faham-Faham Sajalah...

lead image

Benarlah orang tua-tua kata, rumah tangga bahagia bermula dengan isteri yang bahagia. Apa pendapat anda?

Apabila berkahwin dan punya anak, tentunya suami perlu memastikan isteri bahagia dalam keluarga itu sambil membesarkan anak-anak hingga dewasa.

Sebab itu orang tua-tua kata, kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada isteri bahagia dan happy selalu dalam mahligai yang dibina. 

Namun begitu, tak semua isteri punya kebahagiaan ini yang kadang kala terlepas dek pandangan suami. Jom kita selami perkongsian hati dari seorang wanita Farah Nunaa yang berkongsi coretan hatinya melalui Facebook. 

Isteri bahagia bila tiada orang “sibuk” urusan rumah tangga mereka 

isteri bahagia, suami isteri bahagia, keluarga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, perkahwinan bahagia, kebahagian dalam rumahtangga, bahagia bersama isteri dan anak, suami bahagiakan isteri, suami membahagiakan

Kredit : Pama

Isteri yang bergelar suri rumah biasanya mengalami stres teruk terutama bila anak-anak menempek 24 jam dengannya dan terperap saja dalam rumah. 

Tapi kecewa sungguh bila ramai yang kata suri rumah tak penat dan goyang kaki saja. Sedangkan orang luar hanya tahu “cakap kosong”.

Mereka tak tahu perasaan dan hati suri rumah ini bagaimana. Rasa diri tak guna itu memang biasa. Manakan tidak, nak beli barang duit tak ada.

Simpanan dan harta benda jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih, mulalah kata menyusahkan suami. Lebih menghiris bila orang kata tak sedar diri itu suri rumah!

Tapi anda tak tahu, suri rumah yang ada anak kecil nak makan dan mandi serba tak menentu. Semuanya perlu ikut mood anak masa itu. 

Bayangkan orang lain sudah mandi tiga kali tapi suri rumah mandi sekali pun belum tentu. Lagi-lagi kalau anak jenis susah nak lepaskan ibunya. 

Soal makan pula, apa yang anak makan itu jugalah makanan kita. 

Kunci rumah tangga bahagia bila ada suami memahami 

isteri bahagia, suami isteri bahagia, keluarga bahagia, kunci rumah tangga bahagia, perkahwinan bahagia, kebahagian dalam rumahtangga, bahagia bersama isteri dan anak, suami bahagiakan isteri, suami membahagiakan

Kredit : Sirap Limau

Kalau dapat suami memahami, alhamdulillah. Cukuplah dia faham situasi, pinjam telinga, bagi semangat dan jangan tambah serabut. Tolong hargai para isteri suri rumah ini. Jangan anggap mereka seperti “maid”. 

Lagi teruk kalau dapat suami yang tak kisah isteri sakit, penat atau emosi tak stabil. Semua dia buat tak tahu. Yang dia tahu balik kerja, hadap telefon/tv saja. 

Rasa bosan, keluar lepak dengan member. Balik rumah tahu tidur saja. Anak pula lepas semua pada isteri. Mana tak timbul isu isteri bunuh diri atau kelar anak. 

Sebab apa suri rumah boleh jadi teruk macam ini? Sebabnya dia tak ada kawan dan kehidupan sosial zero. 

Hidup dia hanya untuk anak dan suami. Kalau suami “tunggul” lagi bertambah teruk. 

Kalau suami ada rasa simpati, tolonglah beri masa untuk isteri “me time”. Tolong jaga anak sekejap dan buat apa yang patut di rumah. 

Suami tolonglah harga isteri dan ibu kepada anak-anak awak. Isteri itu manusia biasa bukan robot dan bukan juga orang gaji. 

*****

Ya benar, keluarga yang bahagia itu bermula bila seorang ibu dan isteri gembira dari segi fizikal dan mental. Jadi siapakah yang bertanggungjawab membuat ini pada dia?

Jawapannya adalah suami itu sendiri. 

Justeru lihat jika ada kepincangan dalam keluarga, sila lihat siapa ketua kelurganya kerana bila saling melengkapi pastinya perkahwinan itu bahagia selamanya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pesona Pengantin

Baca juga

Tanggungjawab isteri pada suami dalam rumah tangga, setiap wanita perlu tahu hal ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!