TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Baru 2 Hari Kahwin, Isteri Terus Ikut 'Lelaki' Lain, Suami Nekad Penggal Kepalanya

17 Jun, 2020
Baru 2 Hari Kahwin, Isteri Terus Ikut 'Lelaki' Lain, Suami Nekad Penggal Kepalanya

Setelah setahun diburu, isteri lari ikut lelaki lain selepas dua hari dikahwini ditemui. Tetapi si suami nekad memenggal isterinya.

Setiap yang berkahwin impikan kebahagiaan kekal hingga ke akhir hayat. Tetapi bagi pasangan dari Iran ini, sang isteri lari ikut lelaki lain selepas dua hari dikahwini. 

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah setahun diburu, isteri yang melarikan diri akhirnya ditemui, tetapi si suami nekad memenggal isterinya. 

Isteri lari ikut lelaki lain kena penggal setelah setahun diburu

Isteri lari ikut lelaki

Kredit foto: cypost

Dilaporkan, gadis berusia 19 tahun itu, ditemui suaminya di Mashhad, Iran setelah setahun pencarian.

Menurut laporan Iran International TV, lelaki berusia 23 tahun itu menyerah diri kepada polis di bandar Abadan sambil memegang pisau yang berlumuran darah sebagai simbol ‘pembunuhan terhormat’. 

Mengikut undag-undang Iran, seorang suami boleh membunuh isterinya dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman sekiranya isterinya ditangkap curang bersama lelaki lain dan ia dianggap ‘pembunuhan terhormat’. 

Dia memberitahu telah membunuh isterinya kerana wanita berkenaan didakwa berlaku curang. 

Lelaki berkenaan dipercayai memenggal kepada isterinya dan suspek meninggalkan badan wanita berkenaan di tebing Sungai Bahmanshir. 

Tragedi berkenaan berlaku di wilayah Khuzestan, Iran yang terkenal dengan permasalahan yang dipanggil ‘pembunuh terhormat’.

Menurut patologi sosial, kebanyakan lelaki yang melakukan perbuatan itu menderita sakit mental dan fizikal dan menganggap isteri dan anak adalah harta mereka. 

8 tips elak cinta pasangan beralih arah

Isteri lari ikut lelaki

Setiap yang berlaku sudah tersurat dan ditakdirkan. Tetapi tidak salah untuk kita berusaha melakukan yang terbaik bagi pastikan rumah tangga kekal harmoni dan terus mekar dengan cinta.

#1. Menerima pasangan seadanya

Hampir setiap pasangan datang dari keluarga dan latar belakang berbeza. Terimalah pasangan seadanya dan bersyukurlah dia ditakdirkan menjadi jodoh kita.

Tapi tidak salah untuk merubah pasangan ke arah kebaikan namun jangan terlalu mendesak. Perlu diingat tiada manusia dilahirkan sempurna dan perubahan dalam masa singkat bukan semua orang boleh lakukan.

#2. Hargai pasangan 

Baik suami mahupun isteri, penghargaan adalah sesuatu yang penting kepada setiap individu. Nampak remeh, tapi sikap menghargai setiap apa yang masing-masing lakukan akan membawa keharmonian dalam rumah tangga. Sekecil-kecil bakti isteri atau suami, hargailah. 

Tak susah pun nak ucap ‘terima kasih’, ‘thank you’ dan ‘thanks’. 

#3. Sentiasa bersama

Lakukan segalanya bersama-sama. Jika masa bercinta segalanya mahu dilakukan bersama, sudah berkahwin pun begitu juga. Mulakan dengan perkara yang mudah seperti memasak bersama, cipta hobi bersama. Jika tidak, tiadalah pepatah  ‘two is better than one’.

#4. Sentiasa bertolak ansur

Sikap ini sangat penting bukan saja dalam rumah tangga, tetapi di mana-mana. Apabila terjadinya perbalahan dalam rumah tangga yang sepatutnya dilakukan pasangan adalah berdamai dan cari punca penyebab kepadanya untuk meredakan keadaan.

Jangan sesekali mementingkan diri dengan menegakkan pendapat masing-masing hingga perselisihan itu berpanjangan.

Stories Rakan Kongsi
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?

Lebih elok tamatkan segera perselisihan!

#5. Hormati satu sama lain

Memang dia suami atau isteri kita. Tapi setiap individu patut dihormati. Jika isteri hormat suami seperti melayan dengan baik, menjaga makan dan minum pasti suami juga terikut untuk buat benda yang sama.

Begitu juga sebaliknya. Isteri tidak akan bertindak di luar kebiasaan sekiranya suami menghormati dan tidak menzalimi isterinya. 

#6. Sentiasa memaafkan

Ego tidak membawa anda kemana-mana. Akui kesalahan jika benar melakukannya. Belajarlah untuk memaafkan pasangan dan sama-sama berjanji untuk tidak mengulanginya. Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian hubungan. Jangan simpan dendam dan mengungkit kesalahan lalu yang menyakitkan hati pasangan.

#7. Jujur dan tidak berahsia

Kegagalan untuk jujur dengan pasangan dan terlalu banyak rahsia bermakna anda bersedia ke arah kegagalan rumah tangga. Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan sama ada suka atau duka meningkatkan lagi kerukukan rumah tangga. 

#8. Banyakkan berdoa untuk pasangan

isteri lari ikut lelaki

Kredit foto: soyalemonviral

Doa itu senjata orang Mukmin. Bagi yang bukan Islam juga, doa itu adalah pengharapan yang mahukan semua yang baik-baik berlaku. Jadi jangan berhenti berdoa untuk keharmonian rumah tangga.

Jika semuanya sudah sempurna, kenapa mahu beralih mencari cinta lain? Cuba hargai pasangan anda kerana belum pasti ‘cinta lain’ itu pelengkap yang dicari!

Sumber: mstar, dailystar, baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcurang-dalam-perkahwinan-tips

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Baru 2 Hari Kahwin, Isteri Terus Ikut 'Lelaki' Lain, Suami Nekad Penggal Kepalanya
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham