Jadual Makan Bayi 6 Bulan Mengikut Panduan KKM, Penting Untuk Ibu Rujuk

Jadual makan bayi 6 bulan perlu lengkap dengan sarapan pagi, makan tengah hari, snek dan makan malam agar si manja terbiasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu cepat masa berlalu, kini si manja sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal buat kali pertama. Anda pastinya tertanya-tanya jadual makan bayi 6 bulan sepatutnya berapa kali sehari dan bagaimanakah cara penyediaan yang betul, kan?

Biasanya makanan bayi 6 bulan yang selalu dibuat adalah puri buah dan sayur-sayuran. Namun sebenarnya ia tidak cukup membekalkan nutrisi kepada si manja.

Jadi anda perlu fikirkan menu bayi 6 bulan yang sesuai untuk perkembangan bayi selain ia cukup nutrisi untuk bayi 6 bulan. 

Jadual Makan Bayi 6 Bulan Mengikut KKM

Mengikut Kementerian Kesihatan (KKM) dan World Health Organization (WHO), ketika si manja memasuki usia 6 bulan, ibu hendaklah mula memperkenalkan makanan yang lebih spesifik memandangkan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi dalam keadaan normal.

Justeru anda perlu menyediakan makanan bayi 6 bulan lengkap seperti berikut:

  • Nasi (Sumber karbohidrat yang memberi tenaga)
  • Sayur dan buah-buahan (Sumber vitamin dan mineral)
  • Protein seperti daging dan ikan (Membina otot tubuh)
  • Minyak seperti minyak zaitun (Memberi tenaga dan melicinkan tekstur makanan)

Sekiranya tibanya waktu makan bayi 6 bulan, hidangan utamanya wajib lengkap dengan bubur nasi, sayur, minyak, ikan atau daging dan buah bagi memastikan si manja mendapat nutrisi yang mencukupi.

Pasti anda tertanya-tanya, bayi 6 bulan makan berapa kali sehari? Ia sebenarnya mengikut kepada keperluan mereka. Namun ada baiknya anda merujuk kepada jadual yang disyorkan. Berikut jadual makan bayi 6 bulan KKM:

  • 6 – 8 bulan: 2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
  • 9 – 11 bulan: 3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
  • 1 – 3 tahun: 4 – 5 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat

Sukatan Makanan Bayi 6 Bulan

Sukatan makanan untuk mereka juga perlu diberi perhatian. Supaya ia cukup, tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Pastikan anda merujuk kepada jadual pemakanan sesuai dengan umur anak bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan bayi 6 bulan tidak mengambil makanan pejal dengan banyak pada awalnya kerana mereka telah kenyang dan mendapat nutrisi yang cukup daripada susu formula atau susu badan.

Selain itu saiz perut yang kecil membuatkannya mampu menampung sedikit sahaja makanan. Adakah perlu mengikut saranan pakar pemakanan untuk buat ‘4 Days Wait Rule’ ? Sudah pasti perlu dan ada kebaikannya. 

Melalui 4 days wait rule, bayi akan diberi satu jenis makanan sahaja dalam tempoh 4 hari. Dan selepas 4 hari itu, barulah makanan jenis lain pula diberikan kepada anak anda.

”4 days wait rule” adalah cara paling mudah untuk anda mengenalpasti sekiranya anak ada alergi terhadap sesuatu makanan atau tidak.

Malah melalui cara ini, ibu bapa dapat kenalpasti sama ada makanan tersebut boleh menyebabkan masalah pencernaan atau tidak kepada bayi anda. Contohnya sembelit, kembung atau masalah membuang air besar.

Contohnya, pada hari Isnin anda memperkenalkan puri lobak merah kepada si kecil. Untuk hari Selasa, Rabu dan Khamis, menu anak anda masih lagi puri lobak merah dan hanya pada hari Jumaat, barulah anda memperkenalkan makanan lain. Mudah saja, bukan?

Bayi 6 Bulan Boleh Makan Apa?

Bahagian Pemakanan KKM menjelaskan bahawa bayi berusia 6 hingga 8 bulan hendaklah diberikan makanan dalam bentuk puri, dikisar halus, dilecek ataupun makanan separa pepejal.

Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko tercekik pada si manja memandangkan gigi belum tumbuh. 

Untuk permulaan atau ibu baru pertama kali ingin memberikan makanan pejal kepada bayi, anda hendaklah memberikannya bubur nasi kosong. Ini bermakna, hanya nasi dan air sahaja tanpa memasukkan sayur ataupun protein lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah untuk membuatkan bayi ‘ambil rasa’ dahulu kerana ini adalah kali pertama makanan selain susu masuk ke dalam mulutnya.

Ibu bapa tidak disarankan untuk memperkenalkan puri sayur atau buah-buahan sahaja pada awal tempoh resepi makanan bayi 6 bulan kerana bayi akan berisiko menjadi “picky eater”.

Namun, jika sudah beri mereka bubur nasi boleh juga perkenalkan makanan lain seperti puri sayur-sayuran dan buah-buahan tunggal seperti ubi keledek, brokoli, kentang, keladi, ubi, lobak merah, epal atau pir yang dikisar, dilenyek atau dimasak lembut.

Anda juga boleh mencuba beri bayi nasi yang dicampur dengan susu kepada bayi. 

Ada makanan yang perlu anda elak untuk diberi kepada bayi enam bulan. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Madu mentah – Ini boleh menyebabkan botulisme pada bayi. Tunggu sehingga 12 bulan untuk memberi anak anda madu.
  • Susu lembu segar belum dipasteur – Adalah bahaya untuk bayi enam bulan diberi susu lembu yang belum dipasteur.  Mereka mungkin tidak dapat mencernanya dengan betul, dan ia boleh menyebabkan pendarahan mikroskopik ke dalam najis mereka.
  • Makanan yang boleh sebabkan tercekik – Anda boleh memberi bayi anda lobak merah puri atau lembut, masak, tetapi bukan seketul besar, bulat, lobak merah yang mungkin membuatkan mereka mungkin tercekik. Walaupun makanannya tidak keras, seperti anggur ia membawa risiko tercekik kepada bayi
  • Jenis ikan tertentu – Elakkan memberi bayi anda jenis ikan tertentu yang mengandungi jumlah merkuri yang lebih tinggi lebih daripada sekali sebulan. Ini termasuk beberapa jenis tuna. Ikan putih, salmon, dan tuna dalam tin biasanya selamat untuk diberi lebih kerap. Tanyalah dengan doktor anda jika anda tidak pasti jenis ikan yang selamat untuk bayi anda.

Resepi Makanan Bayi 6 Bulan

Antara makanan paling disaran untuk diperkenalkan kepada bayi 6 bulan adalah bubur nasi. Ibu hendaklah memastikan tekstur bubur adalah benar-benar hancur dan halus.

Cara penyediaannya:

  1. Sediakan beras yang sudah dibasuh. Masukkan beras dan air ke dalam periuk. Masak sehingga bubur nasi lembik dan kembang.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan pastikan tekstur nasi halus. 
  3. Jika anda tidak pasti, boleh gunakan penapis untuk tapiskan bubur nasi yang sudah dikisar sebelum memasukkannya dalam mangkuk bayi.

Selain itu, antara resepi lain termasuklah:

#1. Bubur nasi dengan tauhu dan kacang pis

Bahan-bahan:

  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu) dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  3. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  4. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang

#2. Puri lobak merah dan labu

Bahan-bahan:

  • 50 g labu
  • 1/2 batang lobak merah ( saiz sederhana )

Cara memasak:

  1. Labu dan lobak merah dipotong dadu.
  2. Masukkan lobak merah ke dalam periuk dan renehkan selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Kemudian, masukkan labu yang telah dipotong dadu, dan reneh selama 2-3 minit atau sehingga labu menjadi lembut lembut.
  4. Masukkan labu dan lobak merah ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk rebusan
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

#3. Puri keledek dan bunga kubis 

Bahan-bahan:

  • 1 biji keledek ( saiz sederhana )
  • 50 g bunga kubis

Cara memasak:

  1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
  2. Bersihkan bunga kubis dan potong kecil.
  3. Stim labu dan bunga kubis selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Masukkan labu dan bunga kubis ke dalam mesin pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga sebati.
    * boleh gunakan semula air yang digunakan untuk stim
    * air juga boleh diganti dengan stok ayam atau daging

Dalam memberikan bayi 6 bulan menikmati makanan pejal, ibu tidak boleh menambahkan gula, garam ataupun perasa tambahan supaya proses perkembangannya tidak terganggu.

Bukan itu sahaja, elakkan beri madu, susu lembu ayaupun putih telur kerana ia boleh menyebabkan alergi makanan. 

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. healthline (March 25, 2016) Doctor-Recommended Feeding Schedule for Your 6-Month-Old www.healthline.com/health/parenting/6-month-old-feeding-schedule#feeding-timing

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

Baca juga: Jadual Imunisasi KKM Yang Terkini (2022) Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Parents Sila Take Note!

Baca juga: Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ibu Perlu Tahu!