Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menyatakan hasratnya untuk menambah dua anak lagi bersama dengan isteri tercinta, Zai Izzati Khiruddin.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Jamal Abdillah kongsi rasa kasihan melihat isteri uruskan tiga anak kecil di rumah
- Jamal Abdillah target nak ada lima orang anak bersama isteri
- Ada ambil pembantu rumah tetapi hilang
Pasangan itu kini memiliki tiga anak kecil yang masing-masing berusia tiga tahun, dua tahun serta bayi berusia dua bulan.
Jamal Abdillah kongsi rasa kasihan melihat isteri uruskan tiga anak kecil di rumah
Menurut pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu, walaupun penat menguruskan tiga anak kecil serentak namun dia dan isteri berasa seronok melayan kerenah anak-anak.
Jamal Abdillah berkata, bukan mudah untuk dia dan isteri menguruskan tiga anak yang masih kecil secara serentak.
Tambahnya, dia akui turut rasa terseksa melihat isteri menjaga tiga anak mereka. Walaupun dia turut membantu tetapi tidak terbantu.
Katanya lagi, sewaktu ingin menyusukan, ketiga anaknya itu akan menangis. Jadi isterinya menyusukan badan manakala Jamal Abdillah pula bantu buatkan susu botol.
Jamal Abdillah target nak ada lima orang anak bersama isteri
Walaupun rasa penat melayan tiga kerenah anak kecil serentak tetapi dia masih berhasrat untuk menambah dua orang lagi anak bersama isteri.
Katanya, sasarannya adalah untuk memiliki lima cahaya mata bersama isteri tercinta.
Tambah Jamal lagi, walaupun rasa tertekan, tetapi dia dan isteri masih seronok menjaga dan menguruskan anak mereka kerana merasakan ada sesuatu untuk dibuat setiap hari.
Baginya, rasa penat yang dirasai akan hilang sebaik sahaja melihat anaknya ketawa, menyanyi atau buat apa sahaja.
Selain daripada tiga anak kecil, dia turut memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang masing-masing berusia 21 dan 16 tahun.
Ada ambil pembantu rumah tetapi hilang
Menurut Jamal, dia ada mengambil pembantu rumah untuk membantu isteri menguruskan anaknya.
Tetapi empat pembantu rumah yang diupah tersebut menghilangkan diri dalam masa setahun. Ekoran itu dia serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Untuk makluman, Jamal dan Zai berkahwin pada 1 April 2017.
Meriah tengok keluarga Jamal Abdillah sekarang. Semoga dimudah-mudahkan urusan pasangan ini dalam menguruskan cahaya mata mereka. Amin!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nak Tambah Anak Lagi? Tiru Cara Untuk Mengandung Ini!
Baca juga: Rancang Tambah Anak? Makanlah Kacang Edamame, Ia Boleh Buat Anda Subur!
Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan