X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rancang Tambah Anak? Makanlah Kacang Edamame, Ia Boleh Buat Anda Subur!

3 min bacaan
Rancang Tambah Anak? Makanlah Kacang Edamame, Ia Boleh Buat Anda Subur!

Kacang edamame yang sangat terkenal di tanam di negara matahari terbit iaitu Jepun mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan tubuh badan kita.

Jika anda selalu ke restoran Jepun pasti anda kenal kacang berbulu ini. Ia dipanggil kacang edamame yang sangat terkenal di tanam di negara matahari terbit iaitu Jepun.

Tapi jangan tak tahu ya, di Malaysia juga sudah ada anak tempatan yang mengusahakan tanaman ini di negara ini. Jadi tidak hairan kenapa ia popular dalam masyarakat kita.

Orang Jepun sangat terkenal dengan menjaga pemakanan dan kesihatan jadi disebabkan edamame ini banyak khasiatnya, tidak hairanlah jika ia termasuk dalam diet pemakanan masyarakat di sana.

Kacang edamame penuh khasiat

edamame

Rasanya yang lemak-lemak dan rangup memang menyelerakan. Kacang ini ibarat pembuka selera ketika menjamu makanan di kedai sushi terutamanya.

Ia juga biasanya dijadikan snek yang boleh dimakan ketika menonton televisyen dan sebagainya. Jika dulu ia mungkin tidak popular, tetapi sekarang kacang ini juga ada dijual dalam bentuk frozen di pasar raya. Jadi hanya perlu stim atau panaskan dalam microwave saja tidak perlu rebus dan sebagainya.

Sudahlah penyediannya mudah, banyak khasiat pula, jadi tiada sebab untuk anda tidak cuba kan?

Kacang edamame secara semula jadinya sangat baik kerana ia:

  • Bebas gluten
  • Rendah kalori
  • Tidak mengandungi kolesterol
  • Bersifat antioksidan
  • Sumber protein, zat besi, dan kalsium yang sangat baik
  • Mempunyai kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium
  • Mempunyai banyak vitamin termasuk vitamin C, riboflavin, vitamin B6, folat dan vitamin E

Jadi apakah khasiatnya kepada kesihatan yang mungkin anda tidak tahu selama ini mungkin anda tak tahu:

#1. Hindar penyakit berkaitan kardiovaskular

edamame

Protein soya yang terkandung dalam kacang edamame ini mempunyai sifat yang dapat menurunkan lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau tahap kolesterol ‘jahat’, dalam darah seseorang.

Kacang ini diyakini mampu menyeimbangkan paras kolestrol dalam darah seseorang justeru khasiatnya boleh mengurangkan risiko sakit jantung. 

Selain itu ia juga sangat bemanfaat kepada kesihatan kardiovaskular melalui kandungan serat dan kandungan antioksidan yang tinggi. 

Menurut Medical News Today, kacang  lemak berasaskan tumbuhan bukan lemak tepu berbanding lemak haiwan jadi pengambilannya akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan berkaitan kardiovaskular seperti stroke. 

#2. Awet muda

edamame

Salah satu khasiat kacang edamame terletak pada kandungan antioksidannya yang tinggi dan dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan sekaligus memperbaiki kerosakan pada kulit.

Edamame juga mengandungi isoflavon yang dapat membantu mengurangkan perubahan kulit yang berlaku pada wanita selepas menopause.

#3. Meningkatkan sistem imun

Manfaat edamame sebagai super food tidak diragukan lagi kerana kandungan nutrisinya yang banyak dan bersifat antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Sistem imun yang kuat membuatkan kita tidka mudah diserang penyakit kerana diri dilindungi daripada mikroorganisma dan bakteria yang menyebabkan penyakit. 

#4. Meningkatkan kesuburan

Menurut honestdocs, berdasarkan kajian Harvard Medical School’s Harvard Health Publications, bagi wanita yang ingin meningkatkan kesuburannya mereka perlu mengambil lebih banyak zat besi daripada sumber tanaman. Ia termasuklah bayan, edamame, kacang dan labu.

Dengan manfaat dan kebaikan zat besi tinggi dalam edamame, kacang ini sangat baik untuk anda yang sedang merancang untuk hamil. 

#5. Atasi kemurungan

Adakah anda sedang stress atau tidak gembira? Cuba makan edamame, pasti ada perubahan kepada mood anda. 

Folat yang terkandung dalam edamame dapat membantu mengatasi kemurungan dengan mencegah tubuh menghasilkan homosistein yang berlebihan.

Homosistein dapat mengganggu produksi hormon serotonin, dopamin, dan norepinephrine yang berfungsi mengatur suasana hati, nafsu makan dan tidur agar lebih baik.

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

#6. Bagus untuk sistem pencernaan

Kandungan serat yang tinggi dalam kacang ini sangat baik untuk menjaga sistem pencernaan agar sentiasa berfungsi dengan baik dan sihat.

Edamame merupakan sumber serat yang baik, yang membantu memudahkan pencernaan. Sembelit dan kembung yang anda alami juga dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan edamame.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: honestdoc

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkhasiat-bendi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Rancang Tambah Anak? Makanlah Kacang Edamame, Ia Boleh Buat Anda Subur!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham