Tahukah anda bahawa kesihatan usus memainkan peranan di dalam apa jua kesihatan lain? Ya, disebabkan itulah pentingnya untuk kita menjaga kesihatan usus dan perut kita demi kesihatan menyeluruh dan disebabkan itulah, kini kita boleh berterima kasih kerana dengan adanya kewujudan jenama probiotik yang bagus di pasaran.
Probiotik telah mendapat pengiktirafahn yang meluas berikutan peranannya di dalam mempromosikan kesihatan sistem pencernaan kita sekaligus kesihatan tubuh secara menyeluruh. Bakteria yang bermanfaat ini boleh ditemui di dalam pelbagai jenis makanan dan minuman, tetapi bagi mereka yang mencari jalan mudah dan sumber yang berguna serta mujarab, suplemen probiotik adalah pilihan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, dengan pelbagai jenama suplemen probiotik di pasaran sekarang ini, memilih yang terbaik untuk diri kita dan keluarga adalah satu tugas yang agak merisaukan.
Jadi, menerusi artikel ini, kita akan mengeksplor lebih mendalam akan dunia probiotik, membariskan jenama probiotik yang bagus dan menyediakan tips berguna dalam membantu anda untuk memilih suplemen probiotik yang terbaik mengikut keperluan anda.
Kenali Probiotik
Probiotik adalah mikroorganisma yang menyediakan pelbagai manfaat kesihatan apabila ia diambil dalam amaun yang tepat. Ia sebahagian besarnya terkenal dengan impak positifnya ke atas kesihatan usus, membantu mengekalkan komuniti mikrob yang seimbang dan pelbagai di dalam saluran penghadaman kita.
Mikrobiom usus yang sihat adalah dikaitkan dengan memperbaiki sistem pencernaan, meningkatkan fungsi imun, dan menyeimbangkan mood seseorang.
Probiotik boleh ditemui secara semulajadinya di dalam makanan yang diperam seperti yogurt, kimchi dan roti sourdough. Walaubagaimanapun, apabila sumber diet permakanan tidak cukup untuk menyediakan manfaat ini, pakar kesihatan biasanya akan mencadangkan untuk memilih menambah pengambilan suplemen probiotik ke dalam rutin harian untuk mengekal dan mengembalikan keseimbangan bakteria baik di dalam usus.
Tip Pemilihan Jenama Probiotik Yang Bagus
Sememangnya sukar untuk membuat pilihan suplemen probiotik sekarang ini berikutan terdapat banyak jenama probiotik yang bagus di pasaran kita. Namun jangan risau kerana dengan tips ini, ia akan membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat.
- Pilihan strain: Tidak semua strain probiotik dihasilkan seimbang dan setiap strain probiotik boleh menawarkan manfaat yang unik. Ketika memilih satu suplemen probiotik, ambil kira akan gol kesihatan yang spesifik. Sebagai contoh, strain Lactobacillus dan Bifidobacterium adalah selalunya dikaitkan dengan kesihatan sistem pencernaan, sementara Saccharomyces boulardii pula terkenal dengan keefektifannya dalam mencegah dan merawat cirit-birit. Semak label suplemen untuk memastikan ia mengandungi strain yang relevan dengan keperluan anda.
-
Colony-Forming Units (CFU) atau Unit Pembentuk Koloni: CFU menunjukkan jumlah bakteria hidup di dalam setiap dos suplemen. Jumlah CFU yang lebih tinggi tidak semestinya menghasilkan keputusan yang lebih baik, kerana kadar keefektifan probiotik itu bergantung pada banyak faktor, termasuklah strain yang spesifik, kestabilan, dan proses penghasilannya. Satu suplemen probiotik yang tipikal boleh mengandungi sekitar 1 bilion ke 10 bilion CFU setiap dos, yang mana secara umumnya cukup untuk setiap individu.
-
Kestabilan dalam penyimpanan: Suplemen probiotik adalah sensitif terhadap suhu panas dan lembap, yang mana boleh mengurangkan kadar keberkesanannya. Cari suplemen yang menawarkan kestabilan pada suhu bilik atau yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk jika anda boleh memastikan yang ia disimpan pada kondisi yang betul. Sesetengah formulasi yang lebih advanced direka yang boleh menahan suhu panas, menjadikannya lebih mudah untuk di bawa kembara.
-
Prebiotik: Prebiotik adalah serat tidak larut yang menyubur dan menyokong pembiakan bakteria baik di dalam usus. Sesetengah suplemen probiotik mengandungi prebiotik untuk meningkatkan kadar efektifnya. Menggabungkan probiotik dengan prebiotik boleh membantu memastikan kelangsungan hidup dan pembiakan bakteria baik di dalam usus.
-
Kualiti dan ketelusan jenama: Ia penting untuk memilih jenama yang mempunyai reputasi baik dengan sejarah penghasilan yang tinggi kualiti. Cari jenama probiotik yang bagus yang telah menjalani ujian pihak ketiga untuk potensi, kesuciannya dan keselamatannya. Ketelusan di dalam label, termasuklah informasi yang jelas pada jenis strain dan jumlah CFU juga satu tanda yang positif akan produk yang boleh dipercayai.
-
Tarikh tamat tempoh: Sentiasa periksa tarikh tamat tempoh pada suplemen probotik untuk memastikan kadar potensinya. Menggunakan produk yang telah tamat tempoh boleh jadi tidak menyediakan manfaat kesihatan yang diinginkan.
-
Pertimbang keperluan khusus anda: Berunding dengan pakar kesihatan untuk mengenalpasti strain probiotik dan dos yang sejajarnya dengan gol kesihatan anda dan sebarang kondisi yang spesifik yang mungkin anda ada. Probiotik boleh jadi bermanfaat untuk pelbagai isu, termasuklah gangguan sistem pencernaan, menyokong imun, dan kesihatan wanita.
- Mula perlahan-lahan: Jika anda baru ingin mencuba probiotik, seeloknya untuk mula dengan dos yang rendah dan tingkatkan dosnya secara berkala. Sesetengah individu mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan sistem pencernaan apabila pertama kalinya mengambil probiotik, yang mana selalunya akan berkurangan apabila mikrobiom usus mula serasi.
6 Jenama Probiotik Yang Bagus Di Malaysia
Jenama Probiotik Yang Bagus
| Life Space Broad Spectrum Probiotic Terbaik Untuk Keluarga | | View Details | Beli di Shopee |
| 21st Century Probiotics Terbaik Dengan 4 Strain Jenis Bakteria Baik | | View Details | Beli di Shopee |
| Blackmores Probiotics+ Daily Terbaik Jenama Yang Diyakini | | View Details | Beli di Shopee |
| Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic Terbaik 350 Bilion CFU Dalam 1 Kapsul | | View Details | Beli di Shopee |
| Bio-Life A.B. Adult Gold Pre & Pro Terbaik Mengandungi Prebiotik Dan Probiotik Terutama Golongan Tua | | View Details | Beli di Shopee |
| Kordel's Protect Probiotic Terbaik Terbukti Secara Klinikal Membaik Pulih Kesihatan | | View Details | Beli di Shopee |
Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Untuk Keluarga
Life Space Broad Spectrum Probiotic adalah pilihan suplemen probiotic yang paling mendapat sambutan kerana ia menawarkan pelbagai strain bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Suplemen ini sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, sekaligus ia menjadikan pilihan terbaik untuk seisi keluarga.
Jenama probiotic yang bagus ini membantu memperbaiki sistem pencernaan kita, meningkatkan sistem imun, dan menggalakkan kesihatan usus. Life Space cukup terkenal dengan produknya yang berkualiti tinggi, tidak terkecuali probiotiknya.
Apa yang kami suka:
- Setiap kapsul mengandungi 32 bilion CFU
- 15 strain bakteria tinggi kualiti baik untuk kesihatan
- Menyokong kesihatan tubuh secara optimal
Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Dengan 4 Strain Jenis Bakteria Baik
21st Century Probiotics muncul sebagai satu suplemen tambahan yang cukup meyakinkan di dalam dunia diet suplemen. Dengan fokusnya pada kesihatan usus dan keseluruhan tubuh, produk ini telah mendapat perhatian meluas daripada konsumer yang mementingkan kesihatan. Boleh kata hasil pengambilannya cukup membanggakan bagi ramai pengguna.
Apa yang kami suka:
- Sarat dengan pelbagai strain probiotik termasuk Lactobacillus dan Bifidobacterium
- Mengandungi 8 bilion bakteria baik dengan 4 jenis: Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum, dan Streptococcus Thermophilus.
- Tiada gula
- Waktu terbaik makan probiotik ini adalah satu kapsul dengan makanan.
Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Jenama Yang Diyakini
Boleh kata yang Blackmores Probiotics+ Daily mendapat perhatian yang cukup meluas di kalangan pengguna probiotik berikutan impaknya yang cukup membanggakan. Ia telah menjadi sebahagian penting dalam rutin harian ramai.
Tidak dinafikan yang jenama ini sememangnya terkenal dengan prinsipnya yang menjaga komitmen dari segi kualitinya. Sememangnya Blackmores sudah lama menjadi satu jenama yang dipercayai serta cukup berkesan dan selamat untuk diambil.
Jika anda seorang yang mengalami masalah gastrik, boleh pertimbangkan untuk ambil Blackmores Probiotics+ Daily Health, kerana ia adalah probiotik untuk gastrik yang boleh membantu untuk melawan H. pylori, bakkteria yang bertanggungjawab menyebabkan gastrik.
Apa yang kami suka:
- Mudah ambil satu kapsul sehari sudah cukup
- Berkesan memperbaiki sistem pencernaan
- Melegakan masalah ketidakselesaan perut dan kembung
- Menjaga kualitinya
- Selamat untuk diambil
Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik 350 Bilion CFU Dalam 1 Kapsul
Swisse Ultibiotic Daily Digestive Probiotic adalah satu suplemen diet yang direka untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan yang menyediakan gabungan strain probiotik yang terbaik.
Ia direka dengan formula tinggi kualiti yang menggabungkan tiga train bakteria yang telah menjalani ujikaji secara klinikal sebanyak 350 bilion CFU gabungan tiga jenis strain bakteria iaitu Bifidobacterium lactis (HN019), Bifidobacterium lactis (BI-04) dan Lactobacillus acidophilus (La-14), yang diformulasikan khusus untuk menyokong kesihatan usus, mengekalkan kesihatan pencernaan dan menggalakkan flora usus yang baik.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi 350 bilion CFU termasuk Bifidobacterium lactis (HN019), Bifidobacterium lactis (BI-04) dan Lactobacillus acidophilus (La-14) dalam 1 kapsul
- Meningkatkan kadar penyerapan nutrien dari makanan
- Menyokong sistem imun
- Melegakan ketidakselesaan perut
- Menyokong pengambilan antibiotik
Jenama Probiotik Yang Bagus Terbaik Mengandungi Prebiotik Dan Probiotik Terutama Golongan Tua
Jenama probiotik yang bagus ini mengandungi prebiotik dan probiotik ideal untuk orang tua. Ia mengandungi 3 bahan yang telah diuji secara klinikal iaitu inulin-oligofructose (prebiotik) berasal dari BENEO™ Orafti® Synergy 1 (Belgium), Lactobacillus plantarum LP01 (probiotik) berasal dari Itali dan sementara Bifidobacterium lactis BB12 (probiotik) dari Denmark.