X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jenis Cendawan Yang BAHAYA Untuk Bayi Makan, Parents Sila Take Note!

4 min bacaan
Jenis Cendawan Yang BAHAYA Untuk Bayi Makan, Parents Sila Take Note!

Tidak salah untuk beri bayi anda cendawan, tetapi pastikan ia dimasak dengan betul dan jenis cendawan mestilah yang selamat untuk bayi makan!

Ibu pasti mahu tahu anak boleh makan apa. Kali ini dikongsikan topik sejenis makanan iaitu cendawan. Jenis cendawan ini pelbagai dan yang mana satu tidak boleh dimakan oleh bayi?

Menurut rootofscience, cendawan ialah sejenis tumbuhan diklasifikasikan di bawah keluarga fungi yang umumnya hidup di atas (epigeous) atau di bawah tanah (hypogeous), juga di atas sesuatu hidupan seperti pokok.

Kebanyakan cendawan menyerupai bentuk payung dengan struktur bertopi (cap), berbatang dan mempunyai insang di bawah topi (lamella) yang mengeluarkan spora untuk proses pembiakan.

Baca juga: Manfaat Serbuk Perasa Cendawan, Pengganti MSG Dalam Makanan Bayi Anda!

Jenis cendawan yang bahaya untuk bayi

Jenis cendawan Ada pelbagai jenis cendawan yang boleh dimakan. Tetapi yang pasti sebelum anda makan lebih baik ia dimasak terlebih dahulu terutama jika anda mahu beri bayi makan. Elakkan makan mentah kerana dikhuatiri ada bakteria salmonella yang boleh mengancam nyawa tidak kira bayi atau dewasa. Selain itu ada cendawan yang jenis liat dan perlu dikunyah lumat sebelum ditelan. Ini juga bahaya untuk diberikan kepada bayi anda.

Antara jenis cendawan yang biasa di pasaran adalah:

  • Cendawan telinga kera
  • Cendawan butang
  • Cendawan shiitake
  • Cendawan jerami
  • Cendawan jarum mas/enoki
  • Cendawan tiram
  • Cendawan kukur
  • Cendawan bunga kubis
  • Cendawan perut lembu
Bila bayi boleh makan cendawan? Tiada cadangan spesifik pada umur berapa bayi boleh makan cendawan, tetapi ia boleh dimulakan pada usia bayi boleh makan makanan pejal.  Ada disyorkan elok sekiranya diberikan pada bayi yang sudah 10 hingga 12 bulan. Pastikan anda memasaknya dengan sempurna sebelum memberi makan kepada anak anda ia bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan bakteria dan sebagainya.  Khasiat cendawan Jenis cendawan Cendawan mengandungi tinggi protein, serat, vitamin dan mineral serta rendah lemak. Lebih menarik tentang cendawan ialah kandungannya yang tinggi komponen bioaktif dan antioksida menyebabkan cendawan berpotensi untuk menjadikan seseorang itu lebih sihat. Banyak kajian sedang dijalankan untuk meneliti keberkesanan komposisi nutrisi cendawan terhadap kesihatan manusia. #1. Antikanser

Lebih separuh daripada kulit cendawan mengandungi beta-glukan, salah satu komponen karbohidrat cendawan. Beta-glukan di dalam cendawan mempunyai fungsi yang sedikit berbeza dibandingkan dengan beta-glukan yang terdapat di dalam barli dan oat.

Kandungan beta-glukan di dalam cendawan didapati mampu bertindak sebagai anti-kanser juga menggalakkan proses pemulihan selepas mendapatkan rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Cendawan juga mengandungi antioksida yang tinggi seperti vitamin E, peptida bioaktif dan juga bahan fenolik. Antioksida berfungsi untuk melawan atau meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan oleh badan manusia sendiri melalui proses penghasilan tenaga dan juga melalui pengambilan makanan yang berkarsinogen.

#2. Tingkatkan sistem imun badan

Selain berpotensi sebagai antikanser, b-glukan juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan. Lektin, salah satu komponen protein cendawan dikatakan mampu bertindak sebagai perangsang sistem imun, antiviral, antibakteria dan juga anti-kulat.

#3. Baik untuk jantung

Jenis cendawan

Cendawan mempunyai kuantiti natrium yang rendah dan tinggi kalium, magnesium dan kalsium yang mampu memberi kesan positif dalam mengawal tekanan darah.

Cendawan mempunyai komponen nutrisi yang mampu mengawal tekanan darah, cendawan juga mempunyai kandungan nutrisi yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan sekaligus baik untuk kesihatan jantung anda.

#4. Anti-Diabetik dan Anti-Obesiti

Bagi mereka yang bermasalah dari segi penerimaan rasa sayur yang kebanyakannya pahit, cendawan boleh menjadi sumber alternatif untuk memenuhi keperluan serat harian.

Menurut kajian pada 2013, pengambilan cendawan boleh memenuhi lebih kurang 25% daripada keperluan serat sehari. Sumber serat dalam cendawan diperoleh daripada beta-glukan, mannins, trehalose dan juga chitins.

Kebanyakan serat di dalam cendawan adalah sumber makanan bagi bakteria baik di usus atau juga dikenali sebagai prebiotik.

Bahan bioaktif seperti triterpenes dalam cendawan berfungsi untuk mengawal atur metabolisma glukosa dalam badan dengan mengurangkan penghasilan molekul yang menyebebabkan keradangan dan kerosakan pada hati seterusnya merangsang kepekaan hati dan otot terhadap insulin.

Mekanisma ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis yang disebabkan oleh ketidakpekaan sel badan terhadap insulin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: rootofscience

Baca juga: Benarkah Makan Cendawan Enoki Boleh Sebabkan Sawan? Ambil Tahu Simptom Ini Supaya Anda Selamat!

Stories Rakan Kongsi
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jenis Cendawan Yang BAHAYA Untuk Bayi Makan, Parents Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Pikat Selera Si Kecil Dengan 5 Resepi JELLY Buah Ini, Kaya Nutrisi, Rasa Pun Sedap!

    Pikat Selera Si Kecil Dengan 5 Resepi JELLY Buah Ini, Kaya Nutrisi, Rasa Pun Sedap!

  • Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

    Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pikat Selera Si Kecil Dengan 5 Resepi JELLY Buah Ini, Kaya Nutrisi, Rasa Pun Sedap!

    Pikat Selera Si Kecil Dengan 5 Resepi JELLY Buah Ini, Kaya Nutrisi, Rasa Pun Sedap!

  • Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

    Tidak Perlu MSG, Serbuk Perasa Cendawan Boleh Buat Makanan Bayi Jadi Lebih Sedap

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.