Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

Walaupun ada banyak kandungan khasiat dalam makanan laut, tetapi ada beberapa jenis yang dilarang sama sekali bagi wanita yang mengandung. Ibu jangan makan sesuka hati tau!

Seafood adalah makanan yang sebenarnya digalakkan semasa hamil, kerana kandungan protein dan lemak baik yang tinggi. Namun, sebahagian jenis seafood untuk ibu hamil  tidak sesuai diambil malah boleh membahayakan kandungan!

Sebab itu, ramai di kalangan ibu yang was-was, “Boleh ke saya makan seafood semasa hamil? Apa jenis seafood yang saya boleh makan?”

Ada jenis seafood yang anda boleh makan semasa hamil, dan ada yang tidak boleh. Ambil tahu pantang larang ketika mengandung ini, dan makanan jenis macam mana yang anda kena elak sama sekali.

Jenis Seafood Untuk Ibu Hamil

Kredit: momjunction.com

Food and Drug Administration (FDA), Environmental Protection Agency (EPA), dan Pedoman Diet Amerika 2015-2020 mencadangkan wanita mengandung untuk makan sekurang-kurangnya 340g dari jenis seafood yang mempunyai kadar merkuri yang rendah dalam seminggu.

Maksudnya, 2 ke 3 hidangan dalam masa 7 hari.

Baca juga: Makanan Tambahan Penting Untuk Ibu Hamil Amalkan, Baik Untuk Ibu & Bayi

Panduan Makan Jenis Seafood Yang Tertentu Ketika Mengandung

  • Bagi mengelakkan risiko makan ikan yang ada merkuri, hindari ikan yang bersaiz besar. Contoh ikan kaya merkuri adalah ikan jerung, ikan pedang, mackerel dan tilefish.
  • Jangan sesekali makan ikan yang belum dimasak. Ikan mentah mengandungi bakteria yang berbahaya. Ini termasuklah kerang mentah, tiram, susyi, sashimi, dan jenis seafood lain yang disejukbeku.
  • Makanan seperti kerang bagus untuk menaikkan HB, namun jika ada pilihan lain, elakkan makan kerang semasa kehamilan.
  • Pastikan makanan anda cukup masak. Sebahagian besar makanan laut perlu dimasak dengan suhu yang tinggi, sehingga betul-betul masak.
  • Sekiranya anda masak udang atau udang galah, pastikan ia dimasak sehingga menjadi pucat. Sama juga seperti kerang, masak sehingga kerangnya terbuka sendiri. Kerang yang masih dalam keadaan tertutup sebaiknya dibuang saja.

Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Khasiat Omega-3 Tanpa Mendapatkan Makanan Laut?

Kredit: npr.org

Selain makan beberapa jenis seafood, wanita yang mengadung juga boleh mendapatkan sumber omega-3 dari jenis makanan lain.

Makanan lain ini juga bukan sahaja selamat dimakan, malah mempunyai kandungan omega-3 yang cukup untuk khasiat semasa kehamilan!

Sumber Makanan Lain Yang Mempunyai Omega-3

  • Kekacang Chiaseed, walnut, biji bunga matahari, dan kadang pis merupakan sumber omega-3 yang baik, selain dari seafood.
  • Yogurt dan Telur Yoghurt, susu, dan telur juga merupakan salah satu makanan yang diperkaya Omega-3. Makanan ini juga sangat mudah didapati.
  • Makanan Tambahan (Supplemen) Beberapa jenis suplemen biasanya mengandung minyak ikan atau asam lemak omega-3 dari sumber tanaman laut. Banyak vitamin pranatal juga mengandung DHA. Konsultasikan dengan dokter Anda sebelum mengonsumsi suplemen apa pun saat hamil. 

Walaupun kandungan merkuri dalam sesetengah jenis seafood boleh membahayakan janin, namun jenis seafood untuk ibu hamil yang mempunyai tahap merkuri yang rendah masih selamat dimakan.

Kandungan Omega-3 dalam banyak jenis ikan dapat meningkatkan perkembangan kognitif bayi dengan baik, dengan syarat anda elakkan sama sekali kandungan merkuri yang tinggi ya.

Sekiranya anda mengidam, tidak mengapa untuk ambil dalam kuantiti sedikit. Namun perlu berpada-pada. Sesungguhnya makanan laut terutama sekali ikan memang cukup baik untuk ibu hamil amalkan. 

Jangan menjadi terlalu takut untuk makan makanan laut sudahnya, ikan langsung tidak disentuh sepanjang kehamilan. Melainkan anda memang tiba-tiba menjadi alah dengan seafood ketika mengandung. 

Namun ketika anda tidak mengambil sumber nutrien daripada ikan, anda perlulah menggantikannya dengan sumber lain. Seperti amalkan pengambilan vitamin dan sebagainya. 

Ingat, ikan yang tinggi merkuri seharusnya dielakkan, namun jika masih ingin makan, pastikan anda memasaknya dahulu ya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Perkara Tentang Mengandung Yang Akan Anda Rindui

Penulis

Beto Rahman