Kita sedia maklum, ramai ibu/isteri yang mengalami depresi kerana perlu menjaga rumah tangga dan anak-anak. Sebab itu, ada di kalangan mereka yang suka jerit pada anak hingga akhirnya timbul rasa menyesal.
Namun, menjaga anak memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam melayan karenah dan ragam mereka yang kadang-kadang menguji keimanan.
Sebab itu, tiada salahnya sesekali jerit kerana semuanya merupakan proses mendidik yang bagus untuk pembesaran mereka.
5 salah faham berkaitan jerit pada anak
# 1. Jangan anggap anda ibu bapa yang teruk bila jerit pada anak
Jangan sesekali anggap anda ibu bapa yang teruk setelah memarahi anak-anak. Akan tetapi, anda adalah ibu ayah yang baik kerana sentiasa mengingatkan anak yang kadang kala tak terima mesej penyampaian dengan baik.
Ibu ayah yang baik sentiasa cuba memberi nasihat kepada anak, walaupun kadangkala dalam intonasi tinggi. Ibu ayah yang teruk adalah ibu bapa yang tidak kisah anak nak buat apapun.
Malah ibu bapa yang baik akan rasa bersalah setelah jerit pada anak. Tapi ibu ayah yang teruk langsung tak rasa bersalah.
#2. Jangan anggap anda merosakkan anak!
Perasaan “menjerit pada anak” memang sesuatu yang tak best. Malah banyak buku keibubapaan menyebut tentang emosi anak setelah dimarahi.
Namun, kajian mengatakan hubungan keluarga akan lebih sihat apabila ada negatif dan positif. Jika ada satu interaksi negatif, kena topup semula dengan lima interaksi positif.
Contohnya, anda terjerit sekali pada anak. Tapi ia boleh ditambah dengan lima bahasa kasih sayang ini:
- Sebut kata-kata manis yang mereka suka
- Beri hadiah atau berbelanja barang kesukaan anak
- Peluk, usap kepala dan ciuman sayang sambil selawat Ya Latiff
- Bermain bersama anak walaupun hanya lima minit
- Melayani mereka
#3. Anda bukan satu-satunya ibu yang buat begini
Kadang-kadang, ibu yang nampak cool jauh lebih garang. Ini kerana kita tak tahu bagaimana usaha dan cabaran dia membesarkan anak-anaknya.
Jadi kita perlu ingat bukan kita sahaja yang jerit pada anak walhal orang lain pun sama.
#4. Jangan anggap orang lain jerit pada anak sekali saja
Memang kita sebagai ibu ayah perlu berusaha untuk kurangkan jerit pada anak tapi ramai juga yang GAGAL. Hidup manusia ini ada turun naik jadi, enjoy momen indah bersama anak dengan sebaiknya.
Apa yang anda boleh buat adalah maafkan diri sendiri dan usaha lagi untuk mengawal perasaan itu.
# 5. “Saya rasa mustahil untuk kurang jerit pada anak” itu tidak wujud
Anggapan ini adalah salah dan kita boleh berusaha ke arah sebaliknya. Cuba kawal perasaan marah itu tapi kita memang sukar nak kawal sikap anak kerana mereka masih kecil dan belum tahu apa-apa.
Apa yang anda boleh cuba adalah teknik yang sesuai dengan jiwa seperti bertaubat, istighfar, zikir dan berdoa supaya dapat kurangkan sikap negatif itu.
Sentiasa ingat kita boleh berhenti jerit pada anak. Usaha…usaha…usaha. I know you can do it, parents!
Ujian terbesar seorang ibu adalah anak sebab kita sayang mereka. Tapi matlamat utama kita adalah jadi yang TERBAIK di mata Allah.
Semoga artikel ini memberi pengajaran untuk kita berubah menjadi ibu bapa yang TERBAIK terutama di mata Allah dan anak-anak tercinta.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nadiah Ahmad
Baca juga: Selalu Terjerit Bila Marah Anak? Cuba 7 Cara Ini Untuk Lebih Relaks
Baca juga: Mengapa Anak Kecil Suka Menendang Dan Menjerit? Apa Nak Buat Untuk Mengawalnya?
Baca juga: 5 Cara Kawal Sikap Agresif Anak Yang “Mengganas” Tiba-Tiba