Kaki Bengkak Ketika Hamil Perkara Biasa! Ini Cara Untuk Kurangkan Pembengkakkan Ini

lead image

Kaki bengkak ketika hamil boleh diatasi dengan 1) Elakkan Berdiri Terlalu Lama, 2) Guna Kasut Yang Selesa, 3) Pakai Stokin Mampatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaki bengkak ketika hamil atau dikenali sebagai edema adalah salah satu perubahan yang sering dialami ibu hamil. Walaupun ia adalah perkara biasa, memahami punca dan cara mengurangkan bengkak ini dapat membantu ibu hamil menjalani tempoh kehamilan dengan lebih selesa.

Kaki Bengkak Ketika Hamil

Memasuki sahaja trimester kedua, rata-rata ibu akan mula merasai sedikit ketat apabila memakai kasut atau selipar disebabkan oleh kaki semakin mengembang. 

Keadaan yang anda alami ini disebut sebagai kaki bengkak ketika hamil atau edema, ia adalah keadaan di mana cecair berlebihan terkumpul dalam tisu badan anda. Lebih kurang tiga perempat wanita hamil mengalami edema, yang kebiasaannya bermula antara minggu ke-22 hingga minggu ke-27 kehamilan.

Dalam trimester ketiga, edema boleh menjadi lebih teruk, terutamanya jika anda mempunyai lebihan cecair amniotik atau sedang mengandung anak kembar. Kaki bengkak ini juga cenderung semakin jelas ketika cuaca panas dan apabila anda semakin menghampiri tarikh bersalin.

Punca Kaki Bengkak Ketika Hamil

Berikut punca kaki bengkak ketika hamil:

1. Perubahan Hormon

Peningkatan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan saluran darah mengembang, memudahkan cecair berkumpul di kaki.

2. Tekanan Rahim

Kaki bengkak ketika hamil dikaitkan dengan tekanan rahim. Rahim yang membesar menekan saluran darah utama, mengurangkan aliran darah dari kaki ke jantung dan menyebabkan cecair terkumpul di kaki.

3. Pengambilan Garam Berlebihan

Pengambilan makanan tinggi garam boleh menyebabkan tubuh menahan lebih banyak cecair, meningkatkan risiko bengkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

Kaki bengkak ketika hamil boleh terjadi disebabkan oleh duduk atau berdiri terlalu lama. Kurangnya pergerakan boleh menghalang aliran darah yang lancar, menyebabkan cecair berkumpul di kaki.

Cara Kurangkan Bengkak Pada Kaki

Antara cara kurangkan bengkak kaki semasa hamil adalah:

1. Elakkan Berdiri Atau Duduk Terlalu Lama

Jika pekerjaan atau rutin harian memerlukan anda berdiri atau duduk untuk jangka masa panjang, pastikan anda mengambil rehat berkala untuk berjalan atau menggerakkan kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan pengumpulan cecair.

2. Pakai Kasut Yang Selesa

Gunakan kasut yang memberikan sokongan yang baik dan tidak ketat. Elakkan kasut bertumit tinggi atau yang sempit kerana ia boleh menghalang peredaran darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Angkat Kaki Semasa Berehat

Ketika duduk atau berbaring, letakkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung. Ini membantu mengurangkan tekanan pada saluran darah dan memudahkan aliran darah kembali ke jantung.

4. Pakai Stoking Mampatan

Stoking mampatan dapat membantu mengurangkan pengumpulan cecair di kaki dengan memberikan tekanan lembut yang membantu peredaran darah. Pastikan memilih stoking yang sesuai dan elakkan yang terlalu ketat di bahagian atas.

5. Amalkan Senaman Ringan

Aktiviti seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga untuk ibu hamil dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak. Sentiasa dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rutin senaman.

6. Minum Air Yang Mencukupi

Walaupun mungkin kelihatan berlawanan, minum air yang mencukupi membantu tubuh mengeluarkan cecair berlebihan dan mengurangkan pengekalan cecair.

7. Kurangkan Pengambilan Garam

Mengurangkan pengambilan makanan masin dapat membantu mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Pilih makanan segar dan elakkan makanan yang diproses yang tinggi kandungan garam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Tidur Mengiring Ke Kiri

Posisi ini membantu mengurangkan tekanan pada vena utama yang mengembalikan darah dari bahagian bawah badan ke jantung, seterusnya mengurangkan bengkak pada kaki.

Petua Tradisional untuk Mengurangkan Bengkak Kaki

1. Daun Betik

Ada ibu-ibu yang mencuba menampal daun betik yang telah dilayur pada kaki untuk mengurangkan bengkak. Walaupun belum ada bukti saintifik, ramai yang kata ia berkesan!

2. Air Asam Jawa

Minum air asam jawa dipercayai membantu mengurangkan bengkak kerana sifatnya yang menyejukkan badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Urutan Minyak Kelapa

Urut kaki perlahan-lahan dengan minyak kelapa suam untuk melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan otot.

Kaki bengkak ketika hamil adalah fenomena biasa yang dialami oleh ramai wanita. Dengan memahami punca dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai, ibu hamil dapat mengurangkan ketidakselesaan dan menjalani kehamilan dengan lebih selesa. Jika bengkak disertai dengan gejala lain atau menjadi teruk, adalah penting untuk berunding dengan profesional kesihatan untuk memastikan tiada komplikasi serius.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?

Baca juga: Adakah Normal Jika Tangan Kebas Ketika Hamil? Doktor Jelaskan Punca & Cara Mengatasinya

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Penulis

Anis