X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Katil Bayi Terbaik Untuk Travel, Ringan Dan Tahan Lasak Untuk Kegunaan Harian

Katil baby travel yang ringan & mudah alih memudahkan kerja ibu ayah untuk melancong. Pilih salah satu di sini, yang penting berkualiti.

Bagi ibu bapa yang mementingkan keselesaan dan keselamatan untuk bayi yang baru lahir, katil baby adalah salah satu barang keperluan yang perlu dibeli supaya mereka tidur lena dan selesa.

Kalau boleh, buat pilihan yang terbaik supaya mudah untuk anda memasang dan membukanya bagi terutama apabila travel jauh.

Dengan penggunaan katil baby dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti tertindih bayi apabila tidur sekatil dengan parents.

Tips Pemilihan Katil Baby Untuk Anak

Memilih katil bayi akan menjadi sukar apabila ibu bapa tidak pasti apabila melihat lambakan pilihan yang ditawarkan di pasaran. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih iaitu bajet, saiz, material dan mudah alih.

1. Bajet

Anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih katil baby dari harga yang murah sehingga yang mahal. Yang murah tidak semestinya tidak bagus dan yang mahal pula belum tentu bagus.

Pastikan anda meneliti jenama dan kualiti terlebih dahulu dan sesuaikan dengan bajet anda.

2. Saiz

Cari saiz katil baby yang sesuai dengan ruang di bilik tidur atau ruang khas seperti yang dirancang. Elakkan membeli saiz yang terlalu besar kerana mungkin tidak selamat atau sesuai untuk bayi baru lahir atau terlalu kecil kerana tidak boleh dipakai lama kerana bayi cepat membesar.

3. Material

Kebanyakan katil bayi mempunyai tilam yang rata dan keras. Pilihan ini adalah yang terbaik kerana bayi tidak mudah tenggelam dan terletak elok.

Pemilihan material yang terlalu lembut akan mengundang risiko kematian bayi terkejut (SIDS) dalam kalangan bayi newborn.

4. Mudah Alih

Sebagai pengguna yang bijak, jangan terperdaya dengan reka bentuk semata-mata, sebaliknya survey dahulu katil baby yang mudah alih dan ringan supaya anda mudah melipat dan mengangkutnya kemana-mana.

8 Pilihan Katil Baby Untuk Kegunaan Bayi

Okay, memandangkan anda sudah mengetahui cara untuk memilih katil baby dengan betul , bandingkan pencarian anda dengan pilihan yang kami telah survey sebelum meneruskan carian yang lain.

[product-comparison-table title="8 Katil Baby Terbaik Di Pasaran"]

Babybjorn Travel Crib Easy Go

Katil Baby Terbaik Mudah Bawa Ke Mana Saja

Travel dengan anak-anak lebih mudah dengan Babybjorn Travel Crib ini. Parents boleh membuka dan melipat Travel Crib hanya dalam satu gerakan, dan ia disertakan tilam lembut dan selesa yang membolehkan bayi tidur lena di mana sahaja.

Kain mesh yang lapang juga memberi anda pengawasan yang meyakinkan terhadap si manja. Beratnya hanya 6 kg, menjadikannya ringan dan mudah dibawa. Apabila tidak menggunakannya, cukup lipat dan simpan di dalam beg galas praktikal.

Apa yang kami suka?

  • Dari bayi baru lahir hingga kira-kira 3 tahun, atau sehingga anak anda dapat keluar dari buaian perjalanan. Tidak ada had berat atas untuk menggunakan buaian perjalanan.
  • 100% poliester. Sarung tilam: 100% kain Trevira (poliester).
  • Kain mudah ditanggalkan dan boleh dicuci dengan mesin.
  • Mudah disediakan dan dilipat
  • Mudah dibawa bersama anda
  • Tilam yang lembut dan selesa
  • Reka bentuk lapang untuk pengawasan yang baik

Babybjorn Travel Crib Easy Go

dari Babybjorn

product imageBeli di Lazada
Beli di sini
product imageBeli di Amazon

Chicco Next2Me Pop Up Co-Sleeping Crib

Katil Baby Terbaik Tanpa Berkongsi Katil Yang Sama

chicco katil baby

Chicco Next 2 Pop Up CO-Sleeping Crib direka untuk membolehkan anda tidur di sebelah bayi tanpa berkongsi katil yang sama, seperti yang disyorkan oleh pakar bayi. Next 2 Me juga merupakan buaian perjalanan paling ringan di pasaran, hanya 8 kg!

Tempat tidur bayi juga dapat disesuaikan ketinggiannya secara individu melalui enam posisi yang berbeza di kedua-dua hujungnya, menjadikannya ideal untuk membuat sedikit kemiringan bagi si kecil yang mengalami kesesakan atau refluks.

Apa yang kami suka?

  • Membolehkan bayi tidur di bilik anda selama enam bulan pertama 
  • Boleh disesuaikan hingga 6 ketinggian yang berbeza dan ia juga boleh digunakan untuk membantu kesesakan dan refluks bayi.
  • Boleh disambung ke katil parents 
  • Bentuk bulat dan seperti kepompong
  • Bahagian empuk lembut untuk keselesaan tambahan
  • Tinggi lebar dari 35cm hingga 52 cm, untuk menyesuaikan diri dengan kebanyakan tempat tidur, dengan butang penyesuaian yang mesra pengguna di kedua sisi
  • Mudah dipasang dan digunakan
  • Mudah dilekatkan atau dikeluarkan dari tempat tidur ibu bapa dengan menggunakan 2 tali pengikat yang disediakan.

Chicco Next2Me Pop Up Co-Sleeping Crib

dari Chicco

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Babydash

Baby Foldable Bed

Baby Cot Terbaik Travel Friendly

Pernah tak ibu ayah terfikir bagaimana persiapan tempat tidur untuk bayi kecil apabila pulang ke kampung atau pergi bercuti? Adakah ibu ayah perlu membawa baby cot (travel friendly) atau tilam sahaja?

Tak usah runsing lagi, kerana kini ibu ayah boleh membeli tilam boleh lipat yang seakan-akan baby cot, lengkap dengan tilam empuk dan kelambu tetapi mudah untuk dibawa dan digunakan!

Menjimatkan ruang, katil boleh dilipat, mudah dilipat ke dalam beg dan dibawa ke mana-mana dan ia mudah untuk sebarang aktiviti seperti membawanya ke taman, pantai, permainan bola sepak, atau sekadar kegunaan harian di ruang tamu.

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk bionik yang membolehkan bayi menikmati tidur yang lebih nyenyak
  • Sediakan persekitaran yang selamat dan persekitaran bebas kuman sambil mengekalkan pengudaraan
  • Beg ini disertakan dengan mainan untuk menghiburkan bayi
  • Didatangkan dengan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk
  • Awning untuk teduh bayi anda terdedah kepada cahaya matahari (jika dibawa ke taman)

Baby Foldable Bed

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Chicco Baby Hug 4 in 1

Katil Baby Terbaik Serba Boleh

katil baby serbaguna

Baby Hug 4-in-1 merupakan produk  serba boleh: dengan menekan pedal, anda dapat menyesuaikan ketinggian sempurna untuk bayi, sementara 4 roda brek memudahkan pergerakan di sekitar rumah.

Bar mainan elektronik akan menghiburkan bayi  dengan bunyi, lampu dan mainan mewah yang lembut. Dalam konfigurasi kerusi tinggi, Baby Hug dapat diletakkan dengan mudah di sebelah meja mana pun berkat ketinggian yang boleh disesuaikan agar si manja dapat menikmati makanan bersama seluruh keluarga.

Apa yang kami suka?

  • Merangkumi semua keperluan anda dan si manja: buaian yang selesa, tempat duduk sejak lahir, kerusi tinggi yang selesa dan akhirnya kerusi pertama si manja dari 6 bulan.
  • Ketinggian dan sandaran belakang yang disesuaikan 
  • Disertakan 4 roda
  • Reducer yang boleh ditanggalkan untuk menjadikan tempat duduk sesuai sejak lahir
  • Bar mainan disertakan untuk menghiburkan bayi anda
  • Sandar belakang boleh diubahdengan mudah untuk memberikan keselesaan maksimum kepada bayi 
  • Alas boleh dicuci 100%

Chicco Baby Hug 4 in 1

dari Chicco

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Kinderkraft Leody Travel Cot

Katil Baby Terbaik Dengan Aksesori Tambahan

Walaupun harganya sedikit mahal, fungsi 5 dalam 1 menjadikan wang yang dibelanjakan ibu ayah untuk baby cot ini sangat berbaloi! Boleh dibawa travel, dijadikan bassinet,buaian elektrik automatik, playpen, dan katil sisi (boleh dipasang pada katil ibu bapa).

Baby cot ini juga boleh ditukar kepada playpen dengan pelepasan zip dan boleh menjadi rocker dengan pelepas butang mod swing. Ia sangat mudah untuk dipasang dan digunakan dengan ketinggian 6 kedudukan dan mempunyai keupayaan untuk dipasang sebagai katil bayi.

Apa yang kami suka? 

  • Turut disertakan bersama tilam yang tebal dan selesa serta kelambu.
  • Fabrik tilam yang premium yang membolehkan peredaran udara di dalam permukaan bersentuhan dengan bayi dan tilam buaian. Boleh dibasuh dan padat. 
  • Mempunyai fungsi pembesar suara Bluetooth dan mempunyai alat kawalan jauh.
  • Mudah alih dan ringan.

Kinderkraft Leody Travel Cot

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Obaby Paris Premium Foldable Baby Cot

Katil Baby Terbaik Mudah Dilipat Dan Disimpan

obaby katil baby ringan

Apa yang menarik tentang baby cot ini, ibu boleh buka dan tutup dengan sebelah tangan sahaja dan mudah untuk dibawa ke mana-mana!

Tilam yang disediakan sederhana lembut dan keras, yang sesuai untuk pertumbuhan bayi baru lahir serta jaminan keselamatan dengan menyediakan pagar katil yang tinggi dan luas supaya bayi kekal selamat dan tidak dalam keadaan merbahaya seperti terbalik atau jatuh. 

Apa yang kami suka?

  • Ruang yang besar, boleh digunakan sehingga usia 2 tahun.
  • Mempunyai kelambu yang tertutup sepenuhnya boleh dipasang dan ditanggalkan dengan cepat, mudah dibawa dan digunakan.
  • Mudah dibuka dan boleh dibasuh, memberikan anak tempat tidur yang bersih.
  • Tayar yang boleh dikunci dan diangkat umtuk dijadikan buaian.

Obaby Paris Premium Foldable Baby Cot

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Sokano

Samu Giken Baby Nest Bed 

Katil Baby Terbaik Dengan Material Hipoalergenik

Ibu bapa yang risaukan anak alergik dan sensitif terhadap material pasti buntu untuk memilih yang mana satu. Kalau boleh, gunakan baby nest dari Samu Giken sebagai tempat tidur travel bayi. Anda boleh mengalihkannya di mana-mana tempat sama ada letakkan dalam katil baby atau jadikan sebagai tempat tidur bayi ketika pulang ke kampung.

Materialnya yang diperbuat 100% kapas sama sekali tidak merengsakan kulit halus si manja. 

Apa yang kami suka?

  • Jenama pilihan ramai ibu bapa
  • Ringan dan fleksibel
  • Reka bentuk seakan sarang burung melindungi bayi 360 darjah
  • Material diperbuat daripada kapas, lembut untuk kulit bayi

Samu Giken Baby Nest Bed

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Amazon

Nuna SENA Aire Portable Cot

Katil Baby Terbaik Mudah Dipasang

Nuna SENA ini dilengkapi dengan tilam jaring tiga lapis termasuk dengan beg travel yang mudah disimpan dan dibawa. Apa yang menariknya, anda boleh memasang katil baby travel ini dalam hanya beberapa saat sahaja.

Ia direka khas untuk menjamin keselesaan dan keselamatan bayi dalam menyediakan reka bentuk dengan ruang pengudaraan 360° supaya bayi dapat tidur dengan nyenyak dengan lebih lama. 

Apa yang kami suka?

  • Boleh dilipat dengan mudah dengan sebelah tangan.
  • Reka bentuk pengudaraan yang baik dari setiap sudut dengan semua sisi mesh, lantai dan tilam.
  • Satu-satunya katil bayi dengan katil atas yang boleh dilipat bersama dengan bingkai.
  • Tilam berventilasi mesh menghilangkan haba dan lembapan.
  • Katil pop kaki zigzag yang unik dibuka dengan cepat dan mudah.
  • Bahagian tepi katil menghalang jari kecil bayi daripada tersepit.

Nuna SENA Aire Portable Cot

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada
product imageBeli di Babydash

Perbandingan Harga Katil Baby Terbaik Di Pasaran 

Jenama Harga

Babybjorn Travel Crib Easy Go

RM 1849.00

Chicco Next2Me Pop Up Co-Sleeping Crib

RM 799.00

Baby Foldable Bed

RM 150.50

Chicco Baby Hug 4 in 1

RM 1099.00

Kinderkraft Leody Travel Cot

RM 699.00

Obaby Paris Premium Foldable Baby Cot

RM 131.82

Samu Giken Baby Nest Bed 

RM 93.90

Nuna SENA Aire Portable Cot

RM 1599.00

Perbezaan Katil Baby vs Playard

Mungkin ibu ayah menganggap katil baby dan playard adalah benda yang sama kerana fungsinya sebagai tempat yang selamat untuk tidur dan bermain. Walau bagaimanapun, playard bertujuan untuk tidur semalaman berbanding dengan katil baby travel yang lebih ringan dan mudah alih.

Kedua-duanya direka bentuk untuk mudah alih dan secara amnya boleh dilipat dan dibungkus dalam beg atau sarung kompak, menjadikannya alternatif yang baik untuk katil bayi semasa anda melancong.

Apa-apa pun ia bergantung kepada pilihan dan citarasa masing-masing.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Risau Bayi Tertindih Bila Tidur Sekatil? 8 Pilihan Bassinet Ini Memudahkan Bayi Tidur Dimana-Mana Dengan Selamat

Baca juga: Risau Kepala Bayi 'Leper'? Ibu, Ini 8 Pilihan Bantal Bayi Terbaik Untuk Cegah Sindrom Flat Head

Baca juga: 8 Baby Monitor Malaysia Terbaik Untuk Pantau Anak-Anak Di Rumah

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham