X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Saffron HerbaTermahal Di Dunia, Banyak Khasiatnya Untuk Ibu Hamil! Ayuh Lihat 5 Produk Saffron Yang Boleh Dicuba

Selain digunakan sebagai rempah masakan, kebaikan saffron yang lain banyak membantu ibu hamil mengatasi pelbagai masalah kehamilan.

Jadi, apa itu saffron? Saffron merupakan antara rempah termahal di dunia yang diambil daripada stigma bunga saffron Crocus sativus yang telah dikeringkan. Kebaikan saffron telah lama dimanfaatkan oleh masyarakat dahulu kala terutamanya di Asia Barat.

Dikatakan setiap 100 gram rempah ini memerlukan kira-kira 1000 kuntum bunga saffron dan setiap kuntum bunganya pula hanya mempunyai 3 stigma. Bunganya pula hanya mekar beberapa minggu setahun dan dituai dengan tangan. Jadi tidak hairanlah mengapa harganya mahal yang boleh mencecah sehingga RM32,000 sekilogram!

Selain digunakan sebagai penawar dan rempah dalam masakan, saffron juga digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan pewarna pakaian.

Isi Kandungan

  • Saffron Untuk Ibu Hamil
  • Kelebihan Saffron
  • 5 Produk Saffron Terbaik
  • Mahnaz
  • Saharkhiz
  • Yusuf Taiyoob
  • Natural Factors
  • Habib Al-Madinah
  • Perbandingan Harga

Selamatkah Saffron Untuk Ibu Hamil?

Saffron HerbaTermahal Di Dunia, Banyak Khasiatnya Untuk Ibu Hamil! Ayuh Lihat 5 Produk Saffron Yang Boleh Dicuba

Beberapa kajian, termasuk beberapa ujian klinikal telah menunjukkan bahawa saffron boleh membantu melegakan gejala sindrom pra-haid, seperti kekejangan namun penyelidikan sedia ada mencadangkan bahawa mungkin lebih baik untuk mengelakkan saffron semasa trimester pertama anda.

Satu kajian kecil 2014 mendapati bahawa kadar keguguran adalah lebih tinggi dalam kalangan petani wanita yang mengamalkan saffron semasa trimester pertama kehamilan mereka.

Pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak juga adalah tidak selamat. 5 g boleh menyebabkan keracunan, 12 hingga 20 g boleh menyebabkan kematian dan antara kesan sampingan pengambilan saffron adalah pening, loya dan muntah, ketidakselesaan perut dan alergi.

Disebabkan saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.

Apabila sudah memasuki trimester ke-2, saffron selamat untuk ditambah ke dalam susu tetapi sama seperti mana-mana herba atau rempah ratus lain, gunakan saffron secara sederhana.

Adalah lebih baik untuk bercakap dengan doktor anda sebelum memasukkan saffron sebagai sebahagian daripada diet pemakanan anda. Ini amat penting jika anda mempunyai sebarang risiko kesihatan atau komplikasi semasa kehamilan.

Kelebihan Pengambilan Saffron Ketika Hamil

Saffron HerbaTermahal Di Dunia, Banyak Khasiatnya Untuk Ibu Hamil! Ayuh Lihat 5 Produk Saffron Yang Boleh Dicuba

Secara tradisinya, saffron dipercayai bersifat penyembuhan. Ia biasanya digunakan sebagai penenang otot dan dikatakan boleh melegakan sakit perut.

Jika di negara Arab, ibu ketika mengandung digalakkan minum Saffron ketika kandungan memasuki trimester ke-2 untuk mendapatkan anak putih merah dan baik untuk kecerdasan minda. Di Malaysia pula, ada yang mengamalkan petua minum susu kambing yang dicampur dengan Saffron untuk mengurangkan risiko bayi yang akan lahir kelak terkena demam kuning.

Kajian menunjukkan bahawa salah satu kebaikan saffron adalah ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan perubahan mood. Sesetengah wanita hamil juga menggunakan saffron untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman, meningkatkan selera makan mereka, dan merawat pedih ulu hati.

Antara kebaikan saffron yang lain adalah seperti berikut.

1. Membantu proses kelahiran

Dicadangkan bahawa ibu hamil boleh mengambil 0.5 hingga 2 gram setiap hari untuk mengekalkan keanjalan tisu rahim semasa kehamilan, tetapi diambil hanya selepas trimester pertama.

Perubatan tradisional berpendapat bahawa saffron berguna untuk memudahkan proses kelahiran, kerana ia dapat melembutkan otot, merangsang pengecutan rahim dan membantu keseluruhan proses bersalin. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan saffron mungkin membantu menyediakan serviks anda untuk kelahiran bayi.

 2. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi yang lebih baik

Kebaikan saffron dapat mengawal stress si ibu yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pertumbuhan akal dan fizikal bayi dalam kandungan. Mengikut kajian, herba yang telah digunakan sejak zaman Rasullah SAW lagi telah digunakan dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal dan mengembangkan minda.

3. Kurangkan risiko bayi demam kuning

Benar, saffron dapat mengelakkan bayi demam kuning! Ini kerana saffron mengandungi viamin C, iron dan magnesium yang dapat memulihkan darah merah yang berada dalam badan bayi supaya bayi yang dilahirkan nanti tidak mengalami demam kuning yang berpanjangan.

4. Mencegah anemia

Ini adalah kebaikan saffron yang lain! Kandungan zat besi dalam saffron boleh menambahkan sel-sel darah merah si ibu. Mengamalkan saffron dapat meningkatkan haemoglobin bukan sahaja kepada ibu hamil malah sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kurang darah merah.

5. Melancarkan pencernaan

Ibu hamil sentiasa mengalami gangguan pencernaan jadi anda boleh mencuba untuk mengamalkan susu yang dicampur saffron. Masalah pedih ulu hati dan sembelit boleh dikawal dengan pengambilan saffron.

6. Mengatasi morning sickness

Morning sickness seringkali dianggap sebagai ‘musuh’ para ibu hamil, yang boleh mengganggu aktivita mereka di sepanjang hari. Ternyata, aroma saffron dapat menenangkan bagi mengatasi morning sickness, terutama dalam menghilangkan rasa mual dan pening yang dirasakan ibu.

5 Produk Saffron Terbaik Boleh Dicuba Ibu Hamil

Produk Saffron Terbaik
product image
Mahnaz Food Saffron
Saffron Terbaik Dengan Pek Kemas
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Saharkhiz Saffron Herbal Infusion
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Teh
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron
Saffron Terbaik Harga Murah
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Natural Factors Stress-Relax 100% Pure Saffron Extract
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Kapsul
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Habib Al Madinah Minyak Saffron Organik
Saffron Terbaik Dalam Bentuk Minyak Pati
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Mahnaz Food Saffron

Saffron Terbaik Dengan Pek Kemas

kebaikan saffron Mahnaz Food

Mahnaz Food telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1996 dan telah menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Mahnaz Food adalah jenama yang sangat terkenal dan popular, terutamanya untuk makanan sunnah dan kini turut menjual saffron dalam pek yang kemas dan menarik.

Apa yang kami suka:

  • Pek yang kemas dan menarik. Mudah untuk digunakan.
  • Jenama popular yang menjual makanan sunnah.
  • Harga berpatutan, mempunyai pelbagai pilihan kuantiti berat yang dingini.

Mahnaz Food Saffron - RM23.50

dari Mahnaz Food

product imageBeli di Shopee

Saharkhiz Saffron Herbal Infusion

Saffron Terbaik Dalam Bentuk Teh

kebaikan saffron

Jika anda tidak menggemari rasa saffron asli, anda boleh memilih saffron dalam bentuk teh. Mempunyai khasiat yang sama seperti filamen asli saffron, teh ini juga rasanya enak dan berbau harum kerana dicampu bersama ekstrak damask rose.

Apa yang kami suka:

  • Membantu mengekalkan kandungan air di dalam badan
  • Tinggi dengan kandungan antioksida seperti Vitamin A, C, B6, B9, Thiamine, Riboflavin dan Niacin
  • Mengandungi mineral esential seperti Calcium, Iron, Magnesium, Zinc yang dapat memberikan tenaga untuk tubuh.
  • Membantu melegakan saluran pernafasan
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular
  • Membantu melegakan saluran pernafasan
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan kardiovaskular
  • Membantu melegakan selesema, batuk-batuk dan sesak nafas
  • Membantu mendapatkan semula mood yang hilang

Saharkhiz Saffron Herbal Infusion - RM75

dari Saharkhiz

product imageBeli di Shopee

Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron

Saffron Terbaik Harga Murah

Yusuf Taiyoob kebaikan saffron

Bukan sahaja terkenal dengan jualan kurma, Yusuf Taiyoob juga menawarkan produk saffron untuk ibu-ibu hamil mendapatkan khasiat daripadanya. Walaupun dianggap sebagai rempah termahal di dunia namun jenama ini menawarkan harga yang cukup berpatutan dan antara yang termurah di pasaran.

Apa yang menarik:

  • Harga yang murah
  • Mudah didapati di pasar raya
  • Menggunakan saffron asli dari Sepanyol berbeza dengan jenama lain.

Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron - RM15.70

dari Yusof Taiyoob

product imageBeli di Shopee

Natural Factors Stress-Relax 100% Pure Saffron Extract

Saffron Terbaik Dalam Bentuk Kapsul

Natural Factors kebaikan saffron

Kebaikan saffron telah dibuktikan secara klinikal untuk membantu mengekalkan mood yang positif, menggalakkan tidur yang lena dan menyokong kesejahteraan emosi. Ibu hamil yang tidak sukakan bau saffron, boleh mengambil saffron jenis kapsul.

Apa yang kami suka:

  • Tidak mengandungi pewarna tiruan, pengawet atau pemanis; tiada tenusu, kanji, gula, gandum, gluten, yis, soya, jagung, telur, ikan, kerang, produk haiwan, garam, kacang pokok atau GMO.
  • Mudah digunakan, ambil 2 biji setiap hari.
  • Sesuai untuk vegetarian.

Natural Factors Stress-Relax 100% Pure Saffron Extract - RM99.90

dari Natural Factors

product imageBeli di Shopee

Habib Al Madinah Minyak Saffron Organik

Saffron Terbaik Dalam Bentuk Minyak Pati

kebaikan saffron

Minyak pati saffron adalah 100 peratus semula jadi tanpa campuran apa-apa minyak lain, mudah digunakan hanya titiskan dalam minuman suam atau boleh diminum begitu sahaja.

Apa yang kami suka:

  • Digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah PMS atau senggugut.
  • Digunakan untuk mengatasi masalah lemah daya ingatan dan mencegah penyakit Alzhemer.
  • Digunakan untuk mengatasi masalah Kemurungan, panic attacks dan MDD dikalangan wanita.
  • Digunakan untuk mengatasi masalah Dsifungsi Erektil (ED).

Habib Al Madinah Minyak Saffron Organik - RM90

dari Habib Al Madinah

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Produk Saffron Terbaik

Jenama Kuantiti Harga
Mahnaz Food Saffron 1 g RM23.50
Saharkhiz Saffron Herbal Infusion 1 g RM15.70
Yusuf Taiyoob Best Spanish Pure Saffron 12 beg RM75.00
Natural Factors Stress-Relax 100% Pure Saffron Extract 60 biji RM99.90
Habib Al madinah Minyak Saffron Organik 50 ml RM90.00

Cara Menggunakan Saffron

kebaikan saffron

Saffron ini adalah asli berbentuk filamen dan tidak dicampur bahan lain. Cara untuk menggunakannya sangat mudah seperti panduan di bawah ya?

  • Campur 6 stigma (filament) saffron untuk 500 ml air suam, boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Boleh diamalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.
  • Boleh juga diambil 3 filamen saffron dimakan bersama satu sudu kecil madu asli diambil 2 kali sehari iaitu 1 sudu pada waktu pagi dan 1 sudu pada waktu malam.
  • Boleh juga mengamalkan minum susu kambing dicampur dengan sedikit saffronsebanyak 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. Ini bagus diamalkan ibu mengandung untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Baca juga: Susu Campur Safron Bantu Redakan Pedih Ulu Hati & Elak Sembelit Ketika Hamil

Baca juga: Khasiat Halba Untuk Wanita Hamil, Boleh Kawal Kencing Manis!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 8 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.