Kita sering diberitahu kecerdasan emosi (EQ) sangat penting pada kanak-kanak supaya mereka dapat melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, kita juga perlu tahu, kecerdasan emosi dalam perkahwinan dapat memberikan keutuhan pada hubungan yang dibina.
Namun, aspek kecerdasan emosi ini sering diabaikan pasangan suami isteri.
Jadi, bagaimana nak tahu pasangan anda itu mempunyai kekurangan kecerdasan emosi (EQ) atau tidak? Jom kita selidik secara mendalam tentang tanda-tanda tersebut.
11 tanda pasangan anda kekurangan kecerdasan emosi
1 – Tidak dapat menguruskan emosi dengan baik
Pernah tak suami atau isteri marah terhadap perkara kecil dan remeh-temeh? Keduanya, adakah mereka marah tanpa sebab yang jelas?
Tingkah laku seperti ini menandakan bahawa si dia kekurangan kecerdasan emosi kerana mereka tidak dapat menguruskan emosi dengan baik.
Hal ini kerana, orang yang mempunyai EQ tinggi, dapat menyesuaikan emosi mengikut keadaan.
2 – Tidak dapat menilai perasaan orang lain
Bahagian yang paling penting dalam kecerdasan emosi adalah memahami perasaan orang lain melalui bahasa tubuh atau ekspresi wajah mereka.
Apabila pasangan tidak boleh melihat dengan jelas yang anda sedang berduka atau tidak gembira, itu bermakna dia kekurangan kecerdasan emosi.
3 – Mempunyai persahabatan yang tidak bertahan lama
Adakah anda perasan yang pasangan anda itu ada masalah dengan kawan barunya? Kawan sekejap saja, esok lusa tak kawan pulak.
Ini bermaksud pasangan anda itu memiliki EQ yang rendah kerana orang yang mempunyai EQ tinggi dapat mengekalkan persahabatan sampai bila-bila.
4 – Tak tunjuk emosi mereka dengan jelas
Memahami perasaan orang lain melalui bahasa tubuh adalah sangat penting. Begitu juga dengan mengekspresikan emosi sendiri.
Tetapi jika anda rasa sukar nak faham perasaan pasangan tapi dengan orang lain senang pula, itu maksudnya, pasangan anda kekurangan EQ.
5 – Tidak memahami aspek sosial emosi
Adakah pasangan anda tak menjaga emosi dan tidak peka apabila berada dalam keadaan ini?
- Ketika berada di tempat pengebumian atau di kawasan perkuburan
- Terlalu marah dengan perkara remeh temeh
- Tidak menyedari tindakannya itu boleh buat orang lain marah
Jika ya untuk semua situasi di atas, itu maksudnya pasangan anda itu tidak memahami konteks emosi secara sosial dan tidak tahu menyatakan emosi mereka dengan lebih tepat.
Pendek kata, kalau nak bergurau atau marah sekalipun tengok keadaan sekeliling dahulu sesuai atau tidak.
6 – Sukar bertindak balas dengan orang lain yang sedang bersedih
Ya, tidak tahu bergaul dengan perasaan orang lain adalah salah satu tanda kekurangan kecerdasan emosi.
Mereka ini sukar bertindak balas dengan orang yang sedang dalam emosi negatif.
7 – Tidak memahami perasaan anda melalui nada suara
Ini paling tertekan rasanya bila suami atau isteri tak faham nada suara anda sama ada anda sedang marah, berduka, gembira atau bersedih. Kadang-kadang nak kena beritahu dahulu, barulah faham.
Payah juga macam ini kan? Malah, nampak jelas pasangan anda itu memang kurang EQ.
8 – Tidak bersimpati dengan orang lain
Kredit: Tribunnews
Orang yang tidak mempunyai kecerdasan emosi memang agak sukar untuk bersimpati dengan orang lain.
Pendek kata, langsung tak ada perasaan walaupun anda sedang berkongsi cerita yang sungguh menyedihkan.
9 – Sukar nak kawal diri
Kalau tengah marah mereka susah nak kawal diri. Itu tandanya dia memiliki kekurangan EQ.
Kalau mengamuk habis semua barang nak dibalingnya. Bukan setakat itu sahaja, mulutnya juga akan keluar kata-kata kesat yang boleh bernanah telinga bila dengar.
10 – Buat muka slumber bila tengok filem
Tengoklah cerita cinta ke, seram, komedi atau aksi dia tetap buat muka slumber macam tak ada perasaan.
Kalau tengok cerita komedi yang kelakar habis pun dia buat tak tahu saja. Itu tanda dia ada masalah kekurangan kecerdasan emosi. Eh…eh… macam something wrong somewhere pula, kan?
11 – Menolak kepentingan emosi sepanjang masa
Orang yang memiliki EQ rendah tahu bahawa EQ adalah kelemahan diri mereka. Jadi mereka akan menolak makna emosi secara umum dan hanya menekankan aspek logik sebagai perkara yang lebih penting.
Anggapan mereka itu salah kerana selain meningkatkan komunikasi dan hubungan yang lebih matang. Emosi juga berperanan penting terutamanya ketika berhadapan dengan risiko atau kecemasan.
Selepas baca artikel ini, cuba perhatikan tingkah laku pasangan anda adakah mereka memiliki kesemua ciri-ciri di atas? Jika ya, anda harus membantunya dengan segera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-penting-pasangan-tidak-hormat-anda/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!