Selain Pemakanan & Tidur Yang Cukup, Ini 10 Cara Tingkatkan Kecerdasan Otak Si Manja

Kecerdasan otak bayi boleh ditingkatkan dengan beberapa cara. Ibu ayah boleh amalkan di rumah, berkesan untuk perkembangan minda si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah sekiranya ibu dan ayah mengimpikan anak yang bijak dan genius. Bukanlah menjadi kesalahan sekiranya ibu dan ayah mempunyai keinginan tersebut. Justeru, ini 10 langkah anda boleh amalkan dalam meningkatkan tahap kecerdasan otak bayi anda. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 10 langkah meningkatkan tahap kecerdasan otak bayi

Adalah baik untuk dimulakan seawal usia mereka masih bayi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu dan ayah. 

10 langkah meningkatkan tahap kecerdasan otak bayi

Seperti yang dikongsikan melalui artikel pada laman web Mom Junction, di sini terdapat langkah-langkah yang boleh diamalkan oleh ibu dan ayah seperti berikut:

1- Elakkan mengganggu tidur bayi

Ada kajian mengatakan, kurang 1 jam tidur pada setiap malam boleh mengurangkan dua tahun kognitif pada kanak-kanak. Sewaktu tidur, otak bayi akan berkembang. Justeru, bayi yang mendapat jumlah tidur yang diperlukan dari segi perkembangan bahasa lebih baik selain perhatian dan penguasaan dorongan.

2- Tingkatkan tahap aktiviti

Kajian penyelidikan menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara perkembangan otak dan aktiviti fizikal bayi. Sehubungan itu, ibu ayah perlu memastikan bayi mereka melakukan aktiviti fizikal tidak berstruktur sekurang-kurangnya 1 jam.

Tahap aktiviti yang tinggi meningkatkan aliran darah di dalam otak dan bahagian badan yang lain sekali gus ia menguatkan ingatan serta kebolehan mempelajari dengan baik.

3- Pilih muzik yang sesuai untuk bayi


Ibu ayah juga boleh mendedahkan bayi dengan lagu-lagu yang menenangkan dalam memberi manfaat kepada perkembangan otak selain meningkatkan kemahiran kognitif.

Terdapat kajian mengatakan dengan memegang bayi serta menari dengan perlahan dapat mengeluarkan hormon ‘bonding’ iaitu oxytocin, iaitu hormon yang sama sewaktu menyusu bayi.  Selain itu, bayi yang kerap mendengar muzik yang baik juga mempunyai ingatan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4- Berbual dengan bayi

Langkah lain boleh dilakukan ialah dengan bercakap dengan bayi anda. Tinjauan mendapati, berbual dengan bayi dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan kemahiran memproses bahasa mereka seawal 18 bulan.

Perulangan kata-kata juga dapat meningkatkan daya ingatan serta memudahkan mereka untuk mengaitkan sesuatu objek dengan kata-kata.

5- Tabiat pemakanan sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memperkenalkan makanan yang sihat dalam diet bayi anda misalnya, buah-buahan, sayuran, produk tenusu, buahan kering, telur, kekacang dan bijian. Boleh campurkan makanan ini menjadi kombinasi yang menarik untuk bayi anda.

6- Bersosial dan bergaul

Bawa bayi anda dengan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain bagi memberi pendedahan kepada anak terhadap orang sekeliling.

Dengan ini bayi dapat mempelajari perkara baharu daripada persekitarannya. Semakin luas pendedahan, semakin banyak yang dipelajari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7- Membaca buku cerita sebelum tidur

Cara lain ialah membaca buku cerita sebelum tidur dan menyanyikan lagu-lagu lullabies kepada bayi dan ini membantu mengeratkan ikatan dengan ibu ayah. Bahkan ia juga mempercepatkan keupayaan anak dalam memahami perkara baharu.

8- Beri pendedahan dengan alam semula jadi


Terdapat kajian di Sepanyol mendapati, kanak-kanak yang didedahkan dengan alam semula jadi seperti tumbuhan pokok dan memberi kebebasan kepada mereka bermain dengan rumput hijau akan membantu dalam meningkatkan keupayaan mental. Persekitaran hijau juga dapat memberi ketenangan kepada bayi serta meningkatkan fungsi otak mereka.

9- Biarkan mereka memilih

Seawal usia muda, beri peluang kepada mereka membuat pilihan sebagai contoh warna, citarasa, orang dan bentuk. Ia juga dapat membantu mengembangkan kemahiran kognitif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10- Menyusu

Sedia maklum susu ibu mengandungi semua nutrien diperlukan dalam pertumbuhan bayi malah, ia juga disifatkan ramuan ajaib dalam meningkatan kekuatan otak bayi. Menyusukan bayi dengan susu ibu boleh meningkatkan kesihatan mereka selain kecerdasan secara keseluruhan kepada bayi.

Amalkan langkah-langkah ini, selamat mencuba kepada ibu dan ayah!

kredit gambar: hasrul hassan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kalau Nak Anak Bijak & Rajin Belajar, Ibu Bapa Jangan Malas Layan Soalan Anak!

Baca juga: Ibu Ayah Rajin-Rajinlah Baca Bedtime Stories Untuk Anak, Penting untuk Bagi Anak Bijak!

Baca juga:  Doktor Ini Kongsikan 4 Tips Membentuk Anak Bijak, No. 3 Kena Amalkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan