X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Nak Anak Bijak & Rajin Belajar, Ibu Bapa Jangan Malas Layan Soalan Anak!

4 min bacaan
Kalau Nak Anak Bijak & Rajin Belajar, Ibu Bapa Jangan Malas Layan Soalan Anak!

Kanak-kanak memang banyak soalan kerana sifat mereka yang sentiasa ingin tahu dan belajar. Kadang kala ibu bapa sampai jadi malas jawab.

Musim PDPR susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia seakan-akan membuka mata betapa tugas mendidik seseorang yang selama ini diletakkan di bahu guru bukan mudah. Ramai yang mula sedar bukan mudah nak buat anak mahu belajar.

Tetapi sebenarnya seorang kanak-kanak normal sentiasa bersedia untuk belajar, cuma ia bergantung kepada bagaimana kesediaan mereka itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Tidak pelik pun jika ada kalanya mereka mahal dan tiada mood kerana itu adalah reaksi biasa malah orang dewasa pun begitu, tetapi ketahuilah, mereka ini sentiasa bersedia untuk belajar. 

Kanak-kanak sentiasa bersedia untuk belajar

belajar

kredit: google image

Menurut perunding Parent Connect Consultancy, Noor Afidah Abu Bakar, rumah merupakan sekolah pertama dan utama kanak-kanak.

Ibu bapa adalah guru pertama dan utama bagi kanak-kanak. Pengalaman dalam kehidupan seharian merupakan silibus terpenting dalam pembelajaran kanak-kanak.

Jadi peranan ibu bapa sangat penting dalam pembelajaran anak-anak. Ikuti perkongsiannya mengenai kaitan pembelajaran anak-anak dan peranan ibu bapa. 

#1. Kanak-kanak miliki keiginan semulajadi untuk belajar

belajar

Kanak-kanak memiliki keinginan semulajadi untuk belajar bermula dari dalam kandungan lagi. Buktinya, kecenderungan bayi dan kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam mulut, menyentuh apa sahaja yang dilihat dan bertanya banyak soalan kepada orang dewasa merupakan cara mereka mengekspresikan kesediaan mereka untuk belajar dan menerima maklumbalas dari persekitaran.

Peranan ibu bapa:

  1. Jadikan pengalaman dan rutin seharian kanak-kanak sebagai peluang pembelajaran. Banyak yang boleh dipelajari walaupun berada di rumah.
  2. Dedahkan kanak-kanak kepada pengalaman yang sihat.
  3. Luangkan masa untuk berbual dengan kanak-kanak. Jangan hanya berkomunikasi untuk marah, menegah dan beri arahan sahaja.
  4. Tunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak tentang kepentingan belajar dan bertanya.

#2. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi

Seumpama saintis, kanak-kanak akan sentiasa melakukan eksperimen untuk mengetahui kesan dan akibat sesuatu perbuatan.

Apabila kanak-kanak melompat dari tempat yang tinggi dan merasai kesakitan ketika terjatuh, dia sedang belajar tentang kesan dan akibat perbuatannya.

Peranan ibu bapa:

  1. Ajar kanak-kanak untuk pertimbangkan risiko apabila melakukan sesuatu. Menghalang tanpa difahamkan hanya membuahkan tingkah laku yang sama secara berterusan.
  2. Sediakan persekitaran fizikal rumah yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan kanak-kanak.
  3. Layan soalan-soalan yang ditanya. Sekiranya tidak tahu jawapannya, minta tangguhkan dahulu untuk mencari jawapan.

#3. Kanak-kanak belajar dari persekitaran

belajar

Setiap pengalaman seharian, baik positif mahupun negatif merupakan ‘silibus’ pembelajaran bagi kanak-kanak. B

erkunjung ke kedai adalah pengalaman, bergaduh sesama adik beradik adalah pengalaman, menonton kartun adalah pengalaman, memanjat pokok adalah pengalaman.

Kanak-kanak bukan hanya belajar dari sekolah dan buku, lebih penting lagi kanak-kanak belajar dari manusia dan objek yang berada di sekeliling mereka.

Peranan ibu bapa:

  1. Dedahkan kanak-kanak kepada pengalaman yang mengajar aspek fizikal, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Bukan hanya akademik.
  2. Kenalpasti minat dan kecenderungan kanak-kanak bagi menyediakan pengalaman bermakna bagi setiap individu.
  3. Sediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka dan bertanya soalan.
  4. Terapkan skil kehidupan pada kanak-kanak.

#4. Kanak-kanak memberikan pendapat dengan cara yang berbeza-beza

Kanak-kanak menyampaikan idea melalui tingkah laku, aksi dan bahasa yang digunakan. Ada yang selesa mencurahkan idea di atas kertas ataupun di atas skrin.

Kanak-kanak yang biasa dengan buku akan menyampaikan idea melalui penulisan dan lakaran. Kanak-kanak yang dibiasakan dengan skrin akan meluahkan idea melalui medium tersebut.

Tingkah laku kanak-kanak juga adalah satu bentuk komunikasi. Fahami apakah pendapat, keperluan ataupun kekurangan yang cuba disampaikan melalui sesuatu tingkah laku, baik yang positif mahupun negatif.

Peranan ibu bapa:

  1. Sediakan peluang untuk kanak-kanak memberikan idea melalui cara yang selesa bagi mereka.
  2. Tunjukkan cara untuk menyampaikan idea dan pendapat dengan adab dan akhlak yang betul.
  3. Berikan peluang untuk kanak-kanak menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.
  4. Ingatkan kanak-kanak bahawa tidak semua soalan mempunyai jawapan ‘BETUL’ atau ‘SALAH’.

Semoga semua ibu bapa diberikan kekuatan dan pedoman untuk mendidik anak sebaiknya supaya mereka sentiasa belajar perkara terbaik dalam hidup mereka. Semoga berjaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: klikdokter

Baca juga: ‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!

Baca juga: Anak Kurang Fokus Ketika Kelas Online? Cuba Dudukkan Dia Atas Gymball Sambil Belajar

Baca juga: Anak Suka Bermain Sambil Belajar, Ibu Berilah Kebebasan Supaya Otak Berkembang!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • Kalau Nak Anak Bijak & Rajin Belajar, Ibu Bapa Jangan Malas Layan Soalan Anak!
Kongsikan:
  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Daftar Tahun 1 2024/2025 Secara Online Bermula 1 Mac, Ini Panduan Buat Ibu Ayah

    Daftar Tahun 1 2024/2025 Secara Online Bermula 1 Mac, Ini Panduan Buat Ibu Ayah

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Daftar Tahun 1 2024/2025 Secara Online Bermula 1 Mac, Ini Panduan Buat Ibu Ayah

    Daftar Tahun 1 2024/2025 Secara Online Bermula 1 Mac, Ini Panduan Buat Ibu Ayah

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.