Kedudukan bayi songsang boleh berlaku apabila kedudukan bayi dalam kandungan adalah tidak normal iaitu terbalik, di mana kepala berada di atas dan bahagian kaki pula di bawah. Kedudukan baby songsang ini menyebabkan kelahiran berbahaya menjadi tinggi disebabkan oleh posisi tersebut boleh menyebabkan kepala bayi tersekat di bahagian pelvis.
Jika anda mengalami masalah kedudukan bayi songsang, anda boleh memanfaat hobi bersenam anda untuk membetulkan semula kedudukan bayi supaya mudah bersalin nanti.
Walau bagaimanapun, kalau masih ragu-ragu tentang bersenam semasa mengandung, jangan risau ya ibu. Senaman semasa hamil sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk kesihatan dan tidak berbahaya sekiranya dilakukan secara berhemah.
Ibu harus tahu, sekitar 3-4% kehamilan memang boleh berisiko mengalami kedudukan bayi songsang dan ini berlaku atas banyak faktor. Tambahan lagi apabila memasuki usia kandungan tertentu, tentunya ibu hamil mula merasakan risau sekiranya tidak dapat melahirkan bayi dengan normal kerana perkara ini.
Punca Kedudukan Bayi Songsang

Laman web The Health Site mengatakan antara sebab kedudukan bayi songsang dalam rahim adalah disebabkan ukuran kepala bayi yang besar dan pinggul ibu yang sempit, selain jumlah air ketuban yang kurang menyebabkan sukar untuk bayi berkembang dan bergerak.
Selain itu, gerakan bayi juga terbatas atas alasan fisiologi yang lain seperti berat badan yang terlalu rendah, dan pastinya keadaan ibu yang kurang bergerak dan melakukan aktiviti senaman.
Pada kehamilan ‘normal’, bayi akan secara automatik memposisikan kepala di bawah atau di pembukaan jalan untuk mempersiapkan diri untuk proses bersalin. Namun ini tidak berlaku kepada bayi dengan kedudukan songsang yang menyebabkan ibu ayah panik apabila doktor memberitahu kedudukan bayi dalam keadaan berbeza.
Walaupun begitu, ibu jangan kecewa terus, kerana peluang untuk melahirkan secara normal pasti ada. Antara cara untuk membetulkan kedudukan bayi songsang adalah dengan melakukan senaman.
Untuk pengetahuan umum, doktor tidak akan dapat memberitahu kenyataan yang tepat tentang mengapa berlakunya kehamilan songsang ini, tetapi menurut Persatuan Kehamilan Amerika, terdapat beberapa sebab mengapa bayi dalam kandungan mungkin meletakkan dirinya di kedudukan atau posisi yang ‘salah’ dalam rahim ibunya.
Ia adalah termasuk:
- Seorang wanita itu telah hamil beberapa kali.
- Kehamilan kembar banyak.
- Seorang wanita itu pernah mengalami kelahiran pramatang suatu ketika dahulu.
- Jika uterus memiliki terlalu banyak atau sedikit cecair amniotik – di mana bayi mempunyai ruang tambahan untuk bergerak di dalam uterus atau tidak mempunyai cecair untuk mencukupi untuk bergerak di dalam uterus.
- Jika seseorang wanita itu mempunyai bentuk uterus yang luar biasa atau mempunyai komplikasi lain seperti fibroid di dalam uterus.
- Jika seseorang wanita itu mempunyai plasenta previa.
Kedudukan Bayi Songsang: Apa Para Ibu Perlu Lakukan
Terdapat beberapa gaya hidup serta remedi di rumah yang mungkin boleh membantu ibu hamil untuk menghadapi kehamilan songsang ini iaitu:
- Berjumpa dengan doktor sepanjang kehamilan. Doktor boleh mengetahui sama ada bayi dalam kandungan berada pada kedudukan songsang dan akan membantu mencadangkan apa yang perlu anda lakukan.
- Sesetengah doktor akan merancang kelahiran bayi dengan pembedahan c-zer. Malah, ada juga doktor yang mungkin mencadangkan senaman untuk dilakukan oleh ibu hamil di rumah yang akhirnya dapat membantu bayi untuk kembali ke kedudukan kepala bawah.
- Sekiranya prosedur ini berjaya dan kedudukan baby dalam kandungan kembali normal, kelahiran vagina yang normal mungkin boleh berlaku.
Bagaimana Prosedur Untuk Memperbetulkan Kedudukan Bayi Songsang?

Jika para ibu mengalami keadaan kedudukan bayi dalam kandungan yang songsang, terdapat satu cara untuk membuatkan posisi bayi anda menjadi normal semula, iaitu dengan melakukan proseur External Cephalic Version (ECV).
ECV merupakan prosedur di mana doktor pakar akan memusingkan kedudukan bayi dalam kandungan daripada luar menggunakan tangan. Prosedur ini akan disyorkan ketika bayi dalam kandungan berusia 36-38 minggu dan ke atas.
Kebiasaannya, ia akan dilakukan di hospital dan keadaan bayi serta ibu akan dipantau rapi.
Perlu diketahui juga bahawa prosedur ini mempunyai kebarangkalian sebanyak 50% untuk berjaya. Dan jika prosedur membetulkan baby songsang dalam kandungan ini berjaya dan keadaan bayi normal, maka ibu hamil dibenarkan meneruskan kehamilan sehinggalah tiba waktu bersalin kelak.
Walau bagaimanapun, ada juga rawatan lain yang dipercayai boleh dilakukan iaitu penggunaan minyak pati. Sesetengah individu berjaya menggunakan minyak pati seperti pudina pada bahagian perut untuk merangsang bayi memusingkan kedudukan mereka sendiri di dalam kandungan. Tambahan pula, membalikkan badan mereka untuk menggalakkan bayi untuk membalikkan diri juga merupakan salah satu kaedah yang popular.
Ada juga ibu hamil yang menggunakan kaedah berbeza seperti menelangkupkan (tangan di bawah, kaki ke atas) diri mereka di dalam kolam renang, menyandarkan pinggul di atas bantal, bahkan ada juga yang menggunakan tangga untuk membantu menaikkan pelvis.
Risiko Bayi Songsang
Untuk pengetahuan ibu ayah di luar sana, secara amnya, kandungan baby songsang adalah tidak berbahaya sehinggalah tibanya waktu untuk melahirkan. Kedudukan bayi songsang mempunyai risiko tinggi untuk kepala bayi tersekat pada saluran peranakan.
Ia akan menyebabkan kandungan oksigen pada bayi mulai kekurangan kerana bayi tidak boleh bernafas dan bekala oksigen dari tali pusat juga akan berkurangan.
Oleh disebabkan itu, jika seseorang itu baru pertama kali melahirkan anak ataupun pernah memiliki sejarah pembedahan caesarean, kebiasaannya mereka tidak digalakkan untuk melahirkan bayi secara normal jika mengalami masalah kedudukan bayi songsang.
5 Jenis Senaman Untuk Membetulkan Kedudukan Bayi Songsang
Apakah jenis senaman yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengubah kedudukan bayi songsang ke normal? Semak senarai di bawah ya ibu!
#1. Berjalan
Senaman ini paling mudah untuk dilakukan malah selamat untuk ibu hamil. Berjalan sekurang-kurangnya 2 kali dengan tempoh masa 20-25 minit di trimester akhir kehamilan. Ini dapat meningkatkan peluang mengubah posisi bayi kepala ke bawah.
Ini adalah kerana semasa anda berjalan, kepala bayi yang merupakan bahagian terberat dari tubuh akan mulai turun ke bawah dan menempel si bahagian pinggul ibu. Jadi semakin kerap anda berjalan, ia akan mengurangkan risiko kedudukan bayi songsang.
#2. Merangkak
Jika bayi dalam kedudukan songsang, merangkak merupakan cara yang boleh ibu hamil lakukan bagi mengatasinya. Lakukan merangkak selama 10 minit setiap hari, ini membolehkan bayi bergerak dan membetulkan posisinya.
Jika anda risau perut luka, pastikan perut tidak menyentuh lantai semasa merangkak ya!
#3. Goyangkan Pinggul
Goyangkan pinggul anda seperti sedang melakukan tarian! Ini senaman yang selamat untuk ibu kerana tarian sebegini memang merupakan tarian sesuai untuk memudahkan kelahiran.
Memusingkan atau menggoyangkan pinggul memungkinkan lebih ruang untuk bayi mengubah kedudukan. Lakukan aktiviti ini sambil berdiri atau sambil duduk di atas bola senaman sebanyak 10 kali di setiap arah.
#4. Berbaring Di Lantai Dan Angkat Kaki
Senaman ini memerlukan anda berbaring di lantai dengan kaki diletakkan di kerusi atau sofa. Tubuh berada pada 45 darjah selama 15 minit, atau sehingga anda tidak selesa.
Bangun dan lakukan semula apabila anda berasa selesa semula!
#5. Berbaring Dan Angkat Sedikit Punggung
Cuba berbaring dengan mengangkat punggung, 3 kali selama 10 minit. Letakkan bantal di belakang pinggul dan lutut untuk mengelakkan anda berasa lenguh.
Cara Melahirkan Bayi Songsang

Pilihan yang selamat untuk melahirkan bayi dalam kedudukan songsang adalah kelahiran czer. Jika bayi dalam kandungan kekal berada pada posisi songsang ketika tarikh jangkaan bersalin (EDD) semakin hampir, doktor akan menjadualkan pembedahan czer untuk ibu.
Bagi kes yang melibatkan kehamilan songsang yang jarang berlaku, pembedahan czer mungkin tidak digalakkan atau sukar untuk digalakkan.
Sebagai contoh, jika proses kelahiran songsang berlaku terlalu cepat, maka kelahiran secara normal atau faraj mungkin satu-satunya pilihan yang selamat untuk ibu. Bagi kehamilan kembar pula, di mana seorang bayi menghadap ke bawah iaitu posisi normal bersalin, manakala kembar kedua pula songsang, sebaiknya kedua-dua bayi dilahirkan melalui faraj.
Apa jua proses kehamilan dan kelahiran yang bakal para ibu hadapi, ketahuilah bahawa setiap proses dan momen adalah unik dan bermakna buat seseorang itu. Jadi, jangan terlalu bimbang dan enjoy setiap momen ketika hamil, okay?
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sampai Hospital Check Jalan, Kaki Bayi Dah Keluar- Ibu Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal
Baca juga: Pengalaman Ibu Ini Buat Prosedur ECV “Pusingkan Bayi Songsang” & Bersalin FPP, Layanan 1st Class
Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!