9 Bulan 'Menyorok' Dalam Perut Ibu, Bayi Ajaib Akhirnya Munculkan Diri

9 Bulan 'Menyorok' Dalam Perut Ibu, Bayi Ajaib Akhirnya Munculkan Diri

Bayi yang dilahirkan secara pembedahan pada 19 Jun lalu tidak disedari kehadirannya kerana tersorok di sebalik dua ketumbuhan yang wujud dalam perut ibunya. 

Sungguhlah kata orang, rezeki dari Allah siapa yang tahu kan? Seperti keluarga dari Melaka ini, langsung tak terduga akan menerima kehadiran 'bayi ajaib' dalam keluarga mereka.

Bayi berkenaan yang dilahirkan secara pembedahan pada 19 Jun lalu langsung tidak disedari kehadirannya kerana tersorok di sebalik dua ketumbuhan yang wujud dalam perut ibunya. 

Ibunya langsung tidak menyedari dia hamil bayi berkenaan kerana menyangka kesakitan yang dialami selama ini adalah berpunca daripada ketumbuhan dalam perutnya.

Kehadiran 'bayi ajaib' akhirnya disedari keluarga

kehadiran bayi ajaib

Menurut Harian Metro, ibu bayi berkenaan, Sanisah Abu Bakar, langsung tidak menyedari hinggalah bayi perempuannya yang diberi nama Nur Iman Amani Widodo itu itu dilahirkan. 

Bapa kepada bayi itu Widodo Sinasim memaklumkan isterinya mengalami sakit perut yang tidak tertanggung pada hari kejadian.

Katanya, doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi langsung tidak mengesan ada bayi di dalam perut isterinya yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan. 

Ibu miliki 2 ketumbuhan besar

Doktor melakukan pembedahan dan mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram, tetapi terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perut wanita berkenaan.

Benar-benar ajaib. Mujurlah selamat anak itu!

Tak sedar mengandung? 

kehadiran bayi ajaib

Pelik tapi benar. Ada wanita yang memang tidak sedar dirinya mengandung. Ada yang kata mustahil tidak sedar, kerana apabila mengandung banyak perubahan akan berlaku pada diri. Tetapi itulah kenyataannya kerana memang wujud wanita yang tidak sedar mereka sedang hamil!

Ada pelbagai sebab yang menjadi faktor seseorang wanita itu tidak sedar mengenai kehamilannya!

#1. Kitaran haid tidak teratur

Ada wanita yang memang mempunyai masalah dalam kitaran haidnya. Ia atas pelbagai sebab mungkin ubat (seperti pil kawalan kelahiran atau ubat untuk epilepsi), obesiti atau masalah kesihatan seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS), diabetes yang tidak terkawal atau gangguan makan.

Jadi pada mereka ini datang haid lambat atau tidak datang langsung adalah perkara biasa. Jadi memang tidak pelik kalau mereka langsung tidak terfikr diri hamil jika tiada sebarang tanda atau perubahan

Boleh jadi mungkin juga kerana tidak mahu terlalu berharapkan? 

#2. Tiada gejala, tiada alahan

Ada wanita yang langsung tidak mengalami gejala hamil seperti paling ketara adalah muntah-muntah atau loya! Dia rasa biasa-biasa saja tanpa mengalami sebarang tanda atau alahan. 

#3. Tiada perubahan berat, atau terlalu sedikit

Tiada kenaikan berat yang ketara mungkin menjadi faktor mereka tidak sedar sedang hamil! Ada wanita yang ketika hamil beratnya langsung tidak naik, malah kekal slim pula!

Sekiranya dia memiliki badan yang agak gempal atau buncit, mungkin juga tidak menyedari perubahan kerana merasakan itu adalah dirinya yang biasa.

#4. Tidak rasa pergerakan bayi

Ada yang kata langsung tidak rasa pergerakan bayi. Basanya ibu-ibu akan mula merasakan bayinya menendang atau bergelut antara 18 hingga 20 minggu kehamilan. Tetapi jika plasenta berada di hadapan rahimnya, atau dikenali sebagai rahim terbalik, dia mungkin tidak merasakan pergerakan itu.

Adakah anda hamil?

kehadiran bayi ajaib

Biasanya ibu hamil akan tahu bahawa dia dalam fasa kehamilan seawal minggu ketiga. Ada juga yang tahu lebih awal. Jadi apakah tanda-tanda paling ketara yang mungkin anda alami jika anda hamil supaya anda tidak terlepas momen indah itu lebih-lebih lagi jika mengandung anak pertama!

#1. Lambat datang haid

Lambat datang haid tanda paling ketara yang ibu boleh kesan. Jadi monitor sentiasa haid anda. Tidak susah, sekarang ini pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk memantau haid anda. Jadi bila lambat seminggu atau dua minggu, mungkin boleh buat pemeriksaan menggunakan alat ujian kehamilan.

#2. Pendarahan ringan 

Ada wanita yang mengalami spotting dan menyangka ia permulaan untuk datang haid. Sebenarnya spotting juga salah satu tanda anda mungkin hamil. Ia terjadi apabila janin dalam proses melekat di dinding rahim .

#3. Kekejangan di perut

Apabila mengalami pendarahan ringan, anda juga akan merasa sedikit kejang di perut tetapi tidak terlalu sakit seperti senggugut.

#4. Payudara rasa bengkak dan besar

Perubahan pada saiz payudara adalah salah satu tanda anda hamil. Ketika ini ibu mungkin rasa payudara bengkak dan bra yang anda pakai sekarang mungkin rasa seperti ketat dan 'sesak'.

Sumber:hmetro, pa&ma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner