X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Lelaki Nikah Dua Kekasihnya, Kedua-Dua Mereka Adalah Sepupu Rapat & Diraikan Dalam Majlis Yang Sama

25 Jun, 2020
Lelaki Nikah Dua Kekasihnya, Kedua-Dua Mereka Adalah Sepupu Rapat & Diraikan Dalam Majlis Yang SamaLelaki Nikah Dua Kekasihnya, Kedua-Dua Mereka Adalah Sepupu Rapat & Diraikan Dalam Majlis Yang Sama

Dua wanita dari lombok yang juga sepupu rapat dikahwini serentak oleh seorang lelaki. Perkenalan mereka dengan suami hanya melalui perbualan telefon!

Sebut saja poligami atau kehidupan bermadu, pasti ramai wanita khususnya yang sudah bergelar isteri tak senang duduk dibuatnya. 

Manakan tidak, perlu berkongsi suami bukan perkara main-main, boleh jadi ‘berperang’ pula nanti!

Lain pula kisah di Lombok ini, dua wanita yang juga sepupu dikahwini serentak oleh seorang lelaki!

Kehidupan bermadu bersama sepupu rapat

Kehidupan bermadu

Walaupun ramai wanita terutama yang sudah bergelar isteri kecut perut bila dengar perkataan bermadu, tetapi hakikatnya kehidupan itu adalah salah satu terpuji dari segi agama.

Malah dalam Islam sendiri dibolehkan lelaki berkahwin empat jika dia mampu. 

Dengan hanya bermodalkan mas kahwin 4 juta rupiah (kira-kira RM1,208), lelaki itu mengahwini pasangan sepupu itu serentak dalam satu majlis!Pelik, tapi itulah yang berlaku.

Lombok Post melaporkan majlis pernikahan Saepul Bahri, 28, dengan kedua-dua isteri, Musitiawati, 23, dan Hairani, 23, berlangsung di Dusun Bakong, Dasan, Desa Lembar Kecamatan Lembar.

Difahamkan, Saepul mengambil keputusan mengahwini Musitiawati dan Hairani selepas menjalinkan hubungan selama tiga bulan dengan kedua-duanya.

Berkenalan hanya melalui perbualan telefon

Menariknya, kedua-dua wanita itu tidak pernah mengunjungi rumah Saepul, sebaliknya lelaki itu berkenalan dengan kedua-dua wanita berkenaan menerusi perbualan telefon sahaja.

Saepul turut memberitahu beliau tidak merancang untuk menikahi kedua-duanya, tetapi menyukai kedua-duanya. 

“Kedua-duanya pendiam dan pemalu. Kecantikan mereka buat saya terpikat.

“Saya tidak kisah mereka ada ikatan keluarga kerana suka kedua-duanya. Kebetulan mereka berjiran dan akrab satu sama lain,” katanya. 

Tips bahagia hidup bermadu

Masyarakat mungkin hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina dimadu dan tidak berdosa menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

Dia mesti menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Sendiri sudah pilihkan jadi lunaskan apa yang sepatutnya.

#1. Terima seadanya

Kehidupan bermadu

Kredit foto: Oh Bulan

Buat isteri pertama, ini mungkin ujian untuk anda, dan isteri kedua pula atau seterusnya, juga ujian buat anda. Terima seadanya ketentuan Ilahi, mungkin ada hikmahnya. 

Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan pasti boleh diterima. Malah isteri pertama akan lembut hatinya bahkan mungkin dia boleh menjadi kawan baik.

#2. Senangkan hati semua suami, dia akan menyenangkan hati anda

Kehidupan bermadu

Sebagai isteri, sudah menjadi kewajipan untuk anda menyenangkan hati suami. Sentiasa berusaha memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya.

Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati. Mungkin sukar buat permulaan, tetapi tidak salah untuk mencuba kan?

Stories Rakan Kongsi
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
The Five Pillars of Resilience – Why We Need Resilient Children Now
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Vitamins and supplements you need during pregnancy
Vitamins and supplements you need during pregnancy

#3. Minta pertolongan Allah

Setiasa berdoa kepada-Nya supaya diberikan kemudahan dan keberkatan dalam hidup berpoligami atau monogami.

#4. Minta pertolongan daripada orang yang berilmu

Minta pertolongan dari mereka yang berilmu dan boleh dipercayai keperibadiannya supaya mereka dapat memberikan nasihat dan teguran.

Beri keutamaan kepada mereka yang pernah berpoligami kerana mereka mampu menolong anda berdasarkan pengalaman sendiri.

#5. Elak prasangka

Tidak dapat dinafikan, hidup berpoligami memang tidak boleh berrenggang dengan prasangka. Tepapi jangan terlalu sering berprasangka.

Sebaiknya sentiasa meluahkan dengan pasangan ketidakpuasan hati dan minta suami menjadi orang tengah seandainya ada perkara yang menimbulkan rasa kurang enak dalam perhubungan.

#6. Sentiasa bersabar

Bagi yang tinggal serumah bersabar dengan kerenah madu anda kerana mereka manusia biasa. Jangan ada rasa iri hati atau cemburu kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bertolak ansur dapat menjernihkan kembali kebahagiaan.

#7. Sentiasa berlaku adil

Suami sebagai ketua keluarga mesti berlaku adil dalam semua perkara. Walaupun sukar, tetapi ia perlu dilakukan dengan sepenuh hati kerana jalan itu sudah anda pilih.

Jangan sehingga ada pasangan merasakan mereka kurang kasih sayang atau tidak diberikan nafkah zahir dengan sama rata. Rasa ketidakpuasan hati akan menyebabkan perbalahan berlaku.

Sumber: Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkahwin-kerana-harta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Lelaki Nikah Dua Kekasihnya, Kedua-Dua Mereka Adalah Sepupu Rapat & Diraikan Dalam Majlis Yang Sama
Kongsikan:
  • Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

    Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

  • Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

    Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

    Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

  • Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

    Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

  • Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

    Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.