TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Ini Hilang Ovari & Rahim Lepas IUD Yang Dipakainya Bergerak Ke Perut!

4 min bacaan
Ibu Ini Hilang Ovari & Rahim Lepas IUD Yang Dipakainya Bergerak Ke Perut!

Akibat memakai IUD terlalu awal, wanita ini kehilangan ovari, uterus dan jari kaki hingga dia hilang keupayaan untuk kembali bekerja dan melakukan aktiviti seharian!

Seorang wanita berumur 25 tahun baru-baru ini telah kehilangan ovari, uterus dan jari kaki selepas mendapati perancang kehamilan (IUD) yang dipakai bergerak ke bahagian perut dan hati. 

Wanita tersebut yang bernama Tanai Smith berkongsi pengalamannya itu dan mengatakan, kadang-kadang perkara yang tidak dijangka boleh berlaku dalam hidup seseorang, hingga mempersoalkan adakah ia adil atau tidak. Namun ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada insiden tersebut. 

Smith berkata dia ditawarkan alat pencegah kehamilan selepas enam minggu melahirkan bayi perempuannya pada 2014. Menurut wanita berkenaan, alat tersebut dapat berfungsi selama lima tahun. 

Akan tetapi, semasa dia melakukan pemeriksaan tahunan dengan pakar sakit puan pada Oktober 2017, dia diberitahu bahawa doktor tidak dapat mengesan alat IUD tersebut dan terpaksa melakukan dua kali ultrasound. 

Kehilangan ovari dan diagnosis dengan kanser 

kehilangan ovari, kehilangan ibu jari kaki, kehilangan uterus, uterus, masalah uterus, masalah ovari, ovari ibu hamil, uterus ibu hamil, IUD, masalah pakai IUD, pakai IUD, pasang IUD, alat pencegah kehamilan, alat cegah hamil, alat cegah mengandung

“Pada awal bulan November ketika sedang bekerja, saya mula mengalami rasa sakit yang sangat tajam di sebelah kanan bawah perut dan perkara pertama yang muncul di kepala ketika itu adakah ia kerana IUD tersebut? 

Apabila keadaan bertambah teruk, Smith segera ke hospital bahagian kecemasan dan apabila mendapat keputusan X-Ray, doktor mendapati IUD tersebut telah tergulung di dalam perutnya. 

Lantas dengan itu, Smith terus memberitahu doktor tentang apa yang berlaku dan dia perlu menjalani pembedahan segera bagi mengeluarkan IUD tersebut dengan cara melakukan pembedahan di bawah perut dan mengunakan skop. 

Apabila selesai melakukan pembedahan itu, dia menyedari perutnya dipotong tiga kali dan turut diberitahu yang IUD telah pecah dan menular ke bahagian hati.

Kemudian dia dibenarkan keluar dari hospital meskipun mengalami pendarahan tetapi terpaksa bergegas kembali ke hospital semula pada malamnya.

” Tak cukup dengan itu, saya juga mengalami kejutan septik yang menyebabkan saya berada di ICU selama beberapa minggu. Malah, organ dalaman juga mula mengalami kegagalan dan diletakkan di atas alat ventilator”, katanya. 

Wanita kehilangan ovari, beliau tidak sedar apa yang berlaku 

kehilangan ovari, kehilangan ibu jari kaki, kehilangan uterus, uterus, masalah uterus, masalah ovari, ovari ibu hamil, uterus ibu hamil, IUD, masalah pakai IUD, pakai IUD, pasang IUD, alat pencegah kehamilan, alat cegah hamil, alat cegah mengandung

Smith juga menulis dalam sebuah esei yang diterbitkan oleh Kesihatan Wanita mengatakan dia merasakan nyawanya berada di hujung tanduk dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku. 

Dia turut berkata dirinya terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya dalam beberapa minggu kerana tidak mahu peralatan perubatan itu menakutkannya malah dia juga hilang deria rasa di bahagian tangan dan kaki. 

Pada minggu ketiga di hospital, deria rasa mula kembali semula di bahagian tangan manakala kaki pula mengalami kematian tisu akibat kehilangan aliran darah. 

Pada 2 Februari, hampir dua bulan selepas pembedahan pertama akhirnya prognosis dilepaskan.  Malangnya, jari kaki Smith terpaksa dipotong pada awal Mei dan tidak dapat melakukan pekerjaan sambilannya lagi. 

Doktor juga memberitahu Smith, ia berlaku kerana sama ada IUD itu dimasukkan terlalu awal selepas bersalin dan rahim menolak atau otot yang mengetat pada setiap kitaran haid yang memaksa peranti pencegah kehamilan itu naik sampai ke bahagian perut. 

Mungkin kes seperti ini jarang berlaku, namun sebagai wanita, anda haruslah mengetahui semua info sebelum mengamalkan sebarang perancang keluarga yang sesuai dengan anda. 

Lambakan kaedah perancang keluarga di Malaysia kini semakin memudahkan kerja wanita untuk memilih mana yang sesuai untuk anda.

Siapa yang tidak digalakkan untuk mengambil IUD? 

  • Wanita yang mengalami jangkitan kuman di bahagian alat kelamin
  • Pernah mengalami kehamilan luar rahim.
  • Sedang mengandung.
  • Mengalami kanser rahim atau serviks
  • Pendarahan faraj yang tidak normal
  • Alah kepada tembaga (cooper allergy) 

Risiko komplikasi dari IUD 

IUD jarang memberi masalah serius namun komplikasi seperti berikut ini mungkin boleh berlaku: 

  • Jangkitan kuman bakteria dalam rahim
  • Tembus dinding rahim
  • Kehamilan di luar rahim

Kesan-kesan sampingan

Kesan sampingan ini hanyalah kemungkinan sahaja. Ia bukan untuk menakutkan anda kerana ada wanita yang memakai IUD berkesan sehingga kini, tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.

Antara kemungkinan tersebut seperti:

  • Aliran haid mungkin lebih banyak dan lama
  • Mengalami senggugut dan sakit belakang
  • Mengalami keputihan faraj lebih banyak dari biasa
  • Mengalami pendarahan faraj kecil di tengah bulan
  • Mungkin mengalami pendarahan selepas hubungan seks 

Walaubagaimanapun alat perancang IUD yang telah ditanam tidak semestinya berubah kedudukan dan mencetuskan bahaya. Namun, jangan memandang remeh tentang risiko yang mungkin berlaku. 

Semoga Smith tetap cekal dan tabah dengan apa yang berlaku dan tahap kesihatannya kembali pulih seperti sediakala. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Fox News, Alam Hamil

Baca juga:

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

 

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu Ini Hilang Ovari & Rahim Lepas IUD Yang Dipakainya Bergerak Ke Perut!
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham