Info Penting Mengenai Perkembangan Bayi, Ibu Ayah Baru WAJIB Alert 5 Perkara Ini!

Tahap perkembangan bayi perlu seiring dengan peningkatan usia mereka. Namun jika anda mendapati ia sedikit terlambat, adakah ibu ayah perlu berasa risau?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelahiran bayi tercinta adalah perkara yang amat dinanti-nantikan bagi setiap pasangan berkahwin. Pastinya pelbagai persiapan diri dilakukan bagi menyambut ‘orang baru’ dalam keluarga. Selain perlu mendalami ilmu pengurusan anak kecil, anda juga hendaklah mengetahui ada beberapa tahap perkembangan bayi yang normal.

Dalam menjalankan tugas membesarkan anak, pasti ibu ayah berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka. 

Tahap perkembangan bayi yang perlu ibu ayah ketahui

Kadang-kadang, anda pernah mengalami situasi keliru untuk mengikuti cara tradisional ataupun moden dalam proses membesarkan anak selepas kelahiran bayi.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai mitos dan pantang larang mengenai ilmu keibubapaan sedikit sebanyak menjadi penghalang untuk anda membesarkan bayi dengan baik.

Namun, mengikut perkongsian dari ahli terapi Cara Kerja, Maryam Jamadi, telah menyenaraikan beberapa fakta menarik yang tidak ramai ibu bapa tahu dalam pasca kelahiran bayi.

#1. Tahap perkembangan bayi: Tidak sempat merangkak

credit to sources

Sekiranya anda mendapati kelahiran bayi tidak sempat merangkak dan terus boleh berjalan, jangan khuatir kerana tiada kajian yang membuktikan bahawa skip merangkak boleh menjejaskan tahap IQ si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya bayi yang tidak sempat merangkak ini boleh membesar dengan baik, namun bagi sesetengah bayi akan menghadapi kesukaran dalam kemahiran motor halus seperti cara duduk atas kerusi dan memegang pensil.

Dalam hal ini, ada juga kes anak mengalami masalah menulis dan membaca kerana masalah dalaman untuk menghubungkan otak kiri dan kanan.

Ibu ayah perlu memberikan galakan dan sokongan untuk anak merangkak terlebih dahulu sebelum boleh berjalan.

Mengikut kajian hubungan antara fasa merangkak dan tahap IQ anak mendapati bahawa bayi yang merangkak dalam tempoh yang lama memiliki tahap kecerdasan otak yang lebih tinggi berbanding dengan bayi yang kurang merangkak.

#2. Pemakaian sarung tangan & stokin bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda dikelilingi dengan orang yang merisaukan bahawa jika anda tidak memakaikan bayi akan menyebabkan anak mudah masuk angin?

Dalam hal ini, kawasan yang sememangnya mudah terpengaruh dengan suhu sekitar adalah anggota kaki dan tangan. Kelahiran bayi yang baru sehingga usia sebulan perlu dipakaikan stoking dan sarung tangan bagi melindungi muka tercakar semasa tidur.

Pada usia ini juga, bayi masih berhadapan untuk untuk mengawal suhu badan sendiri dengan persekitarannya.

Namun, jika anak sudah mencapai usia sebulan lebih, ibu ayah tidak perlu lagi memakaikan stokin dan sarung tangan sepanjang masa kerana:

#1. Anda perlu menggalakkan deria sentuhan bayi untuk memegang pelbagai objek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bayi hendaklah diajar untuk memasukkan tangannya atau objek ke dalam mulut bagi merangsang deria rasa

#3. Bayi perlu mencapai barang sewal yang boleh menggunakan jari jemari mereka.

Pastikan anda dan bayi sama-sama habis ‘’berpantang’’ kaki dan tangan bagi mendorong perkembangan si manja yang sihat.

#3. Tahap perkembangan bayi: Lambat berjalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sekiranya pada usia bayi anda 11 bulan dan dia masih belum boleh berjalan, berikan sedikit masa untuk anak belajar.

Abaikan cakap-cakap orang lain yang membandingkan anak mereka dengan anak anda yang sudah boleh berjalan biarpun baru usia 9 bulan.

Secara umumnya, purata bayi pandai berjalan adalah pada umur 13 bulan.

Mengikut kajian terhadap 200 orang bayi yang baru lahir sehingga 18 bulan mendapati bahawa bayi yang boleh berjalan cepat atau perkembangan motor kasarnya yang cepatmencapai purata skor IQ yang sama sahaja dengan bayi yang lambat berjalan.

Ringkasnya, tiada kaitan langsung mengenai perkembangan motor kasar dengan perkembangan minda bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jika anda mendapati setelah usia anak mencapai 18 bulan dan masih belum pandai berjalan, segera dapatkan pemeriksaan dari doktor pakar kanak-kanak.

#4. Fakta bayi boleh menonton televisyen

Bagi ibu ayah, anak akan duduk diam sekiranya ditinggalkan di hadapan televisien kerana menganggap bayi menikmati tontonan tv sepertimana orang dewasa.

Sebenarnya bayi tidak pandai menonton, tetapi lebih gemar melihat pergerakan, bunyi dan cahaya kerana bayi usia dua bulan tidak dapat memahami mesej yang disampaikan oleh tv ataupun gajet.

Apa yang memburukkan keadaan adalah kajian mendapati bahawa bayi yang berusia 18 bulan terdedah dengan tv dan gajet setiap 30 minit, berisiko meningkatkan 49% masalah lambat bercakap.

#5. Bayi cerewet memilih makanan

credit to sources

Sekiranya anda mendapati bayi anda tidak serasi dengan makanan pejal yang disediakan, ia bukanlah salah ibu ayah.

Dalam hal ini, sebenarnya didorong oleh sensory processing disorder iaitu kecelaruan sensori untuk merasai tesktur, bau, rasa dan suhu makanan.

Bukan itu sahaja, faktor genetik juga menyebabkan anak memilih makanan untuk dimakan.

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibubapa.

Ibu ayah perlu membantu dalam proses melatih dan mendidik bayi mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap umur bayi kerana setiap anak kebiasaannya memiliki proses perkembangan yang berbeza.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Rangsangan Pada Bayi TERBUKTI Berkesan Untuk Perkembangan Otak & Minda

Baca juga: Jenis Aktiviti Yang Membantu Perkembangan Fizikal Bayi Dari Usia 0 Hingga 6 Bulan

Baca juga: Bayi Masukkan Kaki Dalam Mulut Bukan Petanda Nak Adik, Tapi Ia Perkembangan Yang Sangat Bagus!