Lumrah dalam kehidupan berumah tangga tentunya menginginkan kebahagiaan ketika menjalani hubungan suami isteri dan merasai kelebihan air mani yang dimiliki oleh pasangan.
Oleh hal demikian, anda dan suami perlu sama-sama memberikan layanan terbaik ketika melayari kenikmatan hubungan seks kerana ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada anda.
Tabiat menelan air mani dikatakan khasiat yang terkandung di dalamnya mampu membuatkan anda ”tersenyum sampai ke telinga”.
Kelebihan air mani lelaki
credit to sources
Bagi sesetengah pasangan, tabiat menelan air mani suami adalah sesuatu yang normal bagi meningkatkan keseronokan ketika melakukan hubungan persetubuhan.
Namun bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasti timbul sedikit keraguan dengan persoalan adakah perbuatan menelan air mani ini selamat.
Secara umumnya, menikmati air mani dikatakan selamat kerana tidak memberikan risiko yang negatif kerana ia memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Bukan itu sahaja, menurut beberapa kajian yang telah diterbitkan dalam laman sesawang Psychology Today, kelebihan air mani lelaki mengandungi pelbagai nutrisi yang boleh diserap masuk ke aliran darah individu sama ada ditelan atau dimasukkan dalam rongga badan.
Antara kandungan zat yang terdapat dalam air mani ialah:
- Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: berfungsi meningkatkan mood seseorang
- Hormon perangsang folikel dan luteinizing: menghilangkan stres dan menggalakkan ovulasi
- Imunosupresan: menghalang sistem imun tubuh badan wanita dari membunuh sperma
- Kortisol berfungsi untuk mengurangkan tekanan
- Melatonin: memudahkan individu untuk tidur
Tabiat seks oral atau penetrasi sekaligus membantu untuk merawat keadaan kesihatan isteri seperti mudah tertekan atau mengalami kemurungan.
Air mani lelaki turut memberikan manfaat yang lain untuk kesihatan tubuh. Antaranya termasuklah:
#1. Melambatkan proses penuaan
foto: thebeautydiaries
Pengalaman orang yang telah lama berkahwin ada mengatakan bahawa kerap menyapu air mani lelaki ke seluruh wajah adalah rahsia kulit menjadi awet muda.
Meskipun ia kedengaran sedikit kelakar dan menggelikan, namun ia mungkin berkesan kerana di dalam air mani suami mengandungi lebih 200 jenis protein, vitamin dan mineral dan zink.
Manfaat nutrisi ini sekaligus menjadikan kelebihan air mani sebagai agen antioksidan yang membantu menghalang proses penuaan pada wajah anda yang membuatkan anda kelihatan muda remaja sentiasa.
#2. Mencegah penyakit kanser
Selain itu, penyerapan air mani setelah ejakulasi melalui dinding faraj dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.
Hal ini ni kerana dalam air mani lelaki mengandungi bahan yang boleh melawan kanser seperti glikoprotein dan selenium.
Bukan itu sahaja menurut The Journal of American Medical Association mendedahkan kekerapan ejakulasi sperma mampu mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
Sekiranya suami kerap mengeluarkan air mani, risiko mereka untuk menghidapi kanser prostat pada kemudian hari adalah sangat rendah.
#3. Menurunkan tekanan darah
Khasiat air mani yang seterusnya adalah mampu menurunkan tekanan darah bagi wanita yang mengambil air mani secara seks oral atau penetrasi.
Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang menyatakan ia mampu merendahkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing ketika hamil)
Namun, ia adalah sekadar penelitian awal dan masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar membuktikan kesahihannya.
Jadi, anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor bagi memastikan tekanan darah sentiasa berada di tahap yang terkawal.
#4. Menyihatkan rambut
kredit foto: Bukanaku
Air mani suami bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalaman, tetapi juga kesihatan luaran. Ia dikatakan mampu menyuburkan rambut sekiranya anda menjadikan air mani sebagai pengganti syampu
Air mani mengandungi banyak protein yang boleh melengkapkan protein dalam molekul rambut. Rambut boleh menjadi sihat dan berseri,
#5. Mencegah gigi rosak
Sperma lelaki yang mengandungi beberapa vitamin seperti zink dan kalsium boleh membantu mencegah kerosakan pada gigi anda.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak perlu memberus gigi menggunakan ubat gigi.
Dalam hal ini, air mani suami hanya membantu mencegah kerosakan gigi bukan dapat mengatasi masalah gigi rosak yang sedia ada.
#6. Mengelakkan morning sickness
Menurut ahli psikologi SUNY-Albany, Gordon Gallup, menelan air mani suami ketika anda mengandung boleh membantu menyembuhkan alahan dan loya tekak.
Gordon mendapati bahawa air mani seorang ayah boleh membina toleransi dan kasih sayang kepada bayi yang berada di dalam perut ibu.
Jadi secara semulajadi akan mengurangkan alahan hamil kerana telah mewujudkan mood yang baik.
#7. Membantu tidur dengan lebih baik
Sperma sebenarnya mengandungi melatonin yang merupakan bahan kimia yang menyebabkan tidur dan rasa yang tenang. Ia sama ada anda menelan air mani atau mendapatkannya melalui hubungan seks, sperma akan memasuki aliran darah anda yang sekaligus menjadikan tidur anda lebih baik.
Sumber: Hello Sehat, gaya tempo
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!