X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Pedih Bila Buang Air Kecil Tandanya!

3 min bacaan
Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Pedih Bila Buang Air Kecil Tandanya!

Kencing kotor ketika hamil sering menjadi masalah kepada sesetengah ibu. Bagi yang pertama kali mengalaminya, anda tentu berasa sangat risau

Adakah anda mengalami penyakit kencing kotor ketika hamil? Penyakit ini boleh menjangkiti hampir 10% wanita hamil tetapi ia bukanlah satu penyakit yang berbahaya. Ianya berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh dan organ perkumuhan seperti ginjal, pundi kencing, ureter dan uretra. 

Walaupun, penyakit ini tidak mengundang kemudaratan tetapi adalah lebih sekiranya ia dirawat dengan segera terutamanya bagi ibu yang hamil. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kencing kotor ketika hamil dan tanda-tandanya
  • Punca kencing kotor berlaku
  • Cara pencegahan kencing kotor

Kencing kotor ketika hamil dan tanda-tandanya

tanda-tanda kencing kotor ketika hamil

Ini adalah antara tanda-tanda yang anda perlu perhatikan sekiranya anda merasa anda mendapat kencing kotor.

  • Air kencing berbau atau keruh
  • Kerap kencing berbanding biasa atau kencing tak lawas
  • Tidak boleh kawal kencing dan sukar buang air kencing
  • Sakit sewaktu hendak membuang air kencing
  • Keputihan berbau
  • Demam, loya, muntah
  • Warna air kencing keruh

Perhatikan tanda-tanda sekiranya anda mendapat tanda-tanda diatas disusuli dengan demam, loya atau muntah. Sila buat pemeriksaan dengan segera. Doktor akan mengesyorkan untuk anda membuat ujian air kencing bagi mengesan kencing kotor.

Punca kencing kotor berlaku dalam kalangan wanita hamil

kencing kotor ketika hamil

#1. Wanita kebiasaannya mempunyai saluran urethra yang lebih pendek

Tidak seperti lelaki, wanita mempunyai saluran urethra yang jauh lebih pendek dan hampir dekat dengan lubang dubur dan kemaluan membolehkan kuman merebak dengan jauh lebih cepat.  

#2. Peningkatan hormon yang tinggi

Tahap hormon dalam tubuh boleh meningkat sewaktu hamil. Ini menyebabkan pundi kencing dan salur kencing bertambah lemah dan melambatkan pengaliran air kencing.

#3. Perubahan pada salur kencing

Rahim yang semakin membesar akan menyebabkan pundi kencing terhimpit dan aliran air kencing menjadi perlahan.

Sebab itulah, wanita hamil mengalami kesukaran untuk membuang air kecil disebabkan otot pundi kencing yang menjadi lemah. Kuman juga mudah membiak disebabkan air kencing tidak dapat ditapis dan dikeluarkan sepenuhnya.

Cara mengatasi kencing kotor ketika hamil

cara elakkan kencing kotor ketika hamil

  • Jangan tahan kencing
  • Pakai seluar dalam daripada bahan yang selesa dan boleh menyerap peluh seperti kapas
  • Tukar seluar dalam dengan keram
  • Jangan gunakan sebarang pewangi, semburan atau sabun pada kemaluan
  • Pastikan anda minum air kosong yang cukup

Implikasi kepada wanita hamil dan kandungan?

Walaupn penyakit ini tidak memudaratkan bagi orang biasa, tetapi wanita hamil yang mengalami masalah kencing kotor berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang yang dinamakan pyelonephritis.

Kesannya ialah, ia mampu merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian bagi si ibu.

Malah, bukan kepada ibu sahaja bayi yang dikandung juga akan turut mendapat risiko kelahiran awal dan berat badan yang rendah. Apa yang penting adalah si ibu harus pastikan untuk sentiasa memerhatikan tanda-tanda sewaktu kencing sekiranya ada. Dan segera berjumpa doktor sebelum terlambat.

Tips Mudah Hamil

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Mengandung, Ini Senarai Makanan Perlu Dielak

Baca Juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!


Baca Juga: 
Bila Buang Air Kecil Anak Mesti Menangis & Sakit Pada Kemaluan, Dia Mungkin Kena Kencing Kotor!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Pedih Bila Buang Air Kecil Tandanya!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham