Hati-hati dengan kencing manis pada bayi semasa anda mengandung

lead image

Jika anda hamil, pasti anda akan mengambil ujian kencing manis di mana anda perlu minum air gula kan? Ini adalah untuk mengelakkan kencing manis pada bayi.

Apa itu kencing manis pada bayi?

Tahukah anda yang kencing manis pada bayi juga boleh berlaku sejak dalam kandungan?

Kencing manis pada bayi boleh disebabkan oleh faktor keturunan dari ibu bapa mahupun atuk atau nenek. Untuk mengelakkan ini berlaku, anda perlu mengamalkan diet khas sepanjang kehamilan.

Kencing manis adalah apabila tubuh badan tidak boleh memproses gula dalam dadah dengan baik. Menurut The Bumb, kencing manis ada dua jenis iaitu tahap 1 dan 2.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/180603120500234.jpg Hati hati dengan kencing manis pada bayi semasa anda mengandung

Kencing manis tahap 1 biasanya dipanggil juvenile diabetes, ia adalah jenis kencing manis pada bayi dan remaja.

Penyakit kencing manis yang boleh menjadi pembunuh ini juga boleh dihidapi dari cara amalan gaya hidup dan pemakanan.

Cegah kencing manis pada bayi

Dr. Mulyani Anny Suryani, pakar di Hospital Siloam, Jakarta menerangkan, bagi ibu yang mempunyai gen kencing manis dalam tubuh badan, lebih baik anda mencegah kemungkinan kencing manis dalam kandungan.

Anda perlu menjaga corak pemakanan sepanjang kehamilan dengan mengurangkan makanan tinggi kandungan gula supaya kencing manis pada bayi dapat dielak.

Dr. Mulyani juga mengingatkan, ini bukan bermaksud anda perlu terus menghindari nasi sepenuhnya kerana bayi juga memerlukan kandungan gula.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/shutterstock 115348375.jpg Hati hati dengan kencing manis pada bayi semasa anda mengandung

Ketika hamil, kadar gula dalam darah perlu diperiksa setiap kali pemeriksaan rutin, terutamanya pada ibu yang memiliki gen kencing manis.

Di beberapa hospital, bayi baru lahir akan terus diperiksa kadar gulanya supaya dapat mengenalpasti kencing manis pada bayi sejak dari awal.

Pemeriksaan rutin ini perlu kerana ibu yang mengandung seringkali tidak menyedari berapa banyak kandungan gula pada makanan dan minuman yang telah mereka ambil.

Sedangkan, maksimum pengambilan gula sehari hanya 50 gram sahaja.

Menjaga corak makanan sahaja tidak mencukupi. Jika anda berpotensi untuk mendapat kencing manis, anda perlu banyak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk melawan kencing manis.

Semoga semuanya baik-baik saja pada anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga

4 cara yang penting untuk mengurangkan risiko lahir anak pramatang