Fenomena cari kerja dari rumah ini sebenarnya sudah popular dan digunapakai sejak bertahun lamanya di negara moden yang menganggap kerja part time boleh menambah pendapatan pada keluarga.
Malah ada juga kerja dari rumah yang memberi income lumayan hingga suri rumah dapat membeli rumah mewah, naik kereta idaman, melancong ke luar negara setiap bulan dan sebagainya.
Kerja part time untuk kaum ibu
Jadi kalau anda rasa nak bertukar mood bekerja dari pejabat ke rumah, bolehlah cuba cari kerja melibatkan beberapa bidang yang kami senaraikan ini.
#1 Jadi VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent Malaysia
Kalau anda ada free time sambil bekerja di rumah itu, apa kata anda mohon jadi VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent Malaysia. Di sini, ada banyak manfaat yang boleh diperoleh!
Berikut antara kelebihan menjadi ahli VIP Mum dalam aplikasi ini.
- Mendapat peluang untuk mengulas tentang produk dan mendapat bayaran untuk setiap ulasan.
- Mendapat akses untuk ganjaran eksklusif yang tidak ditawarkan kepada ahli komuniti yang lain.
Kriteria pula jika anda berminat untuk jadi sebahagian dari VIP Mum:
- Jika anda merupakan seorang ibu atau sedang mengandungkan bayi.
- Mempunyai 1,000 atau lebih followers di Facebook mahupun Instagram. Jika mempunyai blog sendiri adalah satu kelebihan yang kami mahukan!
- Selain itu, anda juga perlu bersedia post tajaan dari TAP di platform media sosial anda.
- Anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada program kesetiaan, ganjaran, keahlian yang dianjurkan oleh komuniti atau platform keibubapaan yang lain.
#2. Data Entry (Masukkan data)
Untuk kerja part time di rumah ini, anda perlu memiliki sebuah komputer riba supaya memudahkan kerja masukkan data sebarapa banyak yang mungkin.
Biasanya syarikat telekomunikasi, insurans dan sebagainya menawarkan banyak kerja data entry kerana ia melibatkan banyak data pengguna. Bayaran gaji biasanya dibuat setiap bulan mengikut banyak mana kerja yang anda buat.
#3. Transcribe/ translator (Salin semula dokumen)
Kerja part time di rumah yang seterusnya adalah transcribe atau translator.
Tugas sebagai transcribe ini pula adalah menyalin semula dokumen atau audio dalam bentuk teks. Kemudian anda perlu juga betulkan dari segi tatabahasa, ejaan, penggunaan kata imbuhan dan sebagainya.
Manakala itu bagi translator atau penterjemah, anda perlu mahir dalam beberapa bahasa terutamanya penguasaan tatabahasa.
Misalnya syarikat multinasional sering kali menggunakan penterjemah yang boleh mentafsirkan semula segala dokumen dari bahasa ibunda mereka ke dalam bahasa lain mengikut negara yang mereka ada pejabat di sana.
#4. Penulis
Bagi yang ada bakat menulis, anda boleh juga menjadi penulis di rumah sama ada kerja sambilan di rumah dengan mana-mana syarikat atau menulis dalam blog persendirian.
Kerja online ini memerlukan idea yang menarik bagi mendapatkan lebih ramai audiens. Biasanya pendapatan diperoleh hasil dari iklan, review produk dan sebagainya.
#5. Dropship
Sekarang, ramai suri rumah memilih kerja sambilan di rumah dengan menjadi dropship. Mudahnya adalah kerana anda hanya perlu mengiklankan produk jualan syarikat melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
Apapun anda perlu bijak dalam bidang pemasaran dan komunikasi yang pasti membuatkan jualan laris setiap bulan.
Antara kategori barangan dropship yang boleh dikatakan popular seperti makanan, pakaian, alat kecantikan, produk bayi dan sebagainya.
#6. Upah jahit pakaian
Kerja sambilan di rumah yang memberikan pulangan masyuk adalah menjadi tukang jahit.
Perniagaan upah jahit pakaian ini biasanya laris semasa musim perayaan dan persekolahan di mana anda boleh menjana pendapatan dengan berlipat ganda di waktu ini.
Kalau hari-hari biasa boleh juga ambil upah outer seluar jeans, labuhkan pakaian, repair zip seluar dan sebagainya.
#7. Menjadi tukang masak dan kongsi resepi dalam internet
Dalam dunia serba moden dengan internet ini, macam-macam cara yang anda boleh buat untuk mendapatkan duit.
Salah satunya adalah dengan cari kerja sebagai tukang masak dalam laman sosial seperti Facebook, kemudian boleh kongsi resepi menarik anda di situ.
Dalam masa yang sama, anda boleh ambil order daripada orang-orang yang mahu rasai keenakan masakan anda.
Pekerjaan ini paling best untuk anda yang suka memasak dan selalu cuba resepi baru!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Tak Bekerja Sering Dipandang Rendah, Sebab Itu Isteri Sekarang Tak Berani Berhenti Kerja
Baca juga: Tips Cari Kerja Kena Sesuai Dengan Kelayakan, Paling Penting Jangan Terlalu Memilih!
Baca juga: 7 Kali Pergi Interview Kerja, Sekali Dapat Offer Suami Tak Sanggup Tinggalkan Isteri & Anak-Anak