Kerja Online Dari Rumah, 8 Jenis Kerjaya Freelancer Ini Sesuai Untuk Suri Rumah Jana Pendapatan

Kerja online dari rumah dapat membolehkan suri rumah menjana pendapatan sendiri tanpa perlu masuk pejabat dan terikat dengan masa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas gelombang pandemik, rata-rata suami isteri berusaha mengurangkan kos belanja keluarga dan memberi fokus untuk menjana pendapatan. Bagi suri rumah, anda tentu sahaja berat hati untuk meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh memandangkan yuranan bulanannya agak mahal. Justeru apa kata semak beberapa kerja online dari rumah ini kerana anda tidak perlu masuk pejabat dan terikat dengan masa.

Meskipun 'jawatan' suri rumah pada hari ini sering diperlekehkan oleh segelintir masyarakat, namun sebenarnya ramai suri rumah memiliki ijazah, diploma, STPM dan pelbagai lagi sijil kemahiran.

Mereka memilih untuk menjadi surirumah sebenarnya mahu melihat anak membesar depan mata dan juga pilihan diri sendiri untuk berhenti dari kerja hakiki.

Senarai kerja online dari rumah bagi membolehkan kaum ibu menjana pendapatan sendiri

Tak semua orang yang tahu berniaga, bila dah berniaga, akan rasa untung dan rugi. Bukan itu sahaja ada juga yang tak minat langsung dengan berniaga produk fizikal.

Justeru, seorang ibu Faten Asnida Binti Rashidi ingin mengajak semua suri rumah yang mempunyai kelebihan dalam pelbagai kemahiran untuk jana pendapatan melalui skop kerjaya freelancer.

Kerjaya ini anda tidak akan terikat dengan pihak ketiga. Ibu-ibu sendiri boleh menetapkan waktu, masa dan bayaran yang anda inginkan. Anda lah bos untuk diri anda. Memang sesuai dengan surirumah yang inginkan kerja online dari rumah sambil melihat anak membesar depan mata.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda kerjaya freelancer yang sedikit banyak boleh membantu surirumah di luar sana.

1. Virtual Assistant (Pembantu Alam Maya)

Skop kerja lebih kurang sama dengan PA juga. Uruskan kerja admin, data entry,dan tugas pejabat. Tugas anda membantu memudahkan uruskan client.

Tapi bezanya, anda membantu client tanpa pergi ke pejabat hanya melalui virtual iaitu zoom. Anda tidak akan berjumpa secara langsung dengan client anda. Menarik kan?

2. Graphic Designer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara paling banyak demand dalam bidang freelancer dan kerja online dari rumah. Rugi siapa yang ada skill design tapi tidak tahu hendak kembangkan dekat saluran mana.

Sekarang ini, ramai usahawan mencari freelance graphic designer untuk perniagaan mereka bagi memperoleh idea baru. Fun fact, bayaran untuk tugas ini dikatakan paling tinggi!

3. Tutor online

Anda minat mengajar tapi memandangkan sukar untuk keluar rumah dengan anak yang masih kecil, apakata cuba untuk menjadi tutor online. Inilah masa anda mengajar secara online dan buat duit dari rumah.

4. Pengurus Media Sosial

Kerjaya yang dikatakan telah menjadi trending sekarang. Menguruskan media sosial client tidak kira di Fb atau Instagram. Sebenarnya banyak syarikat yang memerlukan seseorang untuk ‘menjaga’ akaun media sosial perniagaan mereka. Dapat collaborate dengan company besar, payment pun masyuk!

5. Penterjemah (Translator)/ Subtitler

Kalau anda ada kemahiran dalam bahasa lain, ia menjadi satu kelebihan untuk anda. Sekarang pun ramai company yang mencari translator bahasa asing. Antara skop kerja translator ini ialah menterjemahkan kertas kerja pengajian bahasa asing, penterjemah untuk stesen TV dan sebagainya.

6. Freelance Writer

Bidang penulisan sebenarnya banyak peluang yang ada, tinggal kita nak cari sahaja. Antara skop freelance writer ini adalah content writer, copy writer, menulis ebook, menulis di blog, membuat proposal dan surat.

Kerjaya ini juga dikatakan boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka. Siapa sangka dengan menulis dari rumah sahaja anda boleh menjana pendapatan sebanyak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dapat client dari syurga, memang terus ikat kontrak jadi permanent writer mereka.

7. Perkhidmatan Pelanggan

Adakah anda mempunyai pengalaman dalam bidang ini? Jika ya, anda boleh memohon dan segala selok belok kerja hanya dilakukan dari rumah sahaja.

Jika tiada pengalaman, jangan risau kerana kebanyakan majikan akan melakukan latihan sebelum anda memulakan tugas.

8. Product Review (Influencer)

Jika anda mempunyai ramai pengikut (followers) di media sosial, ini adalah suatu kelebihan pada masa kini. Pengguna media sosial amat suka melihat gambar dan video yang menarik. Untuk kerjaya ini, anda hanya perlu memuat naik beberapa keping gambar mahupun video pendek bagi menjelaskan mengenai produk client.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Artikel ini ditulis oleh Faten Asnida Binti Rashidi untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang ibu kepada dua orang anak lelaki yang sedang membesar dan lasak. Juga merupakan freelance writer atau juga dikenali sebagai ghostwriter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tema Birthday Anak Kartun Huggy Wuggy, Wawa Zainal & Suami Ditegur Supaya Lebih Peka

Baca juga: Beri Peluang Anak Explore & Bebas, Ibu Ini Kongsi 7 Tips Beriadah Di Taman Ketika Hujung Minggu

Baca juga: Anak Umur 1 Tahun, Ibu Ini Kongsi 10 Idea Homeschool Yang Menarik Bagi Tingkatkan Potensi Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis