X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tema Birthday Anak Kartun Huggy Wuggy, Wawa Zainal & Suami Ditegur Supaya Lebih Peka

5 min bacaan
Tema Birthday Anak Kartun Huggy Wuggy, Wawa Zainal & Suami Ditegur Supaya Lebih Peka

Tema birthday anak Wawa Zainal dengan kartun Huggy Wuggy mendatang rasa kurang senang peminat memandangkan ia diharamkan dalam negara kita

Beberapa hari lalu, pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah meraikan hari lahir mereka dengan tema birthday kartun Huggy Wuggy. Meskipun ada yang memuji kecomelan mereka, ada peminat meluahkan rasa kurang senang apabila pasangan ini dikatakan kurang sensitif mengenai tema yang dipilih.

Hal ini kerana kartun Huggy Wuggy disifatkan sebagai karakter yang ganas dan menunjukkan nilai kurang baik terhadap perkembangan kanak-kanak.

Tema birthday Huggy Wuggy, Wawa Zainal dan suami ditegur para peminat

tema birthday huggy wuggy

Beberapa minggu lepas, tular dalam media sosial mengenai kartun dengan rupa yang seram dan ganas telah diharamkan oleh ramai ibu ayah di kebanyakan negara.

Untuk pengetahuan anda, Huggy Wuggy merupakan kartun yang memiliki muka berbentuk segi tiga, berwarna biru, bermata hitam besar dan gigi menyeramkan.

Pasangan selebriti populor, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengadakan sambutan hari jadi dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzikyaa dengan begitu meriah sekali.

Dalam sambutan itu, Wawa Zainal dan suaminya memilih tema birthday kartun Huggy Wuggy begitu populor dalam kalangan kanak-kanak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

 

Walau bagaimanapun ramai peminat meninggalkan komen kurang senang tema birthday dengan karakter kartun berkenaan kerana membawa watak antagonis.

Aeril dengan Wawa mesti tidak tahu kartun Huggy Wuggy tu macam mana. Anak-anak memanglah suka, tapi sebenarnya tidak elok. Saya pun tidak bagi mereka tengok sebab ia memang menakutkan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh susah nak lentur. Aeril dan Wawa kena beri lebih perhatian untuk anak-anak dan tolong lebihkan bacaan mengenai perkembangan kanak-kanak. Jika masalah fizikal, masih boleh baiki. Tapi kalau mental yang rosak kaya macam mana pun tidak boleh diganti baharu. Sekadar nasihat dan ingatan sahaja.

Sangat membimbangkan apabila anak-anak kita tengok benda ganas sebab otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Lebih membimbangkan lagi apabila ada ibu ayah yang tidak cakna dengan waktu skrin. Bagi sahaja anak tengok asalkan mereka diam.

Wawa dan pasangan tidak prihatin kot pasal isu semasa. Mungkin tidak pernah pantaun kartun ini pasal cerita apa. Ia bahaya untuk kanak-kanak.

Pakar jelaskan kenapa kanak-kanak sukakan kartun seram dan ganas

huggy wuggy

Menurut terapi cara kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli,menerangkan ada beberapa sebab kanak-kanak sukakan watak seram dan ganas pada skrin mereka.

Ramai parents tanya saya, “Macam mana anak-anak saya boleh suka tengok cerita-cerita seram dan ganas kat YouTube tu?”

Dia ada beberapa sebab:

1. Anak-anak suka test boundary

Apa yang mereka rasa “macam tak elok”, yang itu mereka akan cuba untuk tonton. Kenapa? Sebab mereka nak tahu adakah kita konsisten dengan “tak elok” yang kita kata tu.

Tonton orang kena bunuh.
Tonton orang kena tikam.
Tonton orang kena kejar.

Semua itu BOUNDARY JELAS. Yang kita benarkan anak kita untuk pecahkan dengan benarkan mereka menontonnya. 

2. Menonton sesuatu yang seram & ganas cipta “adrenaline rush”

Jantung berdegup laju, dada berdebar. Ada anak-anak yang suka dengan “rush” tersebut. Jadi, mereka akan tonton banyak kali sebab ingin merasainya.

3. Terpengaruh dengan rakan-rakan

Pergi sekolah, pergi taman, kawan-kawan semua sebut nama Huggy Wuggy. Anak kita ada FOMO (Fear of Missing Out). Jadi, mereka juga mahu main dan tonton apa yang kawan tonton.

4. Mereka tidak sedar dalam ketakutan

Anak-anak belum boleh beza apa yang baik dan buruk. Jadi, bila mereka tonton cerita seram dan ganas, imej tersebut boleh tersimpan dalam minda si manja. Imej ganas dan seram itu akan mengganggu mimpi dan menjadi fokus imaginasi mereka.

Maka, anda akan lihat anak suka dan berulang kali melukis imej-imej seram tersebut. Ianya adalah cara mereka berdepan dengan ketakutan.

Kita nampak anak macam suka. Tapi, minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.

5. Telah menjadi ketagihan

kartun bahaya

Kita terlepas pandang untuk kawal apa yang anak kita tonton. Tapi, YouTube terus menghidangkan dan sogok minda anak dengan video yang berulang dan “hooking”.

Anak kita tu, kalau boleh taknak tengok. Tapi, sebab adrenaline rush yang mereka terima setiap kali menontonnya, dan rasa “familiar” dengan watak yang ditonton hari-hari tu, menyebabkan anak sebenarnya bukan suka, tapi ketagihan.

Kasihan pada anak kan?Berperang dengan minda sendiri. Tapi, kita ingat mereka suka. Betul. A bit of fear. A bit of adrenaline rush is good. Tapi, ada banyak cara lagi untuk anak belajar cope dengan fear selain biar anak tonton watak-watak yang mencemarkan otak suci mereka. 

Kesimpulannya sebagai ibu ayah, sentiasalah pantau kandungan apa yang anak lihat di skrin. Jangan cederakan minda dan pemikiran mereka dengan rasa kita ini adalah ibu ayah yang “cool” dan “relax”.

Nanti, bila besar, anak akan menjadi orang yang kurang empati, kurang sense of danger, cepat stress, high anxiety, tak tahu nak jaga dan selamatkan keluarga sendiri. Baru kita tertanya, di mana salah silapnya selama ini? 

Cegah sebelum terlambat ya. Saya sarankan ibu ayah HIDE APPS YOUTUBE di handphone supaya anak tak jumpa dah. 

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Semoga bermanfaat!

Gempak, Siti ‘Aisyah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Ambil Gunting Nak Tikam Adik, Bila Ibu Selidik Rupanya Terpengaruh Kartun Huggy Wuggy

Baca juga: Bila Anak Kedua Lahir, Ramai Ibu Akui Penatnya Seperti Menjaga 10 Orang Anak, Kena Banyak Bersabar!

Baca juga: Anak Umur 1 Tahun, Ibu Ini Kongsi 10 Idea Homeschool Yang Menarik Bagi Tingkatkan Potensi Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Tema Birthday Anak Kartun Huggy Wuggy, Wawa Zainal & Suami Ditegur Supaya Lebih Peka
Kongsikan:
  • Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

    Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

  • Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

    Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

    Hukum Cabut Gigi Bulan Puasa, Boleh Jadi Batal Jika Sengaja Tertelan Darah Atau Air Liur

  • Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

    Mimpi Dipatuk Ular Dikatakan Ada Orang Mahu Datang Meminang? Sejauh Mana Kebenaran Ini?

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.