Kes Buli Sampai "Bocor" Kepala

lead image

Setiap hari pasti ada pelajar yang takut untuk ke sekolah kerana bimbang mereka akan menjadi sasaran buli.

Kejadian buli di sekolah kini semakin berleluasa dan ini mungkin membawa kesan yang negatif kepada murid-murid yang sedang belajar.

Setiap hari pasti ada pelajar yang takut untuk ke sekolah kerana bimbang mereka akan menjadi sasaran buli. Disebabkan ini, tingkah laku mereka bertukar; ada yang lebih rela ponteng sekolah dan ada yang kemurungan sehingga keputusan sekolah pun terjejas.

Walaupun ramai pelajar yang terlibat dalam kejadian buli telah ditangkap dan dikenakan tindakan disiplin, masalah ini belum berjaya dibanteras lagi.

mangsa Kes Buli Sampai "Bocor" Kepala

Kes terbaru seorang pelajar perempuan tingkatan 1 dari SMK Bandar Sri Damansara yang cedera di bahagian kepala akibat dibuli beberapa pelajar dari sekolah yang sama. Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya dipijak oleh pelajar perempuan tingkatan 3, sehingga tidak sedarkan diri.

pembuli Kes Buli Sampai "Bocor" Kepala

Menurut sumber, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan guru sekolah telahpun berjumpa dengan ibubapa kepada salah seorang pelajar yang terbabit. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar tersebut tidak percaya anak mereka melakukan perkara itu.

Faktor punca kejadian buli

Bagi pembuli, niat mereka hanya semata-mata untuk menunjukkan kekuatan mereka, sementara ada pula yang beranggapan inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan kehebatan mereka.

  • Sikap ego,
  • cepat marah,
  • suka membalas dendam,
  • rasa seronok,
  • pengaruh geng, dan
  • perkauman
IMG 0098 Kes Buli Sampai "Bocor" Kepala

sumber : rage.com.my

Apakah peranan sekolah dan ibubapa?

Walaupun setiap sekolah mempunyai peraturannya, saya berpendapat bahawa tidak semua sekolah yang menguatkuasakan peraturan-peraturan mereka dengan tegas.

Misalnya, banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan untuk menjatuhkan hukuman yang berat untuk pelajar-pelajar kaki buli.

Contohnya ibu bapa yang suka menafikan perangai anak mereka, atau kaki-tangan sekolah yang tidak ambil kisah, yang paling best kalau ibubapa sendiri bekas samseng juga.

Ada pula ibubapa yang akan cuba settle masalah ini secara diam-diam kerana takut malu atau takut masa depan anak mereka akan tergegas.

Sebab rasa kesian, nak bagi chance, remaja kini semakin tidak bertanggungjawab dan tidak faham akibat sebenar tindakan mereka.
 
Oleh sebab itu, pihak sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk mengambil langkah-langkah yang serius bagi membanteras kejadian buli di sekolah. Jangan asyik nak manjakan anak sahaja dan jangan ingatkan anak kamu seorang sahaja yang ingin menuntut ilmu.
 
Sumber : TheReporter