Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Malang itu tidak berbau. Adakah anak anda telah dilengkapi dengan segala ilmu pertolongan cemas yang dapat menjaga keselamatan dan membantunya kelak?

Keselamatan anak-anak

Isu keselamatan anak-anak adalah perkara yang sepatutnya dititik-beratkan oleh semua ibu bapa.

Sebab itu ibu bapa harus tahu langkah pertolongan cemas jika berlakunya sesuatu keadaan.

Bukan apa, malang itu tidak berbau, dan kita sebagai ibu bapa hanya ingin melindungi anak-anak kita, kan?

Tapi, berapa banyak kali kita pesan dekat anak-anak untuk berhati-hati pun, mereka tetap buas dan kadang-kala tidak mahu mematuhi peraturan.

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Kredit: computerhoy.com

Sebab itu isu keselamatan tidak kiralah di rumah, di sekolah mahupun di luar ketika anak-anak bermain atau berjalan bukan saja harus diketahui oleh ibu bapa.

Namun, anak-anak juga perlu bijak mengendali situasi sukar itu, jika ia terjadi.

Bengkel keselamatan dari kebakaran untuk kanak-kanak

Masih ingatkah anda dengan insiden duka apabila hampir 20 pelajar tahfiz terkorban dalam kebakaran tempoh hari?

Jika ya, anda pasti sedar betapa pilu dan sedihnya hati melihat kedua-dua ibu bapa mangsa meraung dan meratapi pemergian anak-anak mereka.

Kebakaran adalah perkara serius.

Sebab itu Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah bergabung dengan badan bukan kerajaan Malaysia International Search and Rescue (MISAR) baru-baru ini telah menganjurkan sebuah bengkel keselamatan kanak-kanak untuk kebakaran.

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Bengkel itu berjaya menarik hampir 200 orang kanak-kanak yang berusia di antara 5 hingga 11 tahun. Pelbagai aktiviti langkah keselamatan untuk kebakaran telah diajar pada kanak-kanak ini.

Antaranya seperti program stop, drop and rollcrawl low in smoke, padlock escape, fireman drag dan sebagainya.

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Aktiviti padlock escape, bagaimana ingin selamatkan diri dari kunci mangga?

Semua program ini mampu melatih kanak-kanak untuk mengendali situasi kebakaran dengan bijak dan selamat.

Semua program yang dianjurkan telah dibina oleh pengerusi MISAR dan aktivitis keselamatan sendiri, iaitu Kapten K.Balasupramaniam dan kakitangan keselamatan yang berpengalaman dalam bidang pertolongan cemas selama 20 tahun.

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Eskalator telah mencetuskan pelbagai insiden ngeri. Bagaimana penggunaan yang selamat?

Kepentingan keselamatan dan pertolongan cemas

Menurut Kapten K.Balasupramaniam, program ini dianjurkan untuk mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan, pertolongan cemas dan cara menyelamatkan diri.

Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Langkah keselamatan merangkak keluar dengan bayi

Beliau juga dipetik mengatakan – 

“Apa yang diajar sekarang akan diingat oleh mereka seumur hidup. Mereka bukan saja bergembira sambil belajar, tapi semua latihan memang telah direka untuk mereka.”

Yang lebih membanggakan, ramai ibu bapa terbuka untuk membawa anak-anak mereka ke bengkel ini demi mempelajari tentang aspek keselamatan.

Itu salah satu langkah proaktif yang sihat untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan pertolongan cemas dan sebagainya.

Jadi, ibu bapa, macam mana? Adakah anda tahu tentang tip pertolongan kecemasan yang penting untuk anak-anak anda?

Bagaimana mana pula dengan mereka? Sudahkah mereka dididik tentang bagaimana ingin menyelamatkan diri jika sesuatu bencana terjadi?

Jangan ambil mudah isu ini. Marilah sama-sama kita membuka minda untuk mempelajari sesuatu perkara demi mengelak perkara yang terburuk.

Jangan terhantuk, baru terngadah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner