X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu terkejut kapas ini terkeluar dari faraj lepas dua bulan bersalin!

5 min bacaan
Ibu terkejut kapas ini terkeluar dari faraj lepas dua bulan bersalin!

Dua wanita telah menceritakan bagaimana kesilapan pembedahan berlaku pada mereka selepas bersalin dan kesan yang mereka alami.

Sebagai pesakit, sudah tentu kita percayakan pakar bedah untuk menjaga dan membantu kita merawat penyakit kita. Tapi, adakah anda tahu kesilapan pembedahan seperti barang tertinggal dalam badan selepas pembedahan ada berlaku?

Dua ibu yang mengalami kejadian ini telah menceritakan pengalaman kesilapan pembedahan mereka dan kesan yang mereka alami.

Kesilapan pembedahan boleh berlaku di mana-mana saja…

1 – Ibu dari Thailand

Baru-baru ini, seorang ibu muda telah mengalami masalah perubatan selepas melalui pembedahan episiotomi.

Tan, ibu muda yang berusia 17 tahun dari Thailand ini telah melahirkan anak pertamanya secara normal pada 18 Jun 2018. Tiada komplikasi yang berlaku dan dia dibenarkan pulang selepas tiga hari, tapi luka dari episotomi tersebut sakit.

Tan fikir yang semua ibu melalui sakit yang sama selepas bersalin. Walaupun selepas merujuk kepada doktor, dia hanya diberikan ubat untuk mengurangkan rasa sakit.

Bagaimana pun, pada 28 Ogor 2018 – dua bulan selepas pembedahannya – dia menemui jawapan kepada kesakitan yang dialaminya.

Seperti yang dilaporkan oleh The Phuket News, Tan menerangkan

“Pada hari Selasa, sakit yang saya rasai sangat teruk, saya tak boleh duduk atau berdiri. Saya rasa seperti ada sesuatu dalam rahim. Saya pergi ke tandas dan menemui sekeping kapas di dalam faraj. Ia berwarna hitam dan berbau busuk.

Ibu muda ini pergi ke hospital pada hari yang sama untuk diperiksa. Doktor memberikannya antibiotik dan meyakinkan yang tak ada apa-apa lagi yang tertinggal dalam rahimnya.
 

“Doktor terlupa tentang kapas dalam rahim saya lebih dari dua bulan. Saya bernasib baik kerana luka saya tak dijangkiti.”

Tan juga memberi amaran kepada wanita lain tentang kemungkinan masalah perubatan seperti ini dan menyarankan untuk memilih hospital yang bereputasi sebelum bersalin.

Pada 30 Ogos 2018, Pejabat Kesihatan Provinsi Phuket telah memohon maaf secara rasmi kepada Tan.

Dr Jirapan Taepan, ketua pejabat kesihatan ini juga mengaku tentang kesilapan ini yang berlaku di hospital kerajaan dan akan memberikan bayaran atas kesulitan yang dihadapinya.

Siasatan masih diteruskan.

Kesilapan pembedahan juga boleh berlaku di negara yang membangun

Enam bulan lepas, seorang wanita berusia 42 tahun di Jepun juga mengalami masalah yang sama.

Selepas memeriksa di klinik tentang kembung yang dialaminya selama tiga tahun, doktor telah menggunakan imbasan CT untuk mengetahui puncanya.

Mereka menemui dua objek dalam perutnya. Selepas pembedahan untuk membuang objek tersebut, doktor menemui yang ia adalah span pembedahan!

kesilapan pembedahan, masalah perubatan, objek tertinggal selepas pembedahan, kapas tertinggal dalam perut, span tertinggal dalam perut, kesilapan perubatan

Doktor ini telah menulis tentang keputusan pembedahan mereka di dalam laporan New England Journal of Medicine. Mereka menyimpulkan yang span-span ini mungkin tertinggal melalui pembedahan czer yang dilakukannya sebelum ini.

Wanita ini telah membuat dua pembedahan czer sebelum ini – satu pada tahun 2012 dan lagi satu pada tahun 2009 – ini bermakna span ini mungkin sudah ada di dalam perutnya sekurang-kurangnya enam tahun. 

Dr Takeshi Kondo, ketua pengarang laporan ini memberitahu yang wanita ini tak pernah melakukan pembedahan lain di bahagian perut atau pelviknya.

Selepas span ini dikeluarkan, simptom wanita berusia 42 tahun ini mula berkurang dan dia dibenarkan pulang selepas lima hari.

Kesilapan pembedahan: Apa yang anda perlu tahu

Jarang berlaku, tapi biasanya berlaku pada pembedahan ginekologi

Satu pemerhatian yang dilakukan pada 2013 menemui yang perkara ini jarang berlaku.

Kesilapan pembedahan selepas pembedahan ini biasanya berlaku pada 1 dari 5,500 pembedahan ke 1 dari 18,760 pembedahan.

Bagaimana pun, tak seperti pembedahan lain, pembedahan ginekologi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai barang yang tertinggal dalam badan selepas pembedahan.

Dr Fizan Abdullah, seorang pakar bedah kanak-kanak terangkan kenapa: bahagian badan di sekitar pelvik adalah lebih sukar untuk dicapai dan mempunyai ruang yang sempit dan ini membuatkan span atau objek kecil lain mudah tersekat.

Objek pembedahan yang tertinggal dalam badan boleh menyebabkan kesan yang berlainan, bergantung kepada bahagian mana yang dibedah dan peralatan apa yang digunakan.

Tapi umumnya, amaran yang mungkin disebabkan oleh objek yang tertinggal dalam badan selepas pembedahan adalah:

  • sakit pada tempat pembedahan tak hilang atau sakit semula
  • sakit kepala yang serius atau sakit kaki
  • tak selesa atau kembung perut
  • Najis kelihatan hitam, berdarah atau seperti tar
  • Sembelit atau susah untuk kencing atau mungkin tersumbat
  • Batuk atau muntah darah
  • Sukar untuk melakukan pergerakan asas seperti bernafas, menelan atau makan
  • Cecair keluar dari luka pembedahan
  • Tak merasa sihat selepas pembedahan seperti keletihan, lemah atau sakit
  • Kelebjar limfa bengkak – lebih-lebih lagi bengkak di kawasan ketiak, celah kangkang atau leher
  • Luka pembedahan terkoyak

Anda perlu tahu yang objek itu sendiri adalah bahaya walaupun ia hanyalah span atau jarum. Malah, span atau kapas boleh menyebabkan jangkitan yang membawa maut. Pembedahan kecil juga mempunyai risiko ini.

kesilapan pembedahan, masalah perubatan, objek tertinggal selepas pembedahan, kapas tertinggal dalam perut, span tertinggal dalam perut, kesilapan perubatan

Cara untuk mencegah

Secara tradisional untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, pakar bedah akan mengira objek yang mereka gunakan semasa pembedahan.

Tetapi cara ini tak praktikal kerana objek yang digunakan biasanya banyak semasa melakukan pembedahan.

Hospital kini menggunakan dua cara untuk mengelakkan kejadian ini dari berlaku semula:

  • frekuensi radio untuk mengetahui jika span tertinggal dalam badan. Cara ini berjaya dilakikan dengan menggunakan cip mikro yang diletakkan menggunakan tongkat selepas pembedahan untuk memeriksa jika ada apa-apa barang yang tertinggal selepas pembedahan.
  • Kod bar. Dengan meletakkan kod bar pada span dan scan semasa pembedahan, staf perubatan boleh mengira berapa span yang digunakan. Selepas pembedahan, span ini akan di scan semula untuk memastikan jumlahnya sama.

 

 

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Ibu terkejut kapas ini terkeluar dari faraj lepas dua bulan bersalin!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham