Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit. Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia.
Difahamkan, anak lelaki kepada seorang wanita telah membawa pulang bakal isterinya ke rumah. Situasi menjadi begitu hiba apabila mengetahui menantu yang ingin diraikan sebenarnya adalah anak kandungnya, mereka terpisah dalam tempoh masa begitu panjang.
Kisah ibu dan anak bertemu semula setelah 20 tahun terpisah
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mothership.sg, wanita berkenaan telah menghadirkan diri ke majlis resepsi anaknya pada 31 Mac yang lalu. Dalam keterujaan menerima menantu, dia berasa begitu terkejut setelah menyedari tanda lahir yang ada pada tangan pasangan anaknya itu.
Hal ini kerana tanda lahir berkenaan kelihatan hampir sama dengan anak perempuannya yang telah hilang dan terpisah sejak 20 tahun lalu. Bagi memastikan tekaannya tidak salah, dia kemudiannya memberanikan diri menanyakan satu soalan kepada bakal besannya iaitu ibu ayah kepada menantunya itu. ”Adakah dia sebenarnya anak angkat?”
Soalan itu ternyata turut mengejutkan kedua ibu bapa gadis berkenaan kerana dia sememangnya anak angkat. Namun perkara tersebut menjadi rahsia dan tiada siapa tahu status gadis itu yang sebenar.
Walau bagaimanapun, kedua-dua bakal besannya itu memilih untuk berterus terang dan mengakui bahawa anak perempuan mereka sememangnya adalah anak angkat.
Jawapan yang diberikan tersebut telah membuatkan si ibu menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka menemui anak kandungnya dalam majlis terebut. Sebelum ini dia sangat gembira dan teruja kerana anak lelakinya bakal mendirikan rumah tangga.
Kini dia mengucapkan rasa syukur dan menangis kerana dapat bertemu semula anak kandung yang sudah lama dinantikan.
Kisah ibu dan anak yang berakhir dengan kegembiraan
Menerusi laporan oleh Daily Star, sebaik mengetahui hal yang sebenar, pengantin perempuan berkenaan turut menangis kegembiraan kerana sebelum ini dia juga tercari-cari siapa dan dimanakah keluarga kandungnya.
Bukan itu sahaja, si ibu juga tidak pernah berputus asa bagi mencari anak kandungnya itu. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya. Segala usaha dan cara telah dilakukan, tetapi tidak membuahkan hasil.
Menceritakan hal yang sebenar, keluarga angkat pengantin perempuan mengatakan bahawa mereka menemui anak itu bersendirian di tepi jalan. Kerana berasa kasihan, mereka mengambil keputusan untuk membesarkannya seperti anak sendiri.
Bolehkah berkahwin dengan adik-beradik?
Namun siapa sangka terdapat plot twist pada kisah pasangan pengantin ini. Majlis perkahwinan tersebut hampir sahaja dihentikan kerana dikhuatiri berkahwin dengan adik beradik kandung sendiri.
Pastinya mereka tidak boleh meneruskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga memandangkan ada hubungan darah daging.
Namun siapa sangka di sebalik kejadian tersebut, rupanya anak lelaki mereka juga adalah anak angkat. Akibat sudah beberapa kali kecewa dan gagal menemui anaknya, si ibu telah membuat keputusan mengambil seorang anak angkat untuk dijaga.
Disebabkan oleh mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah, majlis berkenaan kemudiannya diteruskan seperti biasa. Akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Bagi si ibu dan anak-anaknya, kini mereka bukan sahaja gembira dapat meraikan majlis perkahwinan. Malah, sangat kini berjaya disatukan semula selepas 20 tahun ditakdirkan berpisah.
Pertemuan berkenaan turut disaksikan oleh semua tetamu yang hadir. Mereka tidak henti-henti menerima ucapan tahniah kepada keluarga berkenaan kerana mendapat dua berita gembira secara serentak.
Menurut pengantin perempuan, detik pertemuan dia dengan ibu kandung ternyata lebih indah jika dibandingkan dengan majlis perkahwinannya sendiri.
Kesimpulannya, begitu hebat takdir yang telah tertulis. Meskipun sudah berpuluh tahun terpisah, namun kasih sayang dan ingatan seorang ibu terhadap anaknya tidak pernah pudar.
Semoga keluarga pasangan ini sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang comel.
Sumber: BuzzKini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cemas Budak Ini Cuba Diculik Ibu Kandung, Padahal Dijaga Keluarga Angkat Sejak Lahir!