X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cemas Budak Ini Cuba Diculik Ibu Kandung, Padahal Dijaga Keluarga Angkat Sejak Lahir!

19 Nov, 2019
Cemas Budak Ini Cuba Diculik Ibu Kandung, Padahal Dijaga Keluarga Angkat Sejak Lahir!

Berebut anak di depan sekolah, apa yang berlaku sebenarnya ini?

Pada minggu lepas, ada satu kejadian yang mencemaskan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya apabila difahamkan ada keluarga berebut hak jagaan anak.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kanak-kanak lelaki itu (mangsa) menjerit meminta tolong dan enggan mengikut ibu kandungnya serta beberapa orang lelaki dewasa untuk menaiki sebuah kereta Perdana Hitam.

Ibu bapa yang kebetulan berada di situ dan sedang menunggu anak keluar dari kawasan persekolahan terdengar jeritan kanak-kanak tersebut yang meminta tolong dan cuba menghalang pemandu kereta Perdana hitam itu dari melarikan kanak-kanak berkenaan.

Orang ramai yang tidak mempercayai bahawa wanita yang memegang sepanduk itu adalah ibu kandung kanak-kanak terbabit terus bertindak menahan kenderaan mereka dari meninggalkan tempat kejadian. Setelah pihak polis tiba, insiden dapat dileraikan dengan aman.

Menerusi Facebook Cyberjaya Info, ramai netizen yang bangga dengan tindakan pantas orang ramai yang berada di kawasan itu demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut dari terus dibawa lari.

Berebut hak jagaan anak dengan keluarga angkat

jagaan anak

Menurut cerita, kejadian berlaku disebabkan pergelutan hak jagaan anak antara ibu kandung dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak usianya tiga hari dan telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Apa yang pasti, warga Cyberjaya yang prihatin telah bertindak pantas dengan menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus dibawa lari oleh keluarganya yang mungkin dia sendiri tidak kenali kerana telah dijaga dari kecil oleh keluarga angkat.

Selamat bersama keluarga angkat

hak jagaan anak

Kanak-kanak yang bernama Haikal tersebut selamat kini dengan keluarga angkatnya, cuma mengalami sedikit kecederaan dan lebam di bahagian tangan kerana pergelutan yang berlaku itu.

Menurut pak cik angkatnya, En Azmil Aziz, Haikal kini sudah kembali pulih daripada trauma kejadian.

Sementara itu, suspek yang merupakan pasangan suami isteri telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan manakala dua lagi suspek masih bebas.

Wajib ambil kursus keibubapaan sebelum ambil anak angkat

hak penjagaan anak

Tanggungjawab menjadi ibu bapa bukanlah satu tugas yang mudah, terutama bila anda tiada pengalaman dalam mengendalikan bayi atau kanak-kanak.

Atas sebab itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bercadang mewajibkan semua pasangan suami isteri yang berhasrat untuk mengambil anak angkat agar menjalani kursus khas keibubapaan terlebih dahulu.

Ia penting bagi memenuhi persediaan dari segi mental, fizikal dan psikologi mereka sebelum bergelar ibu dan ayah kepada anak angkat tersebut. Ia sekaligus membuatkan ibu bapa angkat baru lebih bersedia menerima ahli baru dalam keluarga mereka.

Malah dengan inisiatif ini, ia dapat mengelak ibu bapa yang tidak bersedia atau tidak bertanggungjawab terhadap anak angkat tersebut semasa dalam penjagaan mereka.

Apa yang boleh dan tidak boleh dalam Islam

Meskipun mengambil anak angkat, namun status anak tersebut masih tetap tidak sama seperti mana anak kandung misalnya tidak boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapa angkat mereka.

Firman Allah SWT; Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa (kandung) mereka; itulah yang lebih adil di sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu Dan tidak ada dosa bagimu terhadap apa yang kamu salah padanya, tetapi (yang ada dosanya adalah) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Keduanya, seseorang anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka ibu atau ayah angkatnya, namun hanya boleh diberikan sebagai hadiah atau sedekah tapi tidak boleh melebihi 1/3 jumlah harta keseluruhan si mati.

Selain itu, apabila mencapai usia baligh wajib anak angkat dan keluarga angkatnya menutup aurat seperti berhijab dan memakai pakaian yang sopan, melainkan jika anak angkat itu anak susuan ibu angkatnya.

Sementara itu, bapa angkat juga tidak boleh menjadi wali dalam proses ijab dan kabul serta hukumnya juga adalah haram.

*****

Apapun di harap insiden yang berlaku dan hak penjagaan anak itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik mengikut undang-undang keluarga Di Malaysia. 

Cemas Budak Ini Cuba Diculik Ibu Kandung, Padahal Dijaga Keluarga Angkat Sejak Lahir!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Cyberjaya Info, Apa kata orang

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
Ibu dan Ayah, Tahukah Anda Mengapa Anak-Anak Perlu Duduk Di Rumah Jika Mereka Terjangkit Penyakit Rotavirus?
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

https://my.theasianparent.comhak-penjagaan-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cemas Budak Ini Cuba Diculik Ibu Kandung, Padahal Dijaga Keluarga Angkat Sejak Lahir!
Kongsikan:
  • "Ayah & Ibu, Aku Rindu...", Kisah Anak Ditinggalkan Di Hentian Bas Pada Usia 10 Hari

    "Ayah & Ibu, Aku Rindu...", Kisah Anak Ditinggalkan Di Hentian Bas Pada Usia 10 Hari

  • Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

    Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • "Ayah & Ibu, Aku Rindu...", Kisah Anak Ditinggalkan Di Hentian Bas Pada Usia 10 Hari

    "Ayah & Ibu, Aku Rindu...", Kisah Anak Ditinggalkan Di Hentian Bas Pada Usia 10 Hari

  • Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

    Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Siapa Selepas Bercerai - Suami Atau Isteri Lebih Berhak?

  • Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

    Memang Nampak Comel Bila Bayi Pakai Pelampung Baby, Namun Anda Perlu Tahu 4 RISIKO Ini!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.