Pada 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran dan kisah Nabi Muhammad SAW, pemimpin agung yang telah berjuang keras menyebarkan Islam kepada umat manusia yang ketika itu berada dalam kegelapan.
Biodata Rasullah SAW, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Maulidur Rasul adalah momen untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada Baginda, dan salah satu cara terbaik adalah dengan berselawat. Kisah nabi Muhammad membawa kita mengenali pemimpin agung ini.
Seperti yang disebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 56, Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi, dan kita sebagai umat Islam disarankan untuk mengikuti jejak langkah tersebut.
Rasulullah SAW juga bersabda, “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, dia akan bersamaku di syurga.”
Baginda adalah contoh teladan terbaik yang pernah ada, dan di setiap Maulidur Rasul, kita diberikan kesempatan untuk lebih dekat dengan sunnah Baginda. Kisah Nabi Muhammad patut menjadi pedoman umat masa kini.
Semoga dengan salawat dan doa yang kita panjatkan, kita dapat memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.
Biodata Ringkas Rasulullah SAW
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib
- Tempat Lahir: Makkah, di rumah Abu Talib
- Nama Bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
- Nama Ibu: Aminah binti Wahab
- Pengasuh: Ummu Aiman (Barakah Al-Habsyiyyah)
- Ibu Susu: Thuwaibah & Halimah As-Saadiah
Peristiwa Penting
- Usia 5 Tahun: Pembelahan dada oleh malaikat.
- Usia 6 Tahun: Ibu meninggal, dipelihara oleh datuk dan kemudian Abu Talib.
- Usia 25 Tahun: Bermusafir ke Syam untuk perniagaan Khadijah, berkahwin dengan Khadijah.
- Usia 40 Tahun: Menerima wahyu pertama di Gua Hira.
- Usia 53 Tahun: Hijrah ke Madinah bersama Abu Bakar Al-Siddiq.
- Usia 63 Tahun: Wafat di Madinah pada 12 Rabiulawal, 632 M.
Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik sepanjang zaman yang mengajar umat manusia dengan ajaran Islam yang penuh kasih sayang dan kebijaksanaan.
Isteri-Isteri Rasullah SAW
Berikut adalah isteri-isteri Rasullah SAW
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam’ah
- Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
Anak-Anak Rasullah SAW
Berikut adalah anak-anak Rasullah SAW
- Qasim
- Abdullah
- Ibrahim
- Zainab
- Ruqaiyah
- Ummi Kalthum
- Fatimah Al-Zahra ‘
Anak Tiri Rasullah
- Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
Kenali Nabi Muhammad SAW Secara Lahiriah
Begitu indahnya sifat fizikal Rasulullah SAW, sehingga seorang ulama Yahudi yang pertama kali bertemu dengan Baginda terus mengucapkan kalimat syahadah dan mengakui kebenaran yang disampaikan oleh Baginda.
Keindahan rupa Baginda bukan hanya terpancar pada wajah, tetapi juga pada peribadi dan akhlaknya yang mempesona hati sesiapa yang mengenali.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang kala menyentuh pangkal telinga dan kadang kala mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripadabiasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih sepertikapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cerita Pendek Kisah Nabi Untuk Kanak-Kanak Yang Penuh Pengajaran & Nilai Murni
Baca juga: Ceritakan Kisah 25 Rasul Kepada Anak-Anak, Beri Penghayatan Tentang Agama Islam Di Usia Muda
Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Perempuan Dalam Islam Dengan Maksud Indah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!