TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

3 min bacaan
Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

Anda selalu memuatnaik gambar anak-anak di media sosial? Anda rasa perbuatan itu selamat ke? Jom semak apa bahaya yang mungkin anda tak sedar!

Zaman media sosial

Dalam zaman teknologi canggih sekarang, media sosial seolah-olah memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan ia bukan sekadar alat bantuan untuk berkomunikasi sahaja.

Kalau sehari tak update media sosial, anda akan rasa “ketinggalan” atau tak melakukan sesuatu yang menyeronokkan.

Bukan hanya golongan muda yang pandai dan aktif menggunakan media sosial, bahkan mereka yang bertaraf datuk, nenek pun terror juga, tau!

Kita sudah biasa melihat ibu bapa serta keluarga memuat naik gambar atau video gelagat anak masing-masing yang comel.

Remaja pula lebih suka “check-in” di lokasi-lokasi yang happening ataupun berkongsi gambar-gambar yang pasti menarik peminat ke akaun Instagram mereka.

Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

Sumber : ecinsider.my

Tapi, adakah tindakan ini selamat?

Walaupun sikap suka berkongsi di media sosial adalah perkara biasa, soalan penting di sini: adakah tindakan ini selamat?

Tahukah anda – apabila gambar anak dimuatnaik ke laman internet, semua orang ada akses kepada gambar-gambar tersebut?

Bagaimana jika orang lain menyalahgunakan gambar itu?

Inilah sebab mengapa sesetengah ibu bapa tidak berkongi gambar atau video anak-anak mereka di media sosial. Mereka ingin kehidupan anak-anak yang lebih bersifat peribadi dan tak mendapat perhatian ramai.

Contohnya seperti artis Maria Fowler dan juga beberapa selebriti lain yang memilih untuk mengaburkan wajah anak mereka walaupun gambar itu telah dikongsi dengan peminat-peminatnya. 

Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

Gambar Maria Fowler dan anaknya Evie

“Kami buat keputusan untuk tak berkongsi gambar anak kami. Ini bukannya sebab perjanjian dengan majalah,” kata Maria di Twitter dan di Instagram. “Dia adalah anak kesayangan kami dan kami tak mahu mendedahkan imejnya kepada orang ramai terutamanya mereka yang suka memberi komen-komen yang tak baik.” “Dia tidak bersalah dan masih kecil… keselamatan dan kebahagiaannya adalah keutamaan kami.”

Media sosial dan bahaya yang tak disedari

Saya faham perasaan ibu bapa yang mahu keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama melihat perkembangan anak mereka membesar.

Tapi, anda tak boleh memastikan siapa yang ada akses ke gambar-gambar tersebut yang telah dimuatnaik terutamanya dengan adanya fungsi screenshot pada semua telefon bimbit. 

Siapa-siapa sahaja boleh mencuri gambar anak anda! Selepas dicuri entah apa pula dilakukannya dengan gambar itu!

Walaupun anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan sesiapa yang boleh melihat gambar itu, tapi anda masih tidak akan diberi jaminan bahawa gambar anda selamat.

Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

Sumber: R.AGE

Bagaimana pula dengan remaja-remaja yang suka chatting, suka berkongsi gambar selfie dan suka check-in lokasi mereka?

Tahukah anda yang anda juga terdedah kepada bahaya yang sama?

Tempoh hari, gempar kes rogol selepas berkenalan di Wechat. Anda juga boleh menjadi mangsa stalker, atau diperdaya oleh pemangsa seks!

Semua ini bahaya serius yang mungkin anda tak sedar.

Remaja kini sibuk mementingkan pendapat orang lain tentang diri mereka sendiri sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk menambah “peminat” di media sosial.

Ada yang rela tak makan supaya nampak langsing dan cantik di media sosial! 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Di Malaysia, dianggarkan 1% mempunyai anoreksia nervosa, manakala 3% mengalami bulimia nervosa.

Maklumat tempatan juga menunjukkan hal ini selalu berlaku pada awal remaja, dengan anggaran usia kira-kira 14 tahun.

Peranan penting ibu bapa

Sebagai ibu bapa zaman canggih sekarang, adakah anda mengambil langkah-langkah untuk melindungi privasi anak sendiri?

Adakah kita patut disalahkan kerana memperkenalkan anak kepada media sosial terlalu awal?

Adakah anda akan mengaburkan wajah anak dalam gambar sebelum ia dimuatnaik ke media sosial?

Kongsi pendapat anda tentang keselamatan di media sosial dalam ruangan komen di bawah.

Sumber rujukan: Yahoo Style, The Guardian dan Stuff

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial - Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham