Bolehkah Niat Korban Dan Akikah Pada Seekor Haiwan Yang Sama? Ini Jawapan Ustaz

Korban dan akikah menggunakan seekor haiwan dibolehkan dalam Islam jika ibu ayah tidak memiliki kemampuan mengasingkan kedua-dua ibadah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu ayah yang belum lagi melaksanakan akikah untuk anak, anda mungkin tertanya-tanya adakah dibolehkan untuk niat korban dan akikah pada seekor haiwan yang sama.

Sebenarnya agama Islam merupakan agama yang sangat mudah. Untuk penjelasan lanjut mengenai hal ini, Dr.Syed Shahridzan Ben-Agil ada jawapannya.

Apa yang anda boleh baca menerusi artikel ini?

  • Apakah hukum melakukan ibadan korban dan akikah secara serentak pada seekor haiwan yang sama?
  • Hukum akikah adalah sama seperti ibadah korban
  • Lebih afdhal jika dibuat secara berasingan
  • Jika ibu ayah berkemampuan, adalah lebih elok jika diasingkan kedua-dua ibadah

Apakah hukum melakukan ibadan korban dan akikah secara serentak pada seekor haiwan yang sama?

Berdasarkan perkongsian menerusi akaun Facebooknya, Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil kongsikan 9 sebab seseorang boleh melaksanakan dua ibadah serentak menggunakan seekor haiwan yang sama.

#1. Menurut ulama mazhab Syafi'ie, hukum akikah adalah sama hukumnya dengan ibadah korban dari sudut kadar makan untuk ahli keluarga, pemberian atau hadiah, sedekah, tidak boleh dijual, dan seumpamanya.

#2, Berdasarkan hadis yang sahih, seekor lembu boleh dibahagikan kepaada tujuh bahagian untuk dikongsi. Begitu juga dengan unta. Seperti mana yang disebut dalam riwayat sahih Imam Muslim:

عن جابر بن عبد الله قال: نحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الحديبية البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Sayyidina Jabir RA berkata, "kami melakukan ibadah korban bersama Rasulullah ﷺ pada tahun Hudaibiah iaitu seekor untuk untuk tujuh (bahagian) dan seekor lembu untuk tujuh (bahagian)".

Hukum akikah adalah sama seperti ibadah korban

Oleh kerana hukum akikah sama seperti ibadah korban maka menurut mazhab Syafi'ie, adalah dibolehkan percampuran antara tujuh bahagian tersebut antara korban dan akikah.

Tambahan pula satu bahagian itu diqiyaskan dengan seekor kambing. Hal ini telah dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam 'Fatawa fiqhiyyah Kubra':

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

أما لو ذبح بدنة أو بقرة عن سبعة أسباب منها ضحية وعقيقة, والباقي كفارات في نحو الحلق في النسك, فيجزئ ذلك.

Maksudnya: "Manakala jika seseorang menyembelih seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian atas beberapa tujuan, antaranya korban dan akikah, manakala yang bakinya untuk kaffarah seperti bercukur ketika ibadah haji maka hukumnya sah."

Manakala satu bahagian atau seekor digabungkan antara niat korban dan akikah adalah khilaf antara Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar.

Menurut Imam Ibn Hajar, jika digabungkan kedua-dua niat pada seekor kambing maka ia tidak sah kedua-duanya, sepertimana yang dinyatakan di kitab "Tuhfah al-Muhtaj":

وظاهر كلام المتن والأصحاب أنه لو نوى بشاة الأضحية والعقيقة لم تحصل واحدة منهما وهو ظاهر ؛ لأن كلا منهما سنة مقصودة ولأن القصد بالأضحية الضيافة العامة ومن العقيقة الضيافة الخاصة ولأنهما يختلفان في مسائل

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Menurut zahir teks(matan minhaj) dan kata-kata ashab(ulama mazhab Syafi'ie) Jika seseorang berniat seekor kambing untuk korban dan akikah maka tidak sah satu pun dari kedua-duanya dan ini adalah yang nyata. Ini kerana setiap satunya merupakan 'sunnah maqsudah' dan kerana tujuan ibadah korban ialah diyafah(layanan) umum, manakala akikah diyafah khusus. Kedua-duanya berbeza dari sudut permasalahan-permasalahannya.

Lebih afdhal jika dibuat secara berasingan

#5. Berlainan pula dengan Imam Ramli di dalam kitab "Nihayah al-Muhtaj" berbeza pendapat dengan Imam Ibn Hajar, kata beliau: 

ولو نوى بالشاة المذبوحة الأضحية والعقيقة حصلا خلافا لمن زعم خلافه

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Jika seseorang itu berniat dengan seekor kambing yang disembelih dengan niat korban dan akikah maka mendapat ganjaran kedua-duanya, ia berlainan dengan sesiapa yang menyangka berlawanan dengan (pendapat) ini(iaitu tidak sah).

#6. Menurut Imam Ramli, jika satu bahagian atau seekor kambing digabungkan dua niat maka hukumnya sah dan dapat ganjaran kedua-duanya. Namun, seperti mana  menurut kaedah ganjaran yang diperolehi itu tidak sempurna berbanding dibuat berasingan. Oleh itu, lebih afdal dibuat secara berasingan dan lebih menepati falsafah ibadah.

#7. Apa pun ini perkara khilaf di antara Imam Ramli dan Ibn Hajar iaitu dalam isu satu bahagian atau seekor kambing boleh digabungkan niat atau tidak, maka boleh memilih mana-mana pendapat yang dirasakan selesa. Namun lebih afdal diasingkan untuk keluar dari masalah khilaf.

Jika ibu ayah berkemampuan, adalah lebih elok jika diasingkan kedua-dua ibadah

#8. Manakala tujuh bahagian lembu untuk dicampurkan antara korban dan akikah adalah diharuskan di dalam mazhab Syafi'ie. Ia tidak sama dengan satu bahagian atau seekor kambing digabungkan dua niat. Ini melibatkan bahagian yang berbeza diniatkan dengan ibadah yang berbeza.

#9. Jalan yang lebih selamat adalah keluar daripada khilaf, iaitu tidak menggabungkan korban dan akikah pada satu bahagian atau seekor kambing, terutama seseorang yang berkemampuan yang tinggi. Lebih elok jika diasingkan antara keduanya. Namun, jika seseorang itu memiliki perbelanjaan yang terhad serta sukar untuk dapat wang yang mencukupi untuk melaksanakan keduanya secara berasingan, maka dia boleh memilih pandangan Imam Ramli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Rupanya Selama Ini Kita SALAH Simpan Daging Korban! Patutlah Daging Cepat Busuk!

Baca juga: Nak Masak Rendang Daging Raya Nanti? Ini 5 Cara MELEMBUTKAN DAGING Dengan Cepat!

Baca juga:  Resipi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Penulis

Nur Sofea