Anak Kecil Anda Berisiko Hidap Obesiti, Darah Tinggi & Kemurungan Jika Kualiti Tidur Tidak Dijaga!

Kualiti tidur anak antara perkara yang ibu ayah perlu ambil berat dan tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kualiti tidur seseorang individu sebenarnya perlu dijaga dan diambil berat sejak mereka kecil lagi. Bukan bila dah besar baru anda nak trained mereka.

Bukan tak boleh atau sudah terlambat, tetapi agak sukar dan ia mungkin sudah beri kesan kepada perkembangan anak malah lebih buruk menurut pakar mereka boleh menghidap penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan jika kualiti tidur tidak dijaga. 

Memang diakui pakar, ramai ibu bapa yang menyesal kerana tidak menjaga kualiti tidur anak sejak kecil, kerana mereka nampak kesannya apabila anak semakin meningkat umur

Kualiti tidur anak kecil wajib dijaga

Kredit: republika

Kenapa perlu dijaga kerana tidur adalah keperluan yang sangat penting untuk anak. Otak mereka juga berkembang ketika tidur. Malah bila tidur, sistem badan reset semula. 

Bayangkan jika mesin berterusan beroperasi tanpa reset atau rehat, ia boleh rosak juga kan? Sama juga dengan anak kecil anda. Disebabkan itu rehat dan tidur yang berkualiti sangat penting untuk mereka. 

Darah tinggi tak mustahil serang kanak-kanak, boleh buat mereka sawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: rayhaber

Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.

Menurut portal myhealth, penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan bukan asing lagi dalam kalangan kanak-kanak. 

Tekanan darah tinggi (hipertensi) pada kanak-kanak dinilai berdasarkan kumpulan kanak-kanak dengan tekanan darah yang sama atau lebih tinggi daripada 95% kanak-kanak yang sama umur, jantina dan ketinggian dengan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, doktor memiliki carta panduan bacaan tekanan darah bagi kanak-kanak mengikut jantina, umur dan ketinggian mereka.

Adakalanya, tekanan darah menjadi amat tinggi sehingga kanak-kanak mengalami sawan, kesukaran bernafas dan berubah tingkah laku/hilang tahap kesedaran (Hypertensive Emergency).

Sekiranya anak mengalami obesiti pula, ia boleh menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna, dan sering mengalami gangguan pernafasan yang berulang-ulang sepanjang waktu tidur.

Tanda anak tak cukup tidur

  1. Bayi yang tidak aktif pada siang hari kemungkinan tidak cukup tidur. Berikan mainan kepada bayi atau cuba agah si manja anda, jika dia macam hendak tak hendak layan mungkin si manja masih mengantuk.
  2. Bayi tidak mahu bangun semasa anda kejutkan dia dari tidur. Tandanya, si manja anda masih ingin tidur lagi.
  3. Meragam. Salah satu tanda bayi tidak cukup tidur adalah dia meragam di siang hari. Rasa letih dan mengantuk membuatkan emosi bayi tidak menentu.
  4. Jika bayi anda tidur lebih awal daripada biasa pada waktu tidur malamnya, ini mungkin kerana dia tidak cukup tidur.
  5. Adakah bayi anda satu hari tidak tidur siang? Jika ya, dia memang tidak cukup tidur dan anda akan lihat dia meragam dan mungkin akan tidur lebih awal pada malam hari tersebut.
  6. Jika anak anda sudah melepasi usia bayi, tanda dia tak cukup tidur juga pelbagai termasuklah dia kelihatan lesu dan tidak bersemangat
  7. Selain itu anak anda juga mungkin akan jadi mudah marah kerana dia kurang rehat. 

Tanda anak terlalu letih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pa&ma

Bila ibu ayah tidak perasan yang anak mereka ini sebenarnya sudah terlalu letih, keadaan boleh bertambah buruk sebab bayi atau anak kecil akan menjadi lebih sukar nak tidur nanti.

Jadi sebab itulah penting untuk kita kenali tanda overtired baby.

Antaranya:

  1. Bayi menggosok mata atau muka
  2. Moody, meragam
  3. Mengelakkan eye contact
  4. Menjadi lebih clingy, tidak mahu diletak
  5. Tidak berminat dengan mainan, makanan, atau apa-apa yang biasanya disukai
  6. Menjadi semakin aktif apabila waktu berjaga semakin lama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: siraplimau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Baca juga: 3 Tip Bagi Anak Senang Tidur Awal Setiap Malam Untuk Elak Penyakit

Penulis

Lala Annuar