Benarkah Tabiat Suka Makan Kulit Ayam PENYEBAB Sista Ovari? Ini Info Wanita Kena Tahu!

Kulit ayam antara bahagian yang paling digemari ramai. Paling sedap ia dihidangkan secara goreng bagi memberikan rasa lebih rangup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan rakyat Malaysia suka makan ayam termasuklah bahagian kulit ayam. Dianggarkan, sejumlah 1.8 juta ekor ayam sehari dimakan oleh kita.

Jumlah itu sekali gus menunjukkan betapa banyaknya rakyat Malaysia gemar memakan ayam. Tidak kira di mana sahaja - di pasar malam atau di restoran - hidangan ayam pasti disukai ramai.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Benarkah tabiat makan kulit ayam boleh mendatangkan risiko kesihatan?
  • Isu wanita suka kulit ayam berisiko hidap sista ovari
  • Jenis-jenis sista ovari

Benarkah tabiat makan kulit ayam boleh mendatangkan risiko kesihatan?

Malangnya, selama bertahun lamanya pakar kardiologi dan nutrisi memberitahu yang memakan kulit dan bahagian berlemak lain pada ayam tidak elok untuk anda.

Menjadi amalan segelintir kita juga untuk membuang terlebih dahulu kulit pada ayam terlebih dahulu sebelum ia dimasak.

Walau bagaimanapun kini, difahamkan kulit ayam bukanlah tidak bagus seperti yang kita pernah kita sangkakan.

Kenapa? Kerana kebanyakan lemak pada ayam adalah jenis yang sihat dan tidak tepu, memberi manfaat kepada jantung kita. Menurut Harvard School of Public Health, lemak tidak tepu boleh merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, berpada-padalah dalam memakan kulit ayam. Daging ayam, termasuk kulitnya memiliki lebih banyak omega-6s berbanding lain-lain daging, bermaksud ia boleh meningkatkan inflamasi dalam badan kita.

Justeru, janganlah mengambil kulit ayam secara berlebihan. Kesederhanaan dan pengawalan diri adalah penting.

Bagi persoalan sama ada wanita yang suka makan kulit ayam berisiko menghidap sista ovari, jawapannya mungkin tidak.

Sista ovari adalah satu kantung atau karung berisi cairan berbentuk lendir, air atau darah yang berada di dalam kilang telur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sista terbabit boleh membesar tanpa disedari. Cairan di dalam sista (atau kantung) dihasilkan sel aktif atau tidak normal yang membentuk sista berkenaan di dalam kilang telur (ovari).

Terdapat empat jenis sista yang biasa terjadi iaitu sista biasa, endometriosis, sista dermoid dan sista folikel.

Sista biasa meerupakan jenis paling biasa ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Ia terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan daripada ovari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakalanya sista ovari dalah jenis endometriosi (penyakit senggugut) ataupun ketumbuhan yang kebanyakannya ialah benigna (bukan kanser) dan sista jenis ini memerlukan rawatan sama ada secara memakan ubat atau pembedahan.

Sista ini mengandungi darah pekat lama yang dinamakan sista coklat kerana rupanya yang seakan-akan coklat masakan. Penyakit ini biasa akan menyebabkan pembentukan parut dan lekatan pada organ pelvis.

Dalam pada itu, sista dermoid terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadangkala bercampur dengan tisu rambut, lemak dan rawan.

Ia adalah sista yang dibawa sejak kecil dan kadang kala kehadirannya tidak disedari melainkan saiznya yang sudah membesar seiring dengan pertambahan usia. Kemungkinan ia boleh disedari melalui tanda seperti kitaran haid yang tidak teratur, sakit atau menjumpai bengkak di bahagian perut.

Dalam pada itu, sista folikel berbentuk cecair tidak berwarna dan berasal daripada sel karung telur sendiri yang tidak memberi gerak balas kepada hormon kitaran haid dan saiznya boleh membesar tanpa surut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Pilihan SARAPAN IBU HAMIL, Baik Untuk Ibu & Perkembangan Bayi Dalam Kandungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Susu Badam Kaya Dengan Khasiat Bagus Untuk Ibu Hamil Serta Janin - Cubalah Sendiri Hari Ini

Baca juga: Sedapnya Si Kecil Makan Mangga Manis, Ini 7 Kelebihan Buah Mangga Bagi Kesihatan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

sofian