TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Duit Makin Kurang Hati Jadi Gelisah, Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Untuk Kekal Tenang

1 Aug, 2023
Bila Duit Makin Kurang Hati Jadi Gelisah, Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Untuk Kekal Tenang

Masalah kewangan tidak semestinya perlu diselesaikan dengan duit. Bila rasa resah dan gelisah setiap kali kurang duit, cuba cara mudah ini.

Duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. Jadi tidak ada salahnya jika kita bekerja dan berusaha mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Yang salahnya apabila kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT sehingga membuatkan kita rasa sangat gelisah bila kurang duit dalam tangan. 

Dan jika anda masih belum jumpa jalan penyelesaiannya, ikuti 5 tips untuk kita sentiasa tenang walaupun kurang duit seperti dikongsikan oleh Md Azhari Daud menerusi laman Facebook miliknya.

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega. Duit makin kurang hati gelisah. Tiada duit lagilah tak tentu arah.
Ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun buka dompet tapi kosong. Duit tak ada.

5 tips untuk kekal tenang walaupun kurang duit

kurang duit

1. Asingkan duit

Setiap kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.
Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restock barang. Senang. Duitnya dah ada.

2. Simpan duit dan tutup mata

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.
Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari
Kemudian, lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata 

3. Baca doa bila keluarkan duit

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”.
 
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.

4. Bersyukur bila dapat duit

Stories Rakan Kongsi
Want to Go on a Babymoon? Here are some top experiences you can enjoy
Want to Go on a Babymoon? Here are some top experiences you can enjoy
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
 
5. Sentiasa berzikir 
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
 
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
 
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka.” Ingat, masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit.

Facebook Md Azhari Daud

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jimat Berbelanja Dengan Duit Gaji, Wanita Ini Kongsi 10 Cara Urus Kewangan Yang Boleh Anda Ikuti

Baca juga: Tips Menabung Untuk Suami Isteri, Ibu Ini Kongsi Rahsia Untuk Jimat Cermat Dengan Mudah

Baca juga: Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu ‘Selamatkan’ Duit Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bila Duit Makin Kurang Hati Jadi Gelisah, Lelaki Ini Kongsi 5 Tips Untuk Kekal Tenang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham