Pulau Langkawi, sebuah pulau yang tidak asing lagi di Malaysia berzaman lagi. Pulau Langkawi sebuah Pulau yang kaya dengan sejarah, di samping menjadi tarikan pelancong.
Gambar dari Astro Awani
Namun demikian, di samping dengan jolokan “sumpahan Mahsuri”, sumpahan ini seolah-olah tidak berkesudahan. Manakan tidak, Pulau Langkawi sekarang sudah dicemari dengan longgokan sampah pepejal. Sampah pepejal ini dilonggok di tepian Sungai Kilim.
Ini disebabkan oleh loji incinerator (loji pembakar) yang gagal berfungsi menyebabkan sampah dan sisa pepejal dilambakkan di tepian Sungai Kilim sahaja, lantas menjejaskan ekosistem di sekitarnya.
Tindakan ini mengakibatkan habitat asal yang menempatkan lebih 40 spesis tumbuhan paya bakau di sekitar Sungai Kilim terjejas, selain menjejaskan habitat haiwan liar di sekitarnya. Tambahan pula, bahan mudah larut sudah meresap ke dalam tanah dan air Sungai Kilim.
Penduduk tempatan Pulau langkawi, merangkap Ketua Komuniti Nelayan di Sungai Kilim (Omar Arifin) melihat sendiri air dari sampah berwarna gelap, hitam dan berbuih masuk ke Sungai Kilim sejak 14 Ogos yang lalu. Kemelut 20 tahun ini ibarat bom jangka bagi Pulau Langkawi kerana ia memberi kesan amat buruk kepada ekosistem, manusia serta ekonomi Pulau Langkawi.
Gambar dari Astro Awani
Pelancong juga membatalkan hasrat untuk melihat hutan paya bakau kerana mengadu terhidu bau busuk, dan lantas membatalkan niat mereka. Mereka juga mempersoalkan kehadiran bau busuk di sekitar Sungai Kilim, samada bau yang ada ini adalah bau daripada Sungai Kilim, ataupun memang bau sampah.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang gagal bertindak, ujar Erik R. Sinayya; Aktivis Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Langkawi. Keselamatan air di sekitar Langkawi dipersoalkan, dan sama ada hidupan laut di sana layak untuk dimakan atau tidak.
Bakteria E coli sememangnya bakteria yang semestinya hidup di dalam Sungai Kilim mencemarkan air, tanah dan memudaratkan kesihatan semua yang terdedah kepadanya. Pelancong dan kanak-kanak juga terdedah kepada risiko kepada seperti kencing tikus dan lain – lain.
Artikel dipetik dari Astro Awani
Kita boleh membantu melalui cara-cara berikut:
Kitar semula
Gambar dari Recycling Rangers
Kita haruslah memupuk sifat kitar semula di dalam diri kita untuk membantu ekosistem kami yang semakin terjejas. Kita haruslah mengurangkan jejak dan tapak kami pada alam sekitar melalui program kitar semula. Botol plastik, bekas makanan plastik, bekas polystyrene, botol kaca, dan lain lain boleh dikitar semula.
Guna semula
Gambar dari Idea Magz
Botol dan bekas makanan plastik boleh digunakan semula untuk pek makanan dari rumah, simpan bahan makanan untuk disejukkan atau digunakan untuk projek seni dan kraftangan. Botol platik boleh digunakan untuk membuat pasu bunga, perabot, pakaian dan lain lain.
Mengurangkan Penggunaan
Gambar dari BasilIndustry Etsy
Kita haruslah mencari alternative kepada bahan plastik untuk mengurangkan penggunaannya. Gunalah “tiffin” untuk pek makanan dari rumah atau kedai. Ia lebih baik untuk alam sekitar dan boleh diguna semula. Gunalah bekas kaca untuk kopi pagi anda dan ia juga bolehlah digunakan semula.
Kita patut membuat pilihan setiap hari untuk membantu alam sekitar. Kita harus melakukan semua yang kita boleh untuk membantu menyelamatkan persekitaran serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!