X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Wanita ini nyaris kena kanser vagina kerana pakai seluar dalam kotor selama SEBULAN!

4 min bacaan
Wanita ini nyaris kena kanser vagina kerana pakai seluar dalam kotor selama SEBULAN!Wanita ini nyaris kena kanser vagina kerana pakai seluar dalam kotor selama SEBULAN!

Doktor terkejut apabila mendapati wanita yang dirawatnya mempunyai luka pada kemaluan yang biasanya dihidapi oleh wanita yang sudah menopaus.

Menjaga kebersihan diri memang sangat penting, lebih-lebih lagi buat wanita. Membersihkan kemaluan dengan betul dan memakai seluar dalam yang bersih setiap hari adalah penting. Tapi, tak semua wanita mengamalkan kebersihan diri yang ketat.

Seperti contoh seorang wanita dari China ini. Dia mengalami luka pada kemaluan yang boleh menjadi kanser kerana memakai seluar dalam yang sama selama lebih sebulan! Ya Tuhan!

Tak jaga kebersihan diri punca gadis ini mendapat luka pada kemaluan

luka pada kemaluan, seluar dalam kotor, kebersihan diri, menjaga kebersihan baju dalam, luka pada vulva, kemaluan luka dan gatal

Fang Fang yang berusia 23 tahun dari Wuhan, Hubei ini dilaporkan sudah berbulan-bulan tidak sihat, tapi dia tak tahu apa puncanya. Beberapa hari selepas dia mengadu asyik loya, dia mengalami sakit perut yang terlampau.

Atas nasihat rakannya, dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan menerima berita yang mengerikan.

Doktor yang memeriksa Fang terkejut melihat luka pada kemaluan Fang. Luka ini boleh menjadi kanser jika tidak dirawat. Selepas melihat keadaan luka yang teruk, mereka membuat keputusan untuk membedahnya bagi membuang luka pada kemaluan Fang.

Doktor-doktor yang merawat Fang keliru kerana luka jenis ini jarang dihidapi oleh wanita muda dan biasanya dihidapi oleh wanita berusia yang sudah menopaus.

Mereka akhirnya menemui sebab sebenar luka tersebut apabila menyoal Fang, mendapat tahu yang Fang tak menjaga kebersihan dirinya.

Fang memakai seluar dalam yang sama lebih dari sebulan!

Fang memberitahu doktor yang dia mempunyai habit memakai seluar dalam yang sama selama lebih sebulan. Dia juga menambah yang dia memakai bra yang sama secara berterusan selama dua minggu.

AM370 melaporkan yang gadis ini mengaku dia malas untuk membasuh seluar dalamnya.

“Saya malas dan jarang membasuh pakaian dalam. Apabila saya datang haid, saya akan terus memakai seluar dalam yang sama selama sebulan dan akan bersihkan seluar dalam dengan tisu,” dia mendedahkan.

Doktor juga memberitahu media, selain dari kurang menjaga kebersihan diri, gaya hidup tak sihat juga menjadi punca Fang mengalami luka pada kemaluan ini.

Pakar perubatan ini mendedahkan yang Fang selalu tidur lambat, merokok dan minum alkohol yang juga menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pakar ini menasihatkan para wanita untuk mengekalkan gaya hidup sihat serta mengamalkan kebersihan diri yang betul.

Luka pada kemaluan: Berapa kerap anda perlu cuci pakaian dalam? 

luka pada kemaluan, seluar dalam kotor, kebersihan diri, menjaga kebersihan baju dalam, luka pada vulva, kemaluan luka dan gatal

Tak seperti bra yang perlu dibasuh maksimum selepas tiga kali penggunaan (atau lebih kerap), seluar dalam perlu dibersihkan setiap kali selepas memakainya.

Sebabnya mudah. Seluar dalam yang sudah digunakan mengandungi mikroba yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ini termasuk, jangkitan saluran kencing, paru-paru berair, jangkitan darah atau e-coli dan ulser.

Malah, pengkaji juga menemui, lebih kurang sepuluh gram najis kita akan kekal dalam seluar dalam selepas membuang air besar.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Charles Gerba, profesor mikrobiologi di Universiti Arizona, menyimpulkan

“Membasuh satu muatan seluar dalam di dalam mesin basuh boleh merebakkan 100 juta E.coli dalam air yang kemudiaannya boleh merebak pada muatan yang berikutnya.

Cara yang betul untuk basuh seluar dalam bagi mengelakkan luka pada kemaluan

  • Basuh tangan adalah cara yang terbaik, tapi jika anda tak ada masa untuk membuatnya setiap hari, anda boleh gunakan mesin basuh.
  • Cuma pastikan anda basuh pakai dalam anda berasingan dengan pakaian biasa jika anda nak elak dari mendapat luka pada kemaluan.
  • Suhu basuhan. Biasanya, anda perlukan kepanasan setinggi 40 darjah selsius untuk mematikan bakteria yang mungkin hidup dalam seluar dalam anda.
  • Jemur bawah cahaya matahari. Kerana seluar dalam mudah untuk menjadi rumah pada bakteria, membasuh dengan air panas saja tak cukup. Anda perlu cuba keringkan bawah cahaya matahari supaya ia dapat membakar bakteria yang tertinggal.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Deepshika Punj dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Berapa kerap anda perlu basuh baju dalam atau bra itu sebenarnya?

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Wanita ini nyaris kena kanser vagina kerana pakai seluar dalam kotor selama SEBULAN!
Kongsikan:
  • 9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

    9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

  • 5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

    5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • 9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

    9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

  • 5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

    5 perkara wajib yang ibu perlu buat walaupun sibuk mengurus anak dan keluarga

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.