Magnesium flakes atau serpihan magnesium kaya dengan magnesium klorida yang merupakan bentuk magnesium yang paling semula jadi yang bagus untuk menambah badan anda dengan salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh badan.
Isi Kandungan
Apa Itu Magnesium Flakes?
Menurut pengarang buku The Tao of Detox, Daniel Reid, magnesium klorida adalah bentuk yang paling mudah diserap dan digunakan untuk mendapatkan magnesium bagi tujuan metabolik dalam sel-sel tubuh manusia. Magnesium klorida adalah bentuk semula jadi magnesium yang terdapat di dalam air laut.
Manfaat yang terhasil daripada rendaman kaki atau badan dengan kepingan magnesium sangat banyak ia termasuklah melegakan sakit-sakit badan, peningkatan tenaga, sokongan sistem kardiovaskular, menyokong proses detoksifikasi, menyokong fungsi-fungsi otak, peningkatan mood dan pengurangan tekanan dari ketegangan yang berkaitan, sokongan untuk kulit yang sihat dan beberapa faedah yang lain.
Kebaikan Magnesium Flakes Untuk Kesihatan Bayi
Bayi biasanya dilahirkan dengan simpanan magnesium yang bergantung pada tahap magnesium ibu. Sesetengah simpanan ini digunakan semasa mengandung, bersalin dan semasa kelahiran, yang bermaksud bayi mungkin mempunyai simpanan magnesium yang rendah jika ibu mereka tidak mendapat magnesium yang mencukupi sebelum hamil.
Kekurangan magnesium pada bayi telah dikaitkan dengan masalah pernafasan, sawan, kecacatan sistem imun dan masalah buah pinggang. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan hubungan antara kelahiran pramatang dan kekurangan magnesium.
Lebih 100 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Benar dalam makanan magnesium ada pada bayam, kacang, coklat gelap, pisang, tauhu dan sebagainya tetapi anak kecil biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit.
Ibu ayah boleh mencuba suplement magnesium untuk anak dalam bentuk kepingan atau magnesium flakes, minyak atau losyen.
1. Tidur yang baik
Bayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan waktu tidur yang mencukupi untuk membesar dan berfungsi dengan baik namun lonjakan pertumbuhan, penyakit, tekanan dan faktor lain kadangkala boleh menyebabkan tidur mereka terganggu yang menjejaskan tahap tenaga, sistem imun dan mood anak anda.
Magnesium terbukti sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan jumlah tidur dan kualiti tidur yang anda alami. Sesetengah magnesium disapu pada badan sebelum waktu tidur atau mandian magnesium flakes yang menenangkan untuk bayi, dan kanak-kanak kecil selalunya boleh memberi mereka tidur yang lebih nyenyak dan menyegarkan.
2. Sakit ketika membesar
Merasa sakit ketika proses tumbesaran adalah perkara biasa bagi bayi dan kanak-kanak kecil. Tetapi adakah ibu ayah tahu magnesium boleh membantu?
Sebagai relaksasi otot semula jadi dan anti-radang, magnesium boleh melegakan kesakitan yang disebabkan oleh pertumbuhan tulang dan otot. Hanya sapukan sedikit minyak magnesium terus ke kawasan yang terjejas untuk melegakan atau dengan mandian magnesium flakes.
Dengan penggunaan magnesium transdermal, adalah perkara biasa untuk mengalami sensasi kesemutan pada kulit. Kesemutan berkurangan dengan penggunaan biasa walaupun anda boleh mencairkannya dengan air jika perlu.
3. Tingkat imun anak
Magnesium sulfat dalam garam membantu membuang sebarang logam berat dan toksin daripada sel-sel dalam badan kita. Ini adalah bagaimana ia membantu meningkatkan sistem imun anak!
4. Membantu menenangkan otot dan melegakan sistem saraf.
Ini boleh menjadi bagus untuk kanak-kanak yang sangat cemas atau kanak-kanak kecil yang mungkin tertekan atau bimbang tentang situasi sekolah. Tekanan boleh menjadi punca utama jatuh sakit, jadi jika kita memberi diri kita atau anak-anak kita sedikit masa untuk berehat dan melegakan kebimbangan, ini juga akan meningkatkan imuniti mereka dan mengurangkan peluang untuk jatuh sakit!
5. Meningkatkan penghidratan kulit dan meningkatkan fungsi penghalang kulit
Ini dapat membantu mengurangkan sebarang keradangan dalam badan. Mandian magnesium sangat baik untuk si kecil yang mempunyai ekzema, selaran matahari, poison ivy, ruam, atau masalah kulit kering yang lain.
6. Membantu mengawal peredaran yang lemah.
Ibu ayah boleh ucapkan selamat tinggal kepada kaki dan tangan yang sejuk itu pada musim sejuk! Magnesium juga dapat membantu penyerapan vitamin dan mineral lain.
7. Mengawal sindrom ADHD dan hiperaktif
Adakah anda tahu penyelidikan telah menunjukkan hubungan antara kekurangan magnesium dan ADHD dan hiperaktif pada kanak-kanak? Apabila anda menganggap bahawa magnesium secara semula jadi menenangkan sistem saraf dan menghasilkan serotonin (bahan kimia yang mengawal tidur dan meningkatkan mood), tidak sukar untuk mengetahui sebabnya.
Mandian magnesium flakes bukan sahaja membantu menenangkan kanak-kanak, tetapi ia juga terbukti dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya fokus dan perhatian mereka.
Pemilihan Magnesium Flakes Terbaik
Ibu pasti mempunyai persoalan tentang magnesium flakes sebagai pilihan topikal. Anda mungkin tertanya-tanya sama ada magnesium topikal berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan anak anda.
Jawapannya adalah ya! Magnesium boleh menyerap melalui kulit sama sepeti pengambilan secara oral. Bagi sesetengah orang, ini mungkin cukup sebagai rangsangan untuk membetulkan isu tersebut tetapi ia tidak setanding dengan dos dalaman untuk mencapai dos terapeutik.
Jika anda tidak pasti sama ada anak anda mendapat magnesium yang mencukupi, jalan terbaik ialah bekerjasama dengan pakar pemakanan atau doktor berpengalaman yang boleh menasihati anda.
4 Magnesium Flakes Terbaik Untuk Kesihatan Bayi Dan Anda
Life-flo Pure Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Dengan Kandungan Berkualiti Tinggi
|
Beli di Lazada |
Elementz Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Jenama Lokal
|
Beli di Lazada |
Jamu Ratu Malaya Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga
|
Beli di Lazada |
BetterYou Magnesium Sleep Flakes Pure
Magnesium Flakes Terbaik Untuk Tidur Yang Lena
|
Beli di Lazada |
Life-flo Pure Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Dengan Kandungan Berkualiti Tinggi
Life-flo Pure Magnesium Flakes ialah kristal magnesium klorida yang sangat pekat dari Dasar Laut Zechstein purba Belanda, salah satu sumber terbaik di dunia.
Ditemui 1,600 hingga 2,000 meter di bawah permukaan bumi, dasar laut menawarkan magnesium murni, berkualiti tinggi jauh daripada pencemaran moden dan diperkaya dengan unsur surih daripada air laut purba.
Tambahkan satu hingga tiga cawan serpihan magnesium ke dalam mandian air suam, kemudian rendam mengikut keperluan untuk menenangkan dan menyegarkan otot yang digunakan secara berlebihan, melembapkan kulit di seluruh badan dan menggalakkan keadaan fikiran yang tenang dan santai.
Atau cubalah sebagai rendam kaki untuk memanaskan kaki untuk kelonggaran yang optimum apabila anda telah berdiri terlalu lama.
Seperti kebanyakan produk kami, Pure Magnesium Flakes dihasilkan di kemudahan kami sendiri, dan dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi yang sentiasa diuji makmal untuk potensi dan ketulenan itulah perbezaan Life-flo, nama yang dipercayai oleh pelanggan kami untuk lebih daripada 25 tahun!
Apa yang kami suka :
- Dihasilkan di kilang sendiri dan dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi yang sentiasa diuji makmal untuk potensi dan ketulenan.
- Tiada haiwan digunakan untuk menguji produk ini.
Elementz Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Jenama Lokal
- Boleh digunakan seawal usia 2 bulan.
- Penggunaan Elementz Magnesium Flakes adalah sesuai untuk semua peringkat umur, semasa mengandung dan bagi ibu menyusu.
- Suhu mandian magnesium sepatutnya dalam 37C ke 40C dan tidak panas. Air mandi panas menggalakkan perkumuhan bukannya penyerapan. Apabila anda menambah kepingan kepada air mandi yang suam, kulit anda akan menyerap magnesium dengan lebih cekap.
Jamu Ratu Malaya Magnesium Flakes
Magnesium Flakes Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga
Magnesium Flakes merupakan garam yang merawat penyakit atau simptom melalui resapan kulit dan dikenali sebagai transdermal. Ianya digunakan secara semburan (spray mist) atau rendaman dengan melarutkan garam ke dalam air suam atau air panas terlebih dahulu.
Ia adalah sejenis garam mandian atau semburan yang banyak digunakan dalam perubatan transdermal, iaitu rawatan melalui kulit. Magnesium Flakes membekalkan mineral semula jadi dengan bertindak meresap ke dalam kulit dan merangsang sel-sel yang menghasilkan reaksi biokimia dalam sistem badan.
Apa yang kami suka :
- Ianya sesuai digunakan oleh golongan dewasa dan selamat untuk kanak-kanak seawal 2 tahun.
- Membuang toksin dan logam berat dari dlm badan
- Melegakan sakit otot
- Meningkatkan kualiti tidur
- Meredakan tekanan dan stress
- Melancarkan perjalanan darah
- Menambahkan oksigen dalam tubuh, kurangkan migrain dan sakit kepala
- Mengurangkan penyakit ekzema
- Membekalkan tahap nutrien yang lebih baik
BetterYou Magnesium Sleep Flakes Pure
Magnesium Flakes Terbaik Untuk Tidur Yang Lena
BetterYou Magnesium Chloride Bath Flakes merupakan bantuan tidur semula jadi untuk tidur lena. Ia dibuat dengan formula detoks 100% yang terdiri daripada magnesium klorida Zechstein untuk membantu tidur nyenyak.
Dibuat dengan hanya campuran mandian magnesium dan minyak pati yang diadun pakar, ia adalah untuk kelonggaran otot anda yang muktamad. Ucapkan selamat tinggal kepada sakit otot, sakit belakang dan sakit kaki pada kanak-kanak.
Apa yang kami suka :
- Ia juga boleh digunakan sebagai rendaman mandian dan rendaman kaki yang berkesan untuk melegakan badan dan kaki yang letih.
- Dibuat khusus untuk membantu tidur yang nyenyak.
- Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur tidak kira bayi atau wanita mengandung.
- Bebas vegan dan derivatif minyak sawit yang disahkan.
- Pembungkusan mesra alam yang boleh dikitar semula sepenuhnya.
Perbandingan Harga Magnesium Flakes Terbaik Untuk Kesihatan Bayi Dan Anak
Jenama | Berat | Harga |
Life-flo Pure Magnesium Flakes | 0.75 KG | RM51.90 |
Elementz Magnesium Flakes | 1 KG | RM60.00 |
Jamu Ratu Malaya Magnesium Flakes | 0.2 KG | RM74.90 |
BetterYou Magnesium Sleep Flakes Pure | 1 KG | RM198.50 |
Tip Tidurkan Anak Lena Sepanjang Malam
Tangisan bayi di tengah malam pastinya menjadi perkara paling menakutkan ibu bapa baru. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya kerana tidak cukup tidur bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena.
Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah selain mandikan dengan magnesium flakes!
1. Cukup makan
Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.
2. Urutan
Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.
3. Pakaian
Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis atau membedung bayi untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.
4. Rutin tidur
Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.
5. Persekitaran
Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram. Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.
6. Bacakan buku cerita sebelum tidur
Unrtuk anak yang lebih besarm membacakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara yang baik untuk memudahkan dia tidur. Menurut Michael Gradisar, seorang pakar psikologi klinik di Universiti Flinders, Adelaide, Australia: “Dalam kebanyakan kegiatan, membaca buku bercetak merupakan aktiviti paling santai".
7. Tiada gajet di bilik tidur
Elakkan daripada meletakkan televisyen, komputer, tablet atau telefon bimbit di bilik tidur dan elakkan anak bermain peranti seumpama itu sejam sebelum tidur. Elektronik boleh merangsang otak kanak-kanak dan cahaya biru dari peranti seperti iPad juga menghalang pelepasan melatonin.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Risau Bayi Kerap Terjaga Malam? Ini 5 Cara Untuk Buatkan Si Manja Anda Tidur Lena!
Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elak Kerap Mandikan Anak Guna Sabun!
Baca juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Waktu Siang, Ini 9 Akibat Jika Anda Mengabaikannya!