7 Manfaat Mainan Masak Masak Pada Anak, Bantu Mereka Lebih Yakin & Berfikiran Kreatif

Mainan masak masak menjadi kegemaran anak perempuan khususnya. Namun tidak salah jika anak lelaki menyukainya kerana ada banyak manfaatnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang sedang membesar banyak belajar ketika mereka bermain. Bagi anak perempuan, tentu ibu ayah membelikan mereka mainan masak masak atau doktor bagi merangsang perkembangan minda dan fizikal mereka.

Sebenarnya mainan masak masak ini tidak hanya terhad kepada anak perempuan sahaja, anak lelaki pun boleh main juga. Hal ini kerana ia memberikan banyak manfaat yang tersendiri dalam membentuk keyakinan anak serta kemahiran mereka untuk bercakap.

Manfaat mainan masak masak terhadap anak

Lebih menyeronokkan lagi apabila ibu ayah turut serta main mainan masak masak dengan anak di rumah. Semua ini akan menjadi kenangan dan diingati oleh anak sampai bila-bila.

Cara mudah untuk bermain dengan anak adalah dengan berlakon. Anda boleh berlakon menjadi pelanggan, manakala si manja menjadi tuan kedai. Minta mereka ambil order dan layan pelanggan dengan berhemah sekiranya inginkan bayaran.

Nampak biasa, tapi ia begitu melucukan apabila dapat melihat gelagat anak ketika bermain mainan masak masak besar bersama ahli keluarganya. Antara manfaat permainan kanak kanak ini adalah:

#1. Mengasah kemahiran berfikir

Selain menyeronokkan, mainan masak-masak ini mampu mengasah kemahiran berfikir si manja kerana mereka perlu memikirkan menu yang perlu disediakan di ‘restoran’ dan bahan-bahan dapur yang diperlukan untuk memasak.

Ini secara tidak langsung membuatkan anak perlu berfikir dan menyelesaikan masalah bagi membolehkan mereka memasak bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarganya.

#2. Melatih kemampuan sosial dan bekerjasama

Bermain masak masak dengan keluarga mahupun kanak-kanak yang lain dapat mengembangkan kemahiran bersosial dan si manja belajar untuk bekerjasama.

Anak kecil akan cuba membahagikan peranan dengan matlamat yang sama. Misalnya, jika mereka ingin buka ‘restoran’, seorang daripadanya hendaklah menjadi tukang masak, pembuat air dan penjadi pelayan pelanggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si manja juga dapat mempraktikkan cara meminta pertolongan dengan baik dan bertolak ansur dengan orang lain.

#3. Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi

Apabila bermain memasak, perbendaharaan kata kanak-kanak akan terus berkembang. Bermula dari mengetahui nama barang di dapur, nama bahan, hinggalah jenis masakan.

Mereka juga boleh mempelajari kata kerja dan kata adjektif baharu yang berkaitan dengan proses memasak.

Bukan itu sahaja manfaat mainan masak masak juga membolehkan si manja belajar mengekspresikan diri sambil bercerita tentang simulasi yang mereka mainkan.

#4. Merangsang kreativiti dan imaginasi

Meskipun mainan masak masak kecil, ia sudah cukup untuk meningatkan daya   imaginasi dan kreativiti kanak-kanak kerana mereka boleh mengarang cerita sambil memainkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, mereka membayangkan memiliki sebuah restoran atau berada dalam pesta, anak akan memainkan peranan dalam menguruskan pelanggan ataupun tetamu yang datang ke premis mereka.

#5. Belajar merancang dan penyimpanan

Apabila bermain memasak, kanak-kanak akan menentukan peranan yang berbeza antara dia dan rakan-rakannya. Mereka juga menyusun kesemua bahan-bahan masakan.

Anak kecil anda akan berpura-pura menyusun pinggan dan kutleri di dalam almari. Malah, mereka juga akan merancang apa yang hendak dimasak seterusnya.

#6. Memilih makanan yang sihat

Dengan menyediakan buah-buahan, sayur-sayuran, dan mainan telur, ia boleh menggalakkan kanak-kanak memilih makanan yang sihat.

Mereka membayangkan makanan yang mereka sediakan adalah dimasak dengan istimewa. Ini sekaligus membuatkan si manja ingin mencuba makanan ini dalam kehidupan sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Kemahiran motor halus

Meskipun mainan masak masak murah berbanding mainan lain, ia sebenarnya mampu mengembangkan kemahiran motor halus si manja. Contohnya, dengan mengambil alatan dapur mainan dan menggunakannya.

Secara tidak langsung, kanak-kanak melakukan kemahiran motor seperti menuang, menyusun, mencapai, dan lain-lain.

Anak-anak juga bermotivasi untuk melakukan banyak fungsi fizikal lain. Manfaat ini ternyatanya tidak dapat diperoleh jika anda hanya membiarkan si manja leka dengan skrin telefon mereka.

Justeru pertimbangkan untuk menyediakan mainan masakan ataupun apa-apa jenis mainan yang disukai anak di rumah agar minda dan fizikal mereka dapat lebih berkembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Mainan Puzzle Yang Sesuai Untuk Anak 2-4 Tahun, Bukan Sahaja Menyeronokkan, Malah Bagus Untuk Perkembangan Anak!

Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Baca juga: 10 Jenis Mainan Yang Dapat Jadi Terapi Anak Bercakap, Bantu Atasi Masalah Speech Delay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan