Boleh ke kalau makan maggi semasa mengandung? Ikuti penjelasan pakar.

Boleh ke kalau makan maggi semasa mengandung? Ikuti penjelasan pakar.

Kalau kita bau maggi memang serta-merta rasa lapar. Tapi jika anda ibu hamil, boleh ke kalau anda makan maggi semasa mengandung?

Antara persoalan yang sering ditanyakan oleh ibu hamil adalah boleh atau tak makan maggi semasa mengandung. Terutamanya jika ini adalah anak pertama, tentu anda rasa risau untuk makan maggi.

Tapi kadang-kadang tak tahan apabila membayangkan kelazatannya. Walaupun maggi mengenyangkan dan lazat, tapi ia tidak boleh memenuhi zat yang diperlukan oleh ibu semasa hamil.

Pendapat pakar tentang makan maggi semasa mengandung

makan maggi semasa mengandung, mengandung makan maggi, makan maggi ketika hamil, kesan makan maggi semasa hamil, kesan makan maggi

Dr. Benny Johan Marpaung Sp.OG, seorang pakar kandungan di RSIA Brawijaya Jakarta Selatan mengatakan, ketika mengandung, makanan yang ibu makan akan mempengaruhi perkembangan janin.

Dr. Benny menjelaskan lagi, kandungan penambah rasa dan pengawet dalam maggi adalah membahayakan untuk kandungan, dan menimbulkan kesan negatif pada bayi. Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk elak dari makan maggi semasa mengandung.

“Jika ibu mengandung betul-betul ingin makan maggi, makan hanya sebulan sekali.”

Tetapi tidak ada kajian yang menjelaskan beberapa banyak atau berapa kerap ibu mengandung boleh makan maggi.

Kandungan maggi berbahaya jika makan terlalu kerap

makan maggi semasa mengandung, mengandung makan maggi, makan maggi ketika hamil, kesan makan maggi semasa hamil, kesan makan maggi

1. Kandungan garam yang tinggi

Kandungan garam yang cukup tinggi dalam maggi boleh membuatkan ibu mengandung mendapat hipertensi. Kesan hipertensi adalah preeklampsia yang sangat berbahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Oleh kerana ini, ibu mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan gejala yang boleh membuatkan hipertensi iaitu makanan yang tinggi kandungan garam seperti maggi.

2. Kandungan bahan kimia seperti pengawet dan pewarna

Makanan seperti ini sudah tentu memiliki tambahan bahan kimia seperti bahan pengawet dan pewarna. Jika makan bahan-bahan ini terlalu kerap, ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Selain itu, maggi juga lambat untuk dicerna oleh badan dan boleh mengganggu sistem pencernaan ibu mengandung yang sering bermasalah akibat hormon.

makan maggi semasa mengandung, mengandung makan maggi, makan maggi ketika hamil, kesan makan maggi semasa hamil, kesan makan maggi

Tip makan maggi semasa mengandung

Walaupun tidak disarankan, tapi jika anda benar-benar ingin makan maggi, anda boleh makan. Tapi dengan syarat-syarat seperti di bawah:

  • Sekiranya anda makan maggi berkuah, buang air rebusan maggi dan gantikan dengan baru
  • Jangan guna kesemua perencah. Gunakan setengah sahaja untuk mengurangkan kandungan garam.
  • Tambahkan bahan lain seperti sayur-sayuran, telur atau daging untuk menambahkan nutrisi.
  • Jangan makan dengan kerap, cukup hanya sebulan sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Pengawet dalam makanan beri kesan diam-diam pada anak anda, jangan abaikan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner