Air fryer antara salah satu alatan memasak yang wajib ada di setiap dapur terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Cara guna air fryer yang mudah dan cepat juga merupakan satu kelebihan yang sangat membantu tugasan memasak terutamanya buat wanita hamil kerana ia tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
Selain memudahkan tugasan anda di dapur, air fryer juga turut memberi sedikit penjimatan dari segi masa serta kos kerana anda tidak perlu lagi memasak menggunakan minyak, malah tambahan waktu yang berbaki juga dapat dimanfaatkan untuk merehatkan diri sebaiknya.
Penggunaan air fryer ini antara peralatan dapur yang sangat berfungsi serta sesuai buat keluarga yang mempunyai ruangan dapur yang terhad serta sangat menggemari makanan bergoreng.
Apa Itu Air Fryer?
Air fryer adalah penggoreng udara atau penggoreng kering merupakan peralatan dapur yang sama seperti penggoreng makanan tetapi dengan cara tidak merendamnya di dalam minyak.
Ia berfungsi dengan menggunakan kipas yang terdapat di bahagian atas air fryer yang dijadikan sebagai mekanisma pemanasan. Udara panas dari bahagian atas akan beredar terus ke bawah dan mengenai makanan yang diletakkan di dalam bekas.
Peredaran udara yang panas ini akan menghasilkan makanan yang rangup dan menyebabkan proses keperangan melalui tindak balas tradisional Maillard.
Mesin kimpalan bawah air yang telah dicipta oleh Konstantin Khrenov pada tahun 1960 ini telah diinovasikan dengan penambahan beberapa ciri yang lebih efisien.
Melalui inovasi ini, proses penggorengan dalam kuantiti yang banyak adalah lebih mudah kerana suhu tidak dapat turun terlalu rendah dan memastikannya cukup panas untuk memasak.
Kini, ramai orang mulai suka teknik menggoreng makanan dari dalam berbanding dengan menggoreng makanan secara keseluruhan dan telah pun beralih arah penggunaan dapur gas atau elektrik kepada air fryer.
Adakah Makanan Bergoreng Menggunakan Air Fryer Baik Untuk Kesihatan Anda?
Pengambilan makanan yang berlemak, berminyak atau apa-apa makanan yang bergoreng akan mendatangkan kesan yang tidak baik pada kesihatan kita. Ia akan mendatangkan komplikasi yang lebih teruk jika semua jenis makanan ini anda ambil secara berlebihan atau tanpa had.
Tidak dinafikan, makanan sebegini memang enak dan kena dengan selera anda, tetapi mengambil dan memakannya secara berlebihan bukanlah satu perkara yang baik yang mana kesihatan anda sendiri yang akan terjejas dan mudah mendapat penyakit.
Bagi pilihan yang lebih sihat dan selamat, teknik menggoreng makanan menggunakan air fryer adalah pilihan yang lebih tepat. Makanan bergoreng mempunyai sedikit lemak, kurang kolesterol dan kurang bahan kimia yang berbahaya.
Malah, sekiranya anda dalam proses penurunan berat badan atau sedang mengurangkan pengambilan karbohidrat, pemilihan air fryer untuk memasak adalah langkah yang lebih baik.
Tetapi sekiranya anda risau kalau teknik memasak ini mengurangkan sumber protein yang terdapat di dalam makanan tersebut, anda boleh tambahkan menu dengan salad dan sayur-sayuran yang lain sebagai sumber utama protein anda.
Namun begitu, perlu sentiasa diingat walaupun teknik air fryer ini merupakan salah satu alternatif yang lebih inovatif, itu tidak bermaksud ia adalah pilihan terbaik untuk kesihatan umum anda.
Kebaikan Dan Keburukan Memasak Dengan Cara Guna Air Fryer
#1. Kebaikan
- Makanan bergoreng udara lebih berkhasiat berbanding makanan bergoreng dan berlemak melalui teknik memasak yang lain.
- Mengurangkan lemak, kolesterol dan juga lain-lain lagi yang boleh mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan.
- Sangat sesuai buat anda yang ingin turunkan berat badan secara sihat dan mengehadkan pengambilan lemak dalam makanan yang diambil.
- Menggunakan kaedah memasak melalui air fryer adalah lebih murah dan menjimatkan banyak masa anda berbanding membeli makanan di luar.
#2. Keburukan
- Terdapat pelbagai ciri serta fungsi yang membezakan di antara semua model yang ada di pasaran. Perbezaan ini menyebabkan anda perlu memasak dengan teknik atau cara yang berbeza pada tahap suhu yang tertentu dengan set fungsi yang berlainan. Melalui ciri dan fungsi yang berbeza ini, ia akan menyebabkan makanan anda menjadi kering, terbakar bahkan tidak dapat dihadam dengan baik kerana suhu yang digunakan adalah tidak sesuai.
- Alat penggoreng ini juga mempunyai kord kuasa yang pendek.
- Walaupun menggoreng makanan dengan air fryer adalah lebih selamat, tetapi ia turut terkesan dan dikaitkan dengan beberapa kesan kesihatan yang tidak diingini seperti serangan jantung, tekanan darah, diabetes (jenis 2) dan juga beberapa bentuk kanser.
Makanan Yang Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer
Antara makanan yang boleh dimasak menggunakan air fryer adalah seperti berikut :
- ayam, jejari ayam, nuget
- sayur-sayuran
- cincin bawang
- kentang goreng
- keju
- ikan
- pizza
- donut
Sesetengah model air fryer juga mempunyai tetapan roti bakar, membuat kek dan makanan lain yang menggunakan kaedah bakar.
Panduan Cara Guna Air Fryer
Bagi anda yang baharu pertama kali mencubanya, ini adalah cara menggunakan air fryer yang perlu anda ketahui :
- Langkah pertama adalah panaskan hidangan dalam kuali atau bekas disediakan dengan api sederhana sehingga panas. Anda boleh memuatkan apa sahaja makanan dari 2 hingga 10 gelen makanan.
- Jika anda sukakan kerangupan di bahagian luar atau tepi makanan, sapu minyak di antara 1 dan 2 sudu teh di keseluruhan makanan yang sedang dimasak.
- Untuk menentukan suhu dan masa ketika memasak, ia adalah berbeza-beza mengikut jenis atau bahan masakan anda. Namun, anggaran masa memasak adalah di antara 4 hingga 20 minit dengan suhu 300 hingga 450 darjah celcius bagi tenderloin daging lembu.
- Terdapat beberapa waktu yang memerlukan anda membalik-balikkan makanan supaya proses memasak menjadi lebih sempurna dan sekata untuk sepanjang tempoh memasak.
- Pastikan setelah anda selesai menggoreng makanan, anda terus membersihkan penggoreng untuk menjaga dan menjamin kebersihannya bagi mengelakkan sebarang pembiakan bakteria.
- Anda juga boleh panaskan makanan guna air fryer kerana ia lebih mudah dan tidak memerlukan sebarang tenaga.
- Terdapat panduan cara guna air fryer dan tetapan suhu air fryer untuk jenis bahan masakan yang turut dilampirkan bagi rujukan anda ketika memasak.
Kenapa Makanan Berminyak Tidak Sesuai Untuk Ibu Hamil?
Semasa kehamilan, ia bukan mengenai kesihatan ibu sahaja tetapi keutamaan juga harus diberikan kepada bayi yang berada dalam kandungan.
Makanan yang mengandungi kandungan minyak yang tinggi mampu meningkatkan paras kolesterol dalam badan yang mana ia akan membuatkan anda berisiko tinggi untuk penyakit seperti jantung dan diabetes.
Kajian juga menunjukkan, pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak boleh menyebabkan bayi anda berisiko mengalami kecacatan metabolik dan mengalami obesiti.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang sangat penting untuk memastikan anda dan bayi mendapat nutrisi penting yang mencukupi.
Pengambilan makanan seimbang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan tenusu serta bijirin. Walau bagaimanapun, bagi ibu mengandung, anda mempunyai keperluan diet yang khusus dan bagi sesetengah ibu hamil mungkin terdapat sekatan makanan terutama bagi yang mempunyai alahan atau masalah-masalah lain.
Jika anda keliru atau berasa was-was dengan pemakanan yang anda ambil sama ada ia memberi manfaat atau sebaliknya, anda boleh merujuknya pada pakar pemakanan. Pakar pemakanan akan menasihatkan supaya anda tidak makan atau mengambil makanan tertentu bergantung kepada keadaan kesihatan, alahan, gaya hidup dan beberapa perubahan fisiologi yang lain.
Semoga bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 7 Pilihan Blender Terbaik Malaysia 2022, Aktiviti Memasak Menjadi Mudah & Cepat
Baca juga : Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!
Baca juga : 7 Barang Dapur Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Pada Keluarga Anda
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!